Dinner Simple Menu Pasar Malam
Hari ni memang agak penat. Dari pagi sampai ke petang sibuk dengan urusan kerja. Masuk bulan Julai memang busy sangat-sangat.
Kontrak tender bahan mentah yang baru telah bermula pada 1 Julai hari tu untuk tempoh 3 tahun. Banyak item baru Cie masukkan jadi ada la yang tercicir nak order, terlebih order. Macam-macam la.
Dalam masa yang sama busy untuk preparation kursus yang Cie organize minggu depan pada 8 Julai. Semua from A to Z Cie settle sorang-sorang memang busy la. Cie la penceramah dan Cie la urusetia. Semua pulun. Hahaha.
Ada masa sampai Isnin je nak settle everything. Selasa dah hari kursus. Tu pun sejak dari bulan lepas Cie settle macam-macam. Dari buat paperwork untuk kelulusan Pengarah, buat memo untuk mintak peserta, buat surat untuk panggil peserta, buat pesanan makanan, buat soalan test, buat slide untuk topik Cie, buat list kehadiran dan banyak lagi la.
Semua dah selesai tadi. Isnin jela Cie nak touch up sikit soalan game kahoot untuk peserta. Plan jugak Cie nak sponsor hadiah nak bagi pemenang.
So hari ni tadi Cie balik kerja 6.30 petang ye. Sepatutnya waktu kerja Cie habis 4.30 petang sebab Cie masuk 7.30 pagi. Apa boleh buat banyak kerja nak kena settle. Minggu depan 2 hari tak mengadap kerja busy dengan kursus hari Selasa, Rabu pulak nak outstation. Tu yang busy settle segala urusan perolehan.
Memang tak sempat nak fikir pasal makan malam. Dah plan tengahari tadi memang tak masak hari ni. Confirm akan balik lambat so pesan siap-siap kat husband beli menu dinner pasar malam je.
Sampai rumah tadi mandi, lepas tu terus baring atas katil nikmatnya tak terkata rasa dapat baring luruskan badan. Dalam kepala cuma fikir nak rehat je.
Malam ni menu simple je tapi memang kenyang dan sedap. Yong tau fu, keropok lekor goreng dan ayam gunting. Menu yang memang cukup popular dan selalu jadi pilihan ramai bila singgah pasar malam.
Husband Singgah Pasar Malam
Lepas habis kerja petang tadi, husband sempat singgah ke pasar malam sebelum balik rumah. Hujan pulak tu lambat la sikit dia balik. Cie dah sampai rumah dah nak mandi baru la husband sampai. Masa tu dah renyai je dah. Husband naik motor.
Yong Tau Fu
Yong tau fu memang antara makanan kegemaran Cie dan anak-anak. Dulu anak-anak Cie tak pandai makan yong tau fu. Kalau beli mesti kena beli menu lain untuk anak-anak. Lama-lama baru la anak-anak tengok Cie makan nampak sedap baru la mereka cuba. Sekarang senang tak payah beli banyak-banyak menu dah.
Yong tau fu kat Lipis ni takde sup. Makan dengan kuah hitam dan ada juga diberikan sos. Kalau belah Johor atau KL makan dengan sup. Cie tak reti kalau makan dengan sup tu. Tak biasa makan.
Keropok Lekor Goreng
Keropok lekor ni memang tak pernah mengecewakan. Ada yang panjang, ada yang bulat, ada yang nipis. Husband beli yang nipis. Penjual keropok lekor ni entah generasi ke berapa dah.
Teringat zaman sekolah dulu. Pakcik keropok tu jual bersama isterinya. Balik sekolah je mesti beli. Keropok lekor letak sos terus sekali dalam plastik. Hari tu ada nampak makcik tu masih ada duduk atas wheelchair anak-anaknya bawak jalan kat pasar stesen. Sekarang anak dan cucunya je jual keropok
Ayam Gunting – Pedas, Rangup, Confirm Layan
Last sekali menu mesti beli bila ke pasar malam ialah ayam gunting! Isi ayam dipotong kecil-kecil, goreng rangup dan digaul dengan serbuk perasa pedas atau biasa. Husband beli untuk anak-anak dia la peminat ayam gunting.
Ayam gunting ni kalau dapat yang fresh lepas goreng, memang layan sangat. Rasa rangup, juicy dan penuh perisa. Kalau dah sejuk tak sedap.
Husband bawak balik tadi je terus anak-anak makan dulu ayam gunting tu. Lapar sangat dah gayanya 2 beradik tu. Tak sabar-sabar nak tunggu dinner sama-sama lepas Maghrib.
Dinner Simple Tapi Bermakna
Walaupun makan malam ni bukan masakan sendiri atau dari restoran mahal, tapi moment makan dengan orang tersayang itulah yang paling penting.
Kadang-kadang, kebahagiaan itu datang dari perkara-perkara kecil. Seperti makan bersama, berbual sambil berehat dan menikmati menu biasa dari pasar malam. Itulah nikmat yang ramai tak sedar.
Tekanan kat tempat kerja, kepenatan mengadap kerja pun boleh hilang bila dapat makan bersama keluarga.
sedapnyaaaa yong tau fu
BalasPadamUish betul-betul sibuk tu nak handle banyak perkara. Takpe, bersusah dahulu bersenang kemudian.
BalasPadamKalau area Seremban ni tengok tempat juga. Kadang yong tau fu ada sup, sos hitam, so merah. Kadang ada sos hitam dan sup. Tak pernah lagi hanya ada sos hitam tu je.
Sedap ayam gunting yang spicy tu. Sekarang makin naik harganya.
Terliur yong tau foo
BalasPadamYTP baru makan semalam. Keropok halus tu suka juga.
BalasPadamYTP pulak....YTF la....sorry typo pulak.
PadamDinner simple macam ni pun dah bahagia sangat lebih² lagi bila dapat menikmati bersama keluarga tersayang.
BalasPadamyeaaahh menu ni pun Ana suka beli tiap kali ke psr mlm hehehe
BalasPadamYTF kalau nak beli kena hati2, sakan mencedok tiba2 harga mahal hahaha
BalasPadamSaya kalau pergi pasar malam selalu juga beli ayam gunting
Senanglah kalau anak-anak dah tak memilih makanan.
BalasPadamSama lah dengan anak no 1 & 3 akak, suka nau ayam gunting.
kita suka YTF sup, Melaka dgn Johor makan dengan sup, terasa diet sangat. hahaaa!
BalasPadammenu tu sama jika kita ke pasar malam, mcm ada vibe gitu.
Ya allah blog ke 2 kak SAbtgok YTF hari ni...first blog Tot...ada YTF Soup...aduhai sedapnyaaaaa..dh la Fav akak ni
BalasPadam