Selepas siap sarapan di Kopi Stesen kami sempat singgah si Watsons dan 7E Cafe. Mulanya nak ke 7E Cafe je nak beli latte. 7E Cafe tu sebelah je dengan Watsons. Tengok dah buka terus la masuk Watsons dulu. Ingatkan bukak pukul 10. Masa tu baru pukul 9.15am. Rupanya bukak 9.00am.

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Dalam kereta memang sentiasa standby shopping bag so senang la nak masuk Watsons shopping ada sales. Bila ada sales ni faham-faham la ye. Pantang nampak je tulis ada diskaun terus masuk Watsons basket tu. Cie pulak jenis suka beli buat stok. Senang bila dah habis stock up je. Selalunya beli time ada sales la baru berbaloi.

Singgah Watsons Dan 7E Cafe


Macam-macam la nak dibeli bila masuk Watsons. Shower gel untuk anak-anak, hand wash gel, liptint untuk anak-anak, ibu pun beli juga lip cream, macam-macam lagi asal ada diskaun je terus ambil. Anak-anak pulak dah menginjak teenagers ni dah pandai nak cantik-cantik kan. Layankan jela.

Duk pakai ibu punya lip tint. Jadinya ibu belanja la hari ni satu sorang. Ibu pun tengok ada sales tadi terus la ambil jugak lip cream Silky Girls. Selalunya beli barenbliss kat Shopee. 

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Time bayar sekali tengok total bil RM132.25. Nanti 2-3 bulan baru membeli pulak. Ada yang 4-5 bulan punya stok. Takdela setiap bulan berbelanja banyak tu. Kira berbaloi la juga sebenarnya.

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Dah siap shopping penuh beg kat Watsons kita masuk 7E Cafe pulak nak beli latte dan coklat. Tak beli banyak pun kat 7E Cafe ni. Nak berjalan pulak kan beli yang nak dimakan dalam kereta jela. Tak jauh pun perjalanan kita dalam Pahang jugak. Hihi

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Anak-anak punya kinder bueno tadi 2 je. Cie tengok bil cashier tu punch 3. Nasib baik tadi Cie perasan. Hari tu pernah dah jugak ice latte dia punch 2 kali. Masa tu Cie dah sampai rumah baru tengok bil. Bila dah terkena sekali kita beringat la dah nak tengok. Dia refund semula tadi RM5.

Masa duk kalut kat kaunter tadi adik Rania ambilkan straw. Cie tak perasan dia ambil straw kertas. Baru minum 2-3 kali sedut dah patah straw tu. Cari straw dalam dashboard takde. Mesti bawak masuk rumah lepas tu lupa dah nak letak semula. Mujur ada straw tumblr. Boleh la guna straw tu je.

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Singgah Watsons Dan 7E Cafe

Cie kalau minum latte 7E Cafe ni memang cerah mata. Taktau kopi jenis apa mereka guna memang kuat betul. Kalau minum petang siap la nanti malam terkebil-kebil mata. Kalau nak travel jauh driving sesuai la minum. Takdela kita mengantuk.