Rutin Hujung Minggu Yang Simple Tapi Produktif
Hujung minggu selalunya jadi masa untuk berehat, reset diri dan urus apa yang tak sempat dibuat pada hari bekerja. Yela hari bekerja kita seharian di pejabat. Waktu petang hingga malam saja di rumah jadi banyak aktiviti tak dapat dibuat.
Bagi Cie hujung minggu bukan sekadar bersantai, tapi adalah hari untuk luangkan masa bersama keluarga. Walaupun hanya rutin biasa, Cie tetap rasa puas bila dapat selesaikan hal-hal kecil yang penting. Inilah rutin hujung minggu Cie yang simple tapi tetap produktif.
Pagi Sabtu Dimulakan Dengan Sarapan di Kedai
Semalam dah plan pagi Sabtu nak sarapan di kedai dalam taman ni je. Tapi kena keluar awal sebab kedai tu selalunya penuh. Kami keluar sebelum pukul 8. Ada 2-3 meja kosong. Elok je kami duduk terus semakin ramai orang datang bersarapan.
Kena makan awal jugak sebab 9am adik Rania ada Kem Booster Alpha UPKK di KAFA dan 9am juga perjumpaan ibu bapa untuk sesi penyerahan slip exam.
So makan kat kedai jela kita lebih mudah dan banyak pilihan. Menu pilihan Cie? Lontong dan nescafe o air, kakak Raisha roti canai kosong dan teh o air, adik Rania roti sarang burung, husband roti kahwin dan air suam. Roti kahwin tu roti canai kosong sekeping dan roti telur sekeping. Husband ambil jugak 2 ketul ayam. Dia perap dia sedap. Untuk makan dengan nasi lemak. Tapi kami ratah je.
Iron Baju Kerja Seminggu
Ni memang rutin setiap minggu la iron baju kerja dan tudung. Semua jenis kena iron. Cie tak suka pakai baju jenis ironless tu macam melekat iku body. Ada sepasang Cie beli lama dah tak pakai. Cie memang jenis iron seminggu sekali je. Tak berapa rajin la nak iron setiap hari.
Penyerahan Slip Peperiksaan KAFA Pertengahan Tahun
Yang ni Cie tak pergi. Husband sorang je pergi sebab Cie nak iron baju. Nanti lepas tu nak keluar beli barang dapur. Husband sorang jela pergi jumpa ustazah. Keputusan adik Rania ada peningkatan la dari sebelum ni.
Tapi tetap tak boleh challenge kakak Raisha yang sentiasa dapat nombor top 2. Kalau tak nombor 1, nombor 2. Adik Rania pulak suka collect nombor banyak-banyak. Hahaha. Yela kan setiap anak tak sama. Cie tak pernah bezakan pun.
Beli Barang Dapur di Pasaraya
Settle iron baju dan husband pun dah siap ambil result adik Rania. Kami bersiap nak keluar meneruskan misi membeli barang dapur pulak.
Kakak Raisha tak ikut. Ibu dan babah jela macam biasa keluar beli barang dapur, barang basah untuk stok seminggu di BS Freshmart.
Antara barang yang Cie beli:
- Ayam segar
- Ikan merah
- Sayur kangkung
- Taugeh
- Daun sup dan daun ketumbar
- Cendawan
- Limau kasturi
- Timun baby
- Tempe
- Fish ball
- Mi kuning
- Kek Pisang Samudera
Tak banyak, tapi cukup untuk seminggu dan kadang-kadang lebih seminggu bergantung kepada masak atau tak. Daun sup dan daun ketumbar dah beli minggu lepas. Tapi tula kelmarin baru Cie perasan dah letak dalam bekas tapi tak masuk fridge.
Maka nya rosak la daun-daun tu dah beberapa hari duduk kat luar. Dah la dalam bekas bertutup tu yang semakin cepat rosak. Berkuap takde udara. Sayang tapi nak buat macam mana dah terlupa.
Tapau Makanan Lunch
Lepas beli barang, memang tak sempat nak masak lunch. Husband tanya sempat tak masak. Masa tu dah 11 lebih, pukul 12 nak hantar makanan dah ke adik Rania kat kem. Cie cakap tapau jela makanan. Decide beli Nasi Kukus Kak Chik jela berdekatan dengan BS tu je.
7E Cafe
Husband nak beli ice latte 7E Cafe. Dah terjebak sejak Cie ajar husband minum. Singgah la kejap masih ada masa. Cie macam biasa la Ice Latte Gula Aren. Dah lama takde Ice Caramel Latte taktau kenapa tak sempat nak tanya adik cashier tu. Cie beli juga air mangga kegemaran anak-anak.
Hantar Makanan Ke Sekolah KAFA Adik Rania
Balik rumah Cie pindahkan nasi kukus tu ke dalam bekas supaya senang adik Rania nak makan. Letak note sekali untuk adik Rania. Hihi. Lepas tu Cie letak air mangga dalam botol dan letak ais. Husband la yang hantar.
Kemas Barang Dapur
Lepas husband dah hantar makanan, Cie sambung kemas barang dapur yang dibeli. Potong siap-siap kangkung senang nak masak. Yang lain masuk dalam bekas. Husband uruskan ayam dan ikan.
Lunch Nasi Kukus Kak Chik
Settle je mengemas di dapur Cie terus lunch nasi kukus. Kakak Raisha dah siap lunch masa Cie busy di dapur tadi. Makan sorang jela dia adik Rania pergi kem.
Beristirehat
Siap dah semua baru la sempat nak berehat. Baring-baring sambil mengarang 1 entry blog untuk posting. On je TV tapi tangan ligat menaip, otak ligat berfikir. Siap 1 entry. Walaupun kenyang dah makan tapi takde rasa mengantuk pun kalau minum ice latte 7E ni memang pure betul kopi dia.
Malam pun tak mengantuk. Tapi takpe jela kalau tak mengantuk Cie ada banyak draft entry yang bersusun untuk dikarang. Draft siap-siap supaya terus boleh schedule atau post minggu depan yang akan busy takut tak sempat nak buat posting.
Potong Kek Pisang Samudera
Lepas dah berehat tadi Cie masuk dapur nak potong kek pisang Samudera yang Cie beli kat BS tadi nak suruh husband hantar ke kem adik Rania. Bagi adik Rania makan dengan kawan-kawan. Pukul 5 husband hantar.
Masak Dinner Untuk Keluarga
Dinner masak awal sikit sebabnya pukul 6 dah nak kena hantar makanan ke kem adik Rania. Bersilat la Cie masak tadi.
Cie masak menu biasa je untuk dinner:
- Ayam goreng kicap
- Kangkung goreng belacan
- Kangkung dan bendi celur
- Timun
- Cencaluk
- Buah jambu asam boi
Bekalan adik Rania Cie cuma letak nasi, ayam goreng kicap 2 ketul, kangkung goreng belacan sikit je, timun sikit. Dia tak makan sangat sayur. Buah jambu bagi sebekas biar dia share dengan kawan-kawan.
Cie masak memang ngam untuk kami berempat makan. Memang takde leftover la makanan. Takde pembaziran juga habis licin.
Lepas siap masak ngam pukul 6. Cie tukar baju nak hantar makanan. Tengok adik Rania dan kawan-kawan beriadah pulak. Kem mereka sampai 9 malam jadinya petang kena hantar makanan. Cie hantar 6 lebih sikit.
Berjalan Atas Walking Pad
6.30 petang Cie berjalan kejap atas walking pada. Sepanjang bulan Julai ni baru sekali je masa 1 Julai hari tu. Lepas tu terus takde masa sebab balik kerja dah lambat takdan dah nak berjalan.
Seharian Yang Produktif
Cukup la cerita sehingga berjalan atas walking pad. Hahaha. Dah macam catatan harian dah ni. Takpela blog kita jadinya boleh jela coret apa yang kita nak coretkan. Malas dah nak menyambung cerita sehingga sebelum tidur.
Yang penting, kita rasa ada hasil dari masa yang kita luangkan. Itu dah cukup untuk buat hujung minggu jadi bermakna.
Rutin hujung minggu tak semestinya penuh aktiviti luar biasa. Kadang-kadang, dengan hanya sarapan luar, beli barang dapur dan masak untuk keluarga pun dah cukup rasa puas.
Asalkan hati tenang, semuanya jadi lebih indah. Bebas dari rutin kerja. Bebas dari masalah kerja. Inilah rutin hujung minggu Cie yang simple tapi tetap produktif.
Sedapnya menu tu buat bertambah nasi. Sama la kita suka iron baju seminggu sesiap
BalasPadamMemang produktif sungguh.. Senang bila kita ada target harian mcm ni.. Semangat!
BalasPadamPart bf kat luar tu..sama geng dgn MZ
BalasPadamFuhh... habis dah ya satu hari cuti yang produktif.
BalasPadamRasa puas kan bila semua yang dirancang dapat diselesaikan.
kerajinanmu sungguh buat aku cemburu cie, hahahaa...
BalasPadamsabtuku? bermalasan dan kemas baju balik kampung, yeay! makan duyan.
Padat betul aktiviti hari Sabtu Cie. Beli barang dapur tu wajib dah jadi rutin mingguan. Topup apa yang perlu dan mana yang dah habis stok. Pagi-pagi dapat sarapan lontong memang nikmat. Favourite sarapan tu.
BalasPadamTudiaaaa...aktiviti Cie yg penuh dan produktif...akak cuti mmg masak, tgok tv, tido..pas tu badan naik..x produktif betul
BalasPadam