Resipi Mi Udang Simple Dan Sedap
Minggu lepas Cie ada baca blog kak SA tentang mi udang. Terus la Cie google pelbagai resipi mi udang simple termasuk la tanya chatgpt. Macam-macam versi ada.
Ada yang utara style, ada yang jenis letak rempah ratus, ada letak keledek la kentang la untuk pekatkan kuah. Macam biasa la sejenis Cie takdela guna resipi tu 100% memang olah sendiri ikut citarasa dan bahan apa yang ada je.
Weekend hari tu beli barang dapur terus la cari bahan-bahan yang takde kat rumah macam mi kuning, sawi, taugeh, daun sup, cili hijau. Yang lain ada dah kat rumah.
Cie nak kongsi satu resipi yang simple, tak banyak bahan pelik-pelik dan paling penting sedap dimakan panas-panas serta bila-bila masa je. Cie dah try masak ahad baru ni untuk makan malam. Memang sedap. Makan malam pun sedap je mi udang ni.
Cie teringin nak cuba masak sendiri mi udang ni pertama kali Cie masak mi udang. Masak sendiri lagi best boleh letak udang banyak-banyak. Alhamdulillah menjadi jugak Cie masak mi udang.
Mi udang ni salah satu menu yang jarang-jarang orang masak hari-hari tapi bila sekali buat tu fuhh berbaloi! Kuah dia yang pekat serta rasa manis udang memang sedap.
Resipi Mi Udang
Bahan-Bahan Mi Udang
1 peket mi kuning Gardenia - rendam sekejap dengan air panas
3 biji telur - rebuskan dan belah 2
Limau kasturi
Daun sup
Bawang goreng
Cili hijau - hiris
Bahan-bahan Untuk Kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar sos tomato
Sawi
Taugeh
Tomator ceri belah 2
Air rebusan daging (kalau takde pun takpe)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara-Cara Memasak Mi Udang:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
- Tambah sos cili dan sos tomato. Gaul rata dan biar semua bahan tu sebati.
- Masukkan air rebusan.
- Kacau-kacau dan biarkan mendidih.
- Bila kuah dah nampak pekat sikit, masukkan udang yang dah dibersihkan. Masak sampai udang bertukar warna oren kemerahan – jangan lama sangat nanti keras.
- Masa udang dah hampir masak masukkan sawi dan taugeh.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Taraaa! Siap dah mi udang simple dan sedap hasil air tangan sendiri.
Kuah ni kena balance mesti ada pedas, ada manis dari udang dan sedikit masam dari limau yang kita akan letak masa makan nanti. Tapi Cie buat tak pedas sebab adik Rania tak makan pedas.
Cara Hidang Yang Ringkas Tapi Menyelerakan
Bila semua dah siap, masa untuk plating! Atau dalam bahasa kita, hidang elok-elok la. Hihihi. Hidang dulu siap-siap atas meja. Nanti nak makan baru la plating.
- Ambil mi kuning yang dah dicelur, letak dalam mangkuk.
- Letakkan kuah atas mi. Pastikan ada udang dan sayur.
- Taburkan daun bawang dan bawang goreng.
- Letak cili hijau potong, telur rebus dan limau.
- Snap gambar. Hahaha
- Perah limau, gaul-gaul dan boleh makan.
Tips Extra Untuk Naikkan Lagi Rasa
- Nak kuah lebih pekat dan berlemak? Boleh tambah sedikit udang kering masa tumis bahan kisar. Cie tak letak udang kering.
- Kalau suka pedas, tambah cili padi masa tumis atau semasa blend bahan.
- Untuk lebih aroma, letak sehelai daun limau purut masa kuah tengah mendidih.
Mi Udang Homemade vs Mi Udang Kedai
Bila masak sendiri bukan saja lebih jimat, tapi lebih puas hati. Kalau makan kat luar, udang kadang kecil dan tak banyak. Kuah pun tak kena dengan tekak kita. Tapi bila masak sendiri:
Udang boleh letak sebanyak mana kita suka
Boleh adjust pedas atau pekat ikut selera
Boleh jamin bersih dan fresh!
Yang paling best bila hidang kat keluarga, semua pun makan berselera. Nak tambah dua tiga kali pun tak kisah! Anak-anak Cie berselera makan.
Menu Istimewa Untuk Hari Keluarga Atau Jamuan Kecil
Kalau ada saudara-mara datang rumah atau nak buat jamuan potluck, mi udang ni antara menu yang boleh buat orang teringat-ingat nak rasa lagi. Bukan saja nampak eksklusif, tapi sebenarnya mudah nak buat.
Tak perlu hiasan fancy pun, asalkan udang nampak besar dan kuah merah menyala – confirm semua orang kagum.
Mi udang ni nampak macam susah tapi bila kita dah cuba sekali buat rupanya tak serumit yang disangka. Apa yang penting, gunakan bahan segar dan masak dengan kasih sayang. Bila makan dengan keluarga, lagilah terasa nikmat dia.
Selamat mencuba resipi mi udang simple dan sedap ni. Moga menjadi dan memikat selera orang yang tersayang!
Rajen dengan tak je..
BalasPadamTapi Linda banyak pada tak rajin lah...hahaha...
sedap ni...kalo org hidang terus ngap lagi sedap...
BalasPadamMenu istimewa
BalasPadamBahannya super sederhana dan cara buatnya juga sangat simple
Sedap ni mi udang. Olahan resipi pun nampak mudah lagi tak ada guna bahan-bahan remeh macam keledek tu untuk pekatkan kuah. Okay boleh cuba nanti kalau teringin. Terima kasih share.
BalasPadamThank you share resipi. Memang nampak sedap tu! Puashati boleh letak udang banyak2
BalasPadamAduhai..Sedapnya nmpk..Terliur =D
BalasPadamAmboi sedapnya...
BalasPadamTerima kasih kongsi resepi.. tak sangka mudah je resepinya.. boleh la buat bila-bila cuti nanti.. ^^
BalasPadamTak aciiiii....Cie dah buat dulu....kena buat jugak ni....
BalasPadamsedapnya, kejap kita nak catit resipi.
BalasPadamRajin Cie, buat mi udang sendiri je. Terbaik! 👍
BalasPadamsedap tu mee udang..buat sdiri puas makan...tringat mee udang sedap dgt Sg. Dua, Penang
BalasPadamuishhh... sedap tu makan panas²... ramai².
BalasPadamNampak cam mudah je tapi tu lah.... rajinnya takmo datang😆