Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Pagi tadi dah sarapan kat luar so makan tengahari Cie masak la hari ni. Masa beli barang dapur tadi lalu tepi freezer ada tulang lembu. Cie pun cakap kat husband beli la 1 plastik sedap jugak makan sup tulang untuk menu tengahari ni.

Kat BS Freshmart tu mereka dah pack 5-6 ketul tulang lembu dalam tu. Tengok harga ditampal pada freezer tu RM10.99 sekilo. Lupa tadi tengok husband timbang berapa berat seplastik tu.

Kebetulan dalam freezer ada lagi sikit meatball so boleh la campur sup tulang dan meatball. Cie ni tak makan sangat daging sebab nanti melekat kat gigi dan akan sakit. Tapi sekali sekala teringin juga nak makan. 

Asyik menu ayam je jemu jugak. Rumah ni pulak memang menu utama ayam jela sebab semua orang makan. Kena la ikut selera semua orang senang nanti semua makan. Sup tulang ni adik Rania je tak makan tulang tu. Kuah sup dia makan je.

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Tulang lembu pun bukan la tulang semata. Ada la isinya jugak. Banyak jugak isinya tadi tu. Cukup la kami 3 beranak makan. Adik Rania makan meatball je. Mujur la ada meatball sekali Cie masak dalam sup tulang tu. Kalau takde tadi agaknya makan nasi dengan kuah jela.

Cie masak sup tulang yang sangat simple bahannya. Ada orang masak sup tulang yang lebih pedas, ada yang lebih pekat, ada juga yang dicampur dengan bahan tambahan seperti kentang, lobak merah atau daun sup yang banyak. Terpulang atas citarasa masing-masing dan selera masing-masing. Asalkan hasilnya jadi sup tulang.

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Cie rebus tulang dalam periuk noxxa HP 45 minit. Elok lembut je daging tu. Periuk noxxa Cie ni function ketika raya dan ketika nak rebus daging je. Selain dari tu jadi tukun je. Hihi.

Resipi Sup Tulang Style Cie

Bahan Utama Sup Tulang

Tulang yang telah direbus (sekali air rebusan)
Meatball
1 inci halia dihiris
3 biji bawang putih hiris
1 biji besar besar potong style wedges
Sedikit jus limau kalau nak masam sikit
Bahan perasa dan garam
Daun sup
Bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara Membuat Sup Tulang

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau dan sedikit layu.
  2. Masukkan meatball dan air rebusan tulang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan tulang yang telah direbus.
  4. Masukkan bahan perasa dan garam. Sesuaikan rasa.
  5. Kalau rasa dah ok boleh tutup api dan masukkan 2-3 sudu jus limau dan daun sup. Kacau-kacau dah siap.
  6. Taburkan daun bawang sebelum makan.
Siap dah sup tulang style Cie guna bahan yang asas je. Tak suka sangat yang jenis berempah tu. Cie suka sup tulang yang light macam tu je. Dapat hirup sup pun dah sedap sangat dah.

Tak lengkap la sup tulang kalau 1 menu je. Cie tambah jugak menu lain iaitu telur dadar, ikan bilis dan lobak masin goreng campur bawang besar serta cili padi. Kalau takde sayur pun tak lengkap hidangan. Ulam timun jela mudah dan mesti ada sambal belacan pelengkap hidangan.

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Sambal belacan tu yang Nasi Kukus Kak Chik. Selalu simpan dalam fridge je. Boleh la makan bila-bila nak tu. Nak buang sayang selalunya kalau beli nasi kukus sambal asing tu yang ada lebih boleh la simpan. 

Sambal kicap ada je dalam fridge. Terlupa pulak nak keluarkan. Masa tu dah tengah makan baru teringat. Malas dah nak bangun ambil kat dapur. 

Tadi beli barang dapur nampak ada buah mata kucing beli la juga seikat. Sekilo harganya RM9.99 rasanya. Tadi tu 900gm dalam RM8.99 je tadi. Sedap manis buahnya. Lama tak makan buah ni.

Menu Sup Tulang Untuk Makan Tengahari

Lepas Zohor tadi kami makan tengahari sama-sama. Alhamdulillah untuk nikmat makan bersama di hari cuti. Macam ni la rutin kami. Kalau tak ke mana hujung minggu, plan makan bersama pun dah ok dapat luangkan masa bersama-sama.


7 Comments

  1. Sedapnya hirup kuah sup tulang. Tambah kicap lada....auuwww!

    BalasPadam
  2. MAKAN TENGAHHARI ISTILAH BARU " MARARAU", Semua lazat..nanti baca dan ambil resipi..

    BalasPadam
  3. Semalam pun masak sup tulang. Sedapnya....

    BalasPadam
  4. sedapnya sup tulang.. sis selalunya suka pairingkan dengan sambal kicap.. stail orang johor kot agaknya.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Aduhhhh... terasa² hirup sup daging tu... bubuh sambal kicap.. arghhhh ngences!

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah.. bertambah nasi bila makan

    BalasPadam
  7. Sup tulang ni sedap wooo...layan sampai hujung hujung sisa un OK

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.