Alhamdulillah selesai dah diadakan semua kursus yang kami team Jabatan Dietetik dan Sajian Kluster Pahang Barat rancang untuk tahun 2025. Lega rasa bila dah selesai. Cuma tinggal 1 je lagi karnival belum selesai. Yang tu akan datang Oktober ni.
Walaupun kami tak ramai hanya 3 buah hospital sahaja iaitu Hospital Lipis, Hospital Raub dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands. Kalau ikutkan bahagian pengurusan Dietetik dan Sajian kami berlima sahaja:
- Pegawai Dietetik - 1 orang
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan - 4 orang
Bahagian operasi pun bila digabung 3 hospital ni tetap tak sampai 40 orang pun. 33 orang je jumlah keseluruhan team kami.
Kursus anjuran kami yang terakhir ni adalah Kursus Pengurusan Kualiti Sajian Kluster Pahang Barat 2025 telah diadakan pada 10 September 2025 bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang di Dewan Serbaguna Hospital Kuala Lipis. Oleh kerana peserta dari Lipis ramai so buat di Lipis jela. Raub dan Cameron yang datang ke Lipis.
Kursus ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan kakitangan termasuk kakitangan pengurusan (pentadbiran dan kewangan), kakitangan wad serta kakitangan sajian sendiri.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi awareness kepada staf hospital tentang kepentingan pengurusan kualiti sajian serta tentang pensijilan yang kami ada iaitu pensijilan GMP, HACCP, MeSTI dan juga HALAL.
Topik Perkongsian Kursus Sehari
Bagi mencapai objektif tersebut, peserta kursus didedahkan dengan tiga topik utama:
1. Aktiviti Kawalan Lipas, Lalat dan Tikus
Disampaikan oleh Pegawai Sains Entomologi, PKD Lipis, sesi ini menekankan aspek kawalan makhluk perosak di kawasan dapur dan penyimpanan. Peserta diberi pendedahan tentang jenis-jenis haiwan makhluk perosak dan juga langkah kawalan.
2. Pengenalan GMP/HACCP
Oleh Pegawai Teknologi Makanan, PKD Lipis. Walaupun sistem ini biasanya digunakan dalam industri makanan, pengenalan asas kepada GMP dan HACCP membantu staf hospital memahami kepentingan pengurusan sajian yang lebih teratur, sistematik dan berkualiti serta mereka dapat memahami tentang keselamatan makanan.
3. Pengurusan HALAL
Sesi ini disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Audit Pematuhan, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Perkongsian tentang bagaimana menyemak produk halal, bagaimana sesi audit dijalankan selepas permohonan pensijilan halal. Yang menarik dikongsi oleh penceramah, beliau menceritakan pengalaman ada yang memohon sijil halal untuk pasir, untuk tanah dan macam-macam la. Sijil halal boleh dimohon mengikut kategori yang ditetapkan sahaja.
Aktiviti Sepanjang Kursus
Selain sesi perkongsian ilmu, kursus turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti interaktif:
Pre-Test & Post-Test
Test ini dibuat bagi mengukur tahap pengetahuan peserta sebelum dan selepas kursus. Dua orang peserta dengan markah tertinggi menerima hadiah penghargaan.
Kahoot! Games
Kuiz interaktif dalam suasana santai. Ada 15 soalan Cie sediakan. Soalan bercampur antara soalan umum, hiburan dan juga berkaitan pengurusan kualiti. Tiga pemenang utama menerima hadiah.
Aktiviti sebegini bukan sahaja menambah minat peserta, tetapi juga membantu memastikan ilmu yang disampaikan dapat difahami dengan lebih baik serta dapat mengelakkan peserta mengantuk dan stress seharian menerima ilmu baru.
Ilmu yang Dibawa Pulang
Secara keseluruhannya, Kursus Pengurusan Kualiti Sajian Kluster Pahang Barat 2025 berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi awareness kepada staf hospital tentang kepentingan pengurusan kualiti sajian.
Penglibatan daripada Hospital Lipis, Hospital Raub dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands juga memperlihatkan kesungguhan setiap fasiliti kesihatan dalam meningkatkan kesedaran kakitangan tentang peranan masing-masing.
Diharapkan setiap ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dalam tugasan harian, sekali gus menyumbang kepada mutu perkhidmatan yang lebih baik di Kluster Pahang Barat serta dapat memberi ilmu baru kepada peserta.
Walaupun pengurusan kualiti sajian ini tidak berkaitan dengan bidang tugas peserta lain selain dari staf sajian ianya penting juga dalam kehidupan seharian.
Contohnya:
Topik 1: Aktiviti Kawalan Lipas, Lalat dan Tikus
Kat rumah kita pun ada haiwan makhluk perosak ni jadinya sedikit sebanyak hasil dari kursus tersebut peserta dapat mengenali jenis-jenis makhluk perosak, bagaimana mengenali tanda kehadiran makhluk perosak dan langkah kawalan.
Topik 2: Pengenalan GMP/HACCP
Peserta boleh mengetahui tentang keselamatan makanan. Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat untuk dimakan.
Topik 3: Pengurusan Halal
Peserta boleh menyemak sendiri status halal sesuatu produk itu jika diragui kehalalannya.
Bagi Cie ada la juga manfaat kepada mereka dalam kehidupan seharian.
Selesai Kursus Dengan Jayanya
Walaupun penat gila lepas habis kursus tapi Cie tetap tersenyum sebab tahun ni dapat selesaikan semua perancangan kursus dengan sangat lancar. Alhamdulillah syukur sangat. Team work sangat penting. Bila kita ada team work yang sama-sama membantu semuanya menjadi lancar. Tak sabar nak berkarnival pulak bulan Oktober ni. Karnival tu pun pertama kali kami nak buat ni. Semoga lancar jugak la hendakNya.
Barisan urusetia
Banyak gambar tapi malas nak upload semua. Cie upload 20 keping je kat Facebook dan Instagram. Kat album Facebook Kursus JDS Kluster Pahang Barat 2025
9 Ulasan
Dulu² kat kolej Melaka, ada dapur..tapi, Linda tak pernah lah bertugas di dapur
BalasPadamLinda intake tahun bila? Rasanya sebelum tahun 2012 PA masih kerja di dapur.
PadamKalau hospital yang biasa nampak doktor dan nurse.. tapi banyak juga lagi jawatan yang ada. Macam Cie dan Linda lah.. tentang makanan dan asrama.
BalasPadamBanyak jawatan yang ada di hospital. Orang awam asal kerja hosp terfikir nurse dan doktor je selalunya 😁
PadamDisebalik sajian makanan di hospital, adanya mereka semua ni yang hebat-hebat berkursus untuk penyediaan makanan hospital yang terbaik. Tahniah semua.
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih ❤️
Padammoga2 bermanfaat insya Allah
BalasPadamApalagi dapur rumah sakit (hospital). Penting sangat kan untuk mendapat training seperti ini, memastikan makanan yg disajikan kepada pasien memang selamat dan aman.
BalasPadamTapi agree, dengan mendapat ilmunya, bisa diterapkan di dalam kehidupan daily kita juga
Bagus juga kursus yang diberikan, bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, tapi boleh sahaja dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.