Trip Sehari Ke Fraser’s Hill
Rabu baru ni masa dinner babah tanya adik Rania hari Jumaat ada kelas tambahan UPKK tak. Adik Rania jawab takde. Babah kata Jumaat jom pergi Fraser’s Hill. Kami anak beranak pun on jela.
Cie pun mula la buka Agoda nak tengok hotel apa yang available hari Jumaat nanti. Memang takdela ceritanya kan cuti kelepasan am sempena Awal Muharam. Memang full la. Tambahan pula kat Fraser’s Hill tu mana la banyak sangat hotel pun.
Tapi plan dah dengan anak-anak. Kita bawak je baju mana tau kot nanti last minute ada orang cancel boleh la kita booking. Pagi Jumaat tu kami pun packing la baju untuk 1 malam. Teringin jugak nak tidur kat Fraser’s Hill.
Kali Kedua Trip Ke Fraser’s Hill
Last naik Fraser’s Hill tahun 2014. Masa tu adik Rania baby lagi 10 bulan kot masa tu kami naik bulan Disember 2014. Pergi sekali dengan arwah ayah dan adik beradik Cie serta anak saudara. Masa tu tak sesak sangat. Tenang jela berjalan-jalan kat atas tu.
Masa tu kami siap bawak bekal nak berkelah. Makan kat area air terjun. Memang best la bersantai dengan family.
Gerak Awal Pagi dari Lipis
Kami keluar rumah lebih kurang pukul 8 lebih pagi. Pergi sarapan pagi di Kopi Stesen dulu, beli barang di Watsons dan beli latte di 7E Cafe. Lepas tu terus gerak ke Raub. Kami naik ke Fraser’s Hill dari Raub.
Ada 2 jalan untuk naik ke Fraser’s Hill. Dari Raub dan dari Kuala Kubu Bharu.
Dari Raub pun dah bersimpang siur |
Kat persimpangan kaki bukit Fraser’s Hill |
Jalan naik ke Fraser’s Hill ni memang banyak selekoh, jalan bersimpang siur. Kalau tak biasa memang pening la. Nak tengok handphone pun tak boleh sangat jadi pening. Dari Raub ke persimpangan Fraser’s Hill 30 minit.
Kami sampai ke persimpangan Fraser’s Hill 11.44 pagi. Dari persimpangan tu ke atas bukit dalam 15 minit je. Untuk makluman korang yang tak pernah naik Fraser’s Hill, jalan naik dan jalan turun tak sama ye. Kiranya one way jela nak naik dan one way turun. Jalan kecil, banyak selekoh dan ada jalan yang tak berapa elok. Kena drive dengan berhati-hati. Kiri kanan hutan ada daun gaung serta tanah runtuh. Memang tersangat seram ye.
Jalan naik pun macam laluan yang dah tak dilalui |
Allan’s Water
Allan’s Water ni tempat memang best untuk lepak dan kayuh padle boat. Tak besar mana pun tasik dia, tapi cukup untuk rasa tenang. Dulu tahun 2014 kami pergi kena kayuh sendiri. Semalam tu nampak ada pekerjanya duduk sekali dalam padle boat tu. Masa kami sampai situ dah 12.16pm. Tempat tu akan tutup pukul 12.30pm untuk rehat solat Jumaat. Akan dibuka semula jam 2.30pm.
Ada aktiviti bagi makan ikan. Beli makanan ikan 1 plastik tu RM2. Geram tengok ikan banyak betul. Udara kat situ memang sejuk dan menyegarkan. Tapi tu la tak sempat nak naik padle boat tu. Tak tanya pulak berapa harga kalau naik tu. Sempat bagi ikan makan je. Geram nak sauk ikan-ikan tu banyak betul.
Menara Jam Fraser’s Hill
Sampai-sampai je kami kat Fraser’s Hill terus nampak Menara Jam Fraser’s Hill. Tempat wajib bergambar! Lalu je dulu masa sampai tu sebab kami tengok ramai sangat orang jadinya ke Allan’s Water dulu. Selepas ke Allan’s Water baru la ke Menara Jam semula.
Kat area Menara Jam ni ada orang jual makanan tepi jalan dan ada kedai cenderahati.
Kami santai-santai duduk je tepi tu tengok orang dan masuk kedai cenderahati. Cie beli fridge magnet je walaupun tahun 2014 dah beli. Fridge magnet RM4 kalau beli 1, kalau beli 3 RM10. Cie ambil 1 je. Adik Rania cakap lapar nak makan. Jadinya kami cari makan dulu la.
Kiranya 2 kali la kami singgah Menara Jam. Sebelum balik dalam pukul 4 kami singgah semula kat menara jam tu nak ambil gambar kenangan tanda sampai je. Waktu pun macam dah lengang kat situ. Tu pun kena queue jugak sebelum kami tu ada 2 pasangan bergambar.
Makan Tengahari Di Arzed Food Garden
Adik Rania dah bising perut lapar sangat dah katanya. Padahal dalam kereta tak berhenti mengunyah jajan. Jadi kami ke Food Garden, satu-satunya medan selera kat atas tu. Kat situ ada beberapa kedai makan, ada kedai serbaneka juga. Kami memilih kedai nama Arzed tengok ada sijil halal dan kedai gred A.
Cie order limau asam boi ais, nasi goreng ayam. Husband order ais kosong, nasi goreng ayam, telur dadar. Kakak Raisha order teh o ais, nasi goreng kampung, adik Rania order teh o ais, popcorn chicken cheese. Beria lapar tu je order adik Rania. Nasi goreng ayam ibu tu banyak jugak jadinya share jela dengan adik Rania. Sedap juga makanan kat Arzed tu.
Total kami makan RM61.50.
Masjid Sultan Mahmud
Perut dah kenyang kami singgah solat di Masjid Sultan Mahmud. Cantiknya persekitaran masjid ni ada tanaman bunga, ada kolam ikan. Bersih je ada yang menjaga. Tandas pun cantik dan bersih je. Masuk dalam masjid pun sejuk je.
The Paddock
3.18 petang macam tu kami ke The Paddock pulak. Tempat aktiviti naik kuda, bergambar kat Paddock Wonderland, boleh memanah. Mulanya Cie nak rasa naik kuda tapi tu la kena queue. Mostly Cie tengok kanak-kanak yang naik, ada yang naik bersama parents. Takde pulak orang dewasa saja. Segan la pulak. Lagipun fikir kesian kat kuda tu nak membawa beban berat. Hahaha. Takpela tak jadi. Anak-anak pun taknak naik. Kami bergambar jela.
Archery pun ramai jugak orang. Suruh anak-anak memanah pun taknak segan ramai orang. Penyengan sangat kami ni.
Jalan-Jalan Santai Dan Ambil Gambar
Tu jela aktiviti kami kat Fraser’s Hill. Cuma kat tempat air terjun Jeriau tu je kami tak pergi. Memasing macam dah taktau nak ke mana. Semua tempat susah nak parking dan kawasan sempit.
Walaupun perjalanan naik dan turun ke Fraser’s Hill ni sangat mencabar namun ianya memori sangat indah bila kita dapat melihat keindahan tempat perlancongan kat negeri kita je. Dapat meluangkan masa berjalan dengan keluarga merupakan kenangan terindah.
Ramai jugak orang pacak khemah kat tempat yang disediakan, ada juga yang duduk berkelah kat pondok yang disediakan dan pasang khemah tepi kereta. Dengan kerusi healing, peralatan memasak. Seronok juga aktiviti macam tu.
Waktu Balik Ikut Jalan Kuala Kubu Bharu
Dalam pukul 4 lebih, kami mula turun semula dan kali ni kami pilih untuk ikut Kuala Kubu Bharu pulak. Jalan turun tetap sama. Banyak selekoh tapi tenang je sebab tak rushing. Cuma tu la taktau hala tuju sebenarnya. Dah alang-alang bawak baju kan takkan la nak balik rumah.
Jangan lupa tunggu entry seterusnya nanti Cie share ke mana hala tuju kami selepas turun dari Fraser’s Hill. Stay tuned!
Bestnya dapat jalan-jalan ke Bukit Frazer, lama dah tak ke sana.
BalasPadamDah lama tak naik Frasers Hill ni. Bab kena berhati2 jalan sempit, ada gaung dan kawasan berbukit ni teringat naik kereta kat balik pulau. Jalan sempit, berbukit dan ada kawasan tanah runtuh juga tepi jalan kereta tu. Berdoa la selamat sampai ke destinasi.
BalasPadamLamanya tak naik fraser hill. Betullah menakutkan betul jalan nak naik tu.. ini kalau naik malam ni 🤣
BalasPadamLinda tak pernah sampai Fraser Hill lg...mcm seram pula laluannya
BalasPadamCantik Fraser Hill, blom pernah sampai lagi. Kalau jalan berliku2, I surrender lah 😅.
BalasPadamAkk suka Fraser's Hill ni... Dulu masa husb keja dgn 1 company ni selalu sewa rumah tumpangan syarikat. Rasanya 4x kot ke FH ni. Skrg dah makin crowded nampaknya ...
BalasPadamrindu nak repeat jln2 siniiii
BalasPadamAkak x peenah sampai lagi Fraser Hill ni...hahaha...nanti nak ajak suami la...
BalasPadamMacam kurang orang pergi sini. Seram pulak tengok laluan ke sana tu. Tempat tanah tinggi, begitulah jalan dia, berselekoh. Banyak juga tempat menarik, hotspot bergambar. Saya tak pernah lagi jejak Fraser's hill. Teringin nak pergi tapi itulah macam seram juga kalau nak bermalam sebab dengar macam-macam cerita. Kalau day trips tu okaylah kot kan.
BalasPadam