Sabtu lepas 30 Ogos 2025, selepas selesai servis kereta di pusat servis Honda, kami sekeluarga terus singgah ke Raub. Takde agenda lain pun melainkan nak cari track suit untuk adik Rania dan sedikit barang untuk aktiviti perkhemahan dia. Cari seluar di Pasaraya Hari-Hari Raub.
Singgah di Pasaraya Hari-Hari
Destinasi pertama ialah Pasaraya Hari-Hari. Kedai ni memang jadi pilihan bila nak cari pakaian yang murah, kualiti elok dan berbaloi. Alhamdulillah, misi kami berjaya sebab dapat jumpa track suit yang sesuai untuk Rania. Tapi sayangnya dapat sehelai je untuk size dia.
Pilihan seluar banyak je kat situ tapi sebab adik Rania ni tak suka yang jenis bergetah di kaki. Yang takde getah tak banyak pilihan. Hari tu beli kat Shopee je. So dapat la 1 je cukup la. Yang sedia ada tu dah ada cuma sebagai tambahan je nak berkhemah dan bermalam di sekolah kena la bawak pakaian extra.
Masuk je kereta ajak husband singgah Kedai Eco Raub pulak sebabnya ada nak cari baldi kecil nanti adik Rania nak bawak berkhemah.
Eco Shop Tak Pernah Mengecewakan
Selesai urusan di Pasaraya Hari-Hari, kami terus singgah pula di Eco Shop. Mulanya ingat nak tengok barang sekejap saja, tapi macam biasa kalau masuk Eco, mesti ada barang tambahan yang ‘perlu’ dibeli. Dari barang dapur kecil-kecilan sampailah ke makanan, bakul kami tetap penuh walaupun asalnya cuma nak cari baldi kecil.
Kedai Eco Raub tu pulak ada 2 tingkat. Bahagian bawah makanan dan bahagian atas barang lain. Jadinya memang memborong sakan la kami habis juga RM41.60. Dapat free shopping bag.
Perut Mula Berbunyi: The Chicken Rice Shop Raub
Sebaris dengan Kedai Eco tu ada The Chicken Rice Shop, kedai favourite kami anak beranak. Kat Lipis takde jadinya singgah la makan terus kat situ. Restoran ni memang terkenal dengan hidangan nasi ayam dan set keluarga yang lengkap. Suasananya pun selesa untuk makan santai bersama keluarga.
Masa baru pukul 11 lebih. Takdela lapar sangat lagi tapi sebab dah takde agenda lain dan selepas itu kami nak terus balik. Adik Rania nak masuk kem UPKK pulak masa tu. Dah bagitau ustazah dia masuk lewat sikit. Sepatutnya kem bermula 9 pagi hingga 9 malam.
Jadinya makan jela siap-siap kat Raub tu. Balik rumah tak payah fikir nak cari makanan dah.
Cara Pesanan Makanan Di TCRS
Pesanan makanan kat TCRS ni secara online. Bila kita duduk kat meja, staf TCRS akan serahkan QR code untuk kita scan order. Atas meja ada juga disediakan menu boleh la tengok sebelum buat pesanan.
Pilihan Utama: Family Delight Set
Selalunya kami order ala carte untuk hidangan nasi ayam kat situ. Husband suggest untuk ambil set jela katanya macam lagi berbaloi. Ikut jela kata husband kan.
Kami memilih Set Family Delight (untuk 4 orang). Set ini mengandungi:
- Quarter Roasted Chicken
- Tofu with Oyster Sauce
- Nyonya Pai Tee (Large)
- Sai To Fish Ball (Regular)
- Rice and Soup (4)
- Kerabu Mango (Regular)
- Prime Honey BBQ Chicken
- Spicy Savoury Ladies' Finger (large)
- Soft Drink (4)
Masa nak tunggu makanan sampai. Staf datang beritahu yang Kerabu Manggo tak ada stok, jadi kami ditawarkan pengganti iaitu Gado-Gado, campuran sayur, telur rebus, tauhu dan kuah kacang pekat.
Walaupun kami ni perminat kerabu manggo, agak kecewa jugak la. Dah la pilihan gantian pun takde yang lain melainkan Gado-Gado tu je. Nak taknak ambil jela.
Menu Tambahan yang Kami Pesan
Selain set, kami tambah Crispy Wanton (Large) +RM10.00. Rangup di luar, inti lembut di dalam. Jadi kegemaran anak-anak dan suami. Memang tak miss order wanton TCRS ni.
Minuman: Free Soft Drink Tapi Boleh Tukar Dengan Tambahan Bayaran
Dalam Set Family Delight, setiap orang memang dapat free soft drink. Tapi bila tengok menu minuman lain, ada yang nak tukar. Kalau upgrade, kena tambah caj ikut jenis minuman.
Anak-anak dan suami je upgrade air, Cie ambil je soft drink Mountain Dew:
- Iced Lemon Tea +RM 1.10
- Iced Lemon Tea +RM 1.10
- White Coffee (Hot) +RM 1.10
Gabungan minuman ni cukup menyegarkan selepas seharian berjalan.
Suasana & Servis
Masa kami sampai, restoran kosong mungkin sebab belum masuk waktu makan tengah hari. Servis pantas, staf pun mesra. Suasana restoran kemas dan selesa, memang sesuai untuk family lunch. Makanan pun cepat sampai.
Pengalaman Keseluruhan
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan pengalaman makan di The Chicken Rice Shop Raub. Family Delight Set memang berbaloi, lauk cukup lengkap untuk seisi keluarga. Terlebih kenyang kami makan.
Gado-Gado kami bungkus je sebab dah tak muat ruang dalam perut nak isi makanan dah.
Walaupun kerabu mangga tak ada, tapi ada bendi bersama sambal garing tu sedap dah cukup untuk sayuran kami pada hari tu. Ditambah pula dengan ayam BBQ madu dan crispy wanton, makan tengah hari kami jadi lebih meriah.
Harganya mungkin sedikit premium berbanding kedai biasa, tapi untuk sekali-sekala, ia memang terasa berbaloi.
Perut Kenyang, Hati Pun Senang
Selesai makan, kami pulang dengan rasa puas hati. Hari itu lengkap dengan shopping di Pasaraya Hari-Hari, beli barang di Eco Shop dan akhirnya lunch sedap di TCRS Raub.
Kalau anda singgah ke Raub dan mencari tempat makan yang selesa untuk keluarga, The Chicken Rice Shop memang boleh masuk dalam senarai pilihan.
4 Ulasan
Nampak sup ada fishball tu menarik juga.
BalasPadamMZ dh lama tak singgah TCRS tu...MZ suka pai tee tu!
BalasPadamLinda kurang minat TCRS..hihi..cmm kurang rasa..Pai tee pun tak sedap mcm dulu
BalasPadamDah lama tak makan di the chicken rice shop. Kalau ambil set, pada pendapat saya, boleh kekenyangan makan. Tak pernah cuba lagi gado-gado tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.