Pengalaman Servis Honda 30,000km di Restu Auto Bentong: Harga & Kemudahan Lengkap

Bagi pemilik kereta, servis berkala adalah perkara wajib kalau nak pastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik. Walaupun jarak perjalanan belum cukup, servis tetap perlu dibuat ikut jadual masa. 

Itu juga yang berlaku pada kereta Cie. Kalau ikutkan meter belum pun cecah 30,000km, baru la 18,236km je tapi sebab tarikh servis dah sampai, maka nya perlu ke pusat servis untuk buat pemeriksaan lengkap.

Kali ni Cie pilih untuk servis di Honda Restu Auto Sdn. Bhd. Bentong juga, walaupun kereta sebenarnya Cie beli di Honda Temerloh. Masa service 1,000km je pergi service di Temerloh. Service yang seterusnya tu semua di Bentong je.

Kereta Honda di hadapan Pusat Servis Honda Restu Auto Bentong


Sebelum ni dah 2 kali buat service di Bentong. Bulan Ogos tahun 2024, dan Februari tahun 2025.


Kenapa Pilih Servis di Bentong

Beli kereta di Temerloh, tapi service di Bentong. Ni antara sebab kenapa Cie pilih untum service di Bentong je.

Lokasi Lebih Dekat

Dari Lipis ke Bentong cuma ambil masa lebih kurang sejam. Kalau ke Temerloh, hampir 2 jam perjalanan dan jalan agak kurang elok la dari Lipis ke Jerantut tu. Jalan ke Bentong ok boleh naik highway je dari Raub so masa masa perjalanan tu jadi lebih dekat.

Kurang Sesak

Pusat servis di Bentong tak terlalu crowded dengan orang ramai. Jadi proses lebih tenang dan kami tak perlu tunggu lama. Masa service 1,000km di Temerloh dulu terlalu sesak dengan orang yang menunggu untuk servis kereta juga. Sampaikan tak selesa la nak duduk menunggu.

Kemudahan Pelanggan

Restu Auto Bentong memang selesa, sesuai untuk yang nak tunggu lama di sana. Bagi Cie, faktor masa dan keselesaan sangat penting dan sebab itu la kami pilih Bentong walaupun beli kereta di Temerloh.


Buat Temujanji Melalui Aplikasi Honda

Semua temujanji Cie buat melalui apps Honda. Prosesnya ringkas cuma pilih tarikh, masa dan jenis servis, kemudian apps akan keluarkan eQuotation untuk anggaran harga.

Bila sampai di pusat servis Bentong pada hari Sabtu, staf terus sambut di kaunter dan semak rekod servis kami. Memang cepat dan tak perlu menunggu lama sebab semuanya sudah direkodkan dalam sistem.

Pegawai Honda memberi penerangan servis di kaunter pusat servis Restu Auto Bentong


Screenshot temujanji servis kereta Honda melalui aplikasi Honda

Paparan aplikasi Honda menunjukkan status servis kereta sedang berjalan



Anggaran Kos vs Bil Sebenar

Anggaran awal (eQuotation) yang Cie terima:

  • Honda 30,000km Service Maintenance – RM118.72
  • HAC Charcoal Air Filter S – RM135.65
  • Element Assy_Air/Ase – RM179.20
  • Brake Grease M77 – RM6.58
  • Engine Oil SP 0W20 (4L) – RM209.88
  • Washer Drain Plug 14mm – RM4.19
  • Kit, Brake & Parts Cleaner – RM5.03
Jumlah (SST termasuk): RM659.25

Quotation anggaran kos servis 30,000km Honda sebelum kerja dilakukan


Servis Sebenar Yang Dibuat

Selepas berbincang dengan penasihat servis, hanya item penting yang dibuat untuk kali ini. Yang additional service tu kalau kita rasa taknak buat boleh tolak je. 

Senarai sebenar yang dikenakan caj:

  • Washer Drain Plug 14mm
  • ENG OIL SP OW20 (200L)
  • Cartridge Oil Filter
  • Element Assy_Air/ASE
  • LLC Type 2 (1.0L)

Pusat servis juga berikan diskaun 15% untuk service yang kami ambil. Selepas ditolak, jumlah keseluruhan yang kami bayar hanyalah RM393.20.

Invois bil sebenar servis kereta Honda selepas diskaun 15% di Bentong

Invois bil sebenar servis kereta Honda selepas diskaun 15% di Bentong



Suasana di Restu Auto Bentong

Salah satu kelebihan servis di sini ialah suasananya yang sangat selesa. Bukan sekadar tempat menunggu, tapi penuh dengan kemudahan untuk pelanggan:

  • Sarapan percuma – pagi tu ada kuetiau goreng dan kek. Boleh makan je free flow. Adik Rania sampai 2 bungkus dia makan. Terlupa pulak nak ambil gambar kuetiau.
  • Air Minuman - kat situ ada disediakan mesin air dan air cuckoo. So boleh la self service ambil air minuman.
  • Ruang menunggu berhawa dingin – dengan sofa, meja dan wifi percuma. So sangat selesa la nak menunggu sementara kereta siap diservis.
  • Surau & tandas bersih – kemudahan ni penting kalau kena tunggu lama. Surau tu Cie tak pernah masuk la. Selalu pilih waktu servis sebelah pagi.
  • Ruang televisyen – hiburan santai sementara menunggu. Boleh la menonton televisyen sementara tunggu kereta siap. Kami tak tengok pun TV.
  • Ruang kanak-kanak – sesuai kalau bawa anak kecil. Ada juga televisyen rancangan kartun untuk kids corner ni.

Penulis berwefie bersama anak-anak di pusat servis Honda Restu Auto Bentong

Mesin air minuman cuckoo dan mesin kopi di ruang pelanggan pusat servis Honda Bentong

Penulis sedang menunggu kereta siap diservis di ruang menunggu Honda Bentong

Ruang menunggu selesa dengan sofa dan televisyen di Honda Restu Auto Bentong

Hidangan kek yang disediakan di ruang menunggu pusat servis Honda Bentong

Cie perasan suasana di sini lebih tenang berbanding Temerloh yang biasanya lebih sibuk dengan pelanggan. Masa kami datang baru ni sebelum kami hanya ada seorang dan selepas kami ada 2 orang bersama anak-anak masing-masing.


Proses Servis


Antara kerja yang dilakukan semasa servis kali ini termasuklah:

  • Penukaran minyak enjin baharu Honda SP 0W20
  • Pemeriksaan brek dan sapuan Brake Grease M77
  • Pemeriksaan penapis udara
  • Pemeriksaan asas termasuk tayar, bateri dan sistem aircond

Staf bahagian servis ada juga tanya husband sama ada nak rotate tayar dan buat balancing tak. Husband cakap tak payah la. Katanya buat di bengkel luar lebih murah berbanding buat di situ. So kami tak buat.

Kereta Honda sedang diservis oleh juruteknik di bengkel Honda Restu Auto Bentong


Mereka bagitau juga bateri kena tukar dah dalam 50% je dah tinggal. Husband pun tolak cakap taknak buat. Mahal jugak rasanya rm300 lebih. Cie punya la taktau bab kereta. Cie ingatkan tak perlu tukar bateri sebabnya kereta Cie tu jenis hybrid masa sales person Honda Temerloh tu cakap 5-6 tahun takkan habis bateri. Rupanya husband cakap ada bateri kecil jugak. Baru la ku tau.

Tempoh service pun sekejap je sejam dah siap.


Tips Untuk Pemilik Honda

Dari pengalaman Cie, ada beberapa perkara yang boleh memudahkan urusan kalau anda nak buat servis:

  • Buat temujanji awal guna apps Honda.
  • Datang awal pagi supaya senang dapat tempat dan sempat nikmati sarapan percuma. Tapi tak pasti pusat servis lain tapi di Auto Restu Bentong ni memang sedia sarapan percuma.
  • Semak quotation – jangan takut tanya kalau ada item yang anda rasa belum perlu ditukar.
  • Bawa buku servis untuk rekod rasmi.
  • Pilih lokasi yang sesuai – kalau dekat dan selesa, pengalaman menunggu jadi lebih menyenangkan.


Review Keseluruhan

Secara keseluruhannya, Cie berpuas hati dengan servis 30,000km di Honda Restu Auto Bentong. Walaupun meter belum cukup, servis tetap kena ikut jadual masa, jadi Cie rasa lebih yakin selepas kereta diperiksa.

Kos servis pun tak setinggi anggaran asal kerana hanya yang penting sahaja dibuat. Ditambah pula dengan kemudahan lengkap, staf yang mesra dan suasana yang tak sesak, pengalaman servis kali ini memang berbaloi.

Kalau anda tinggal di kawasan Lipis atau sekitar Pahang Barat, Cie rasa Bentong adalah pilihan yang lebih praktikal berbanding Temerloh.

Next service 40,000km dan due date adalah Januari 2026. Hah jenuh Januari tu nanti roadtax dan insurans pun dah sampai due. Kena menabung la ni nampaknya.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kereta kena service ikut jadual, baru performance mantap dan jangka hayat pun tahan lama In Sha Allah

    BalasPadam
  2. Salam singah..tak apa kereta kena service ya dek..agar tahan dan gagah di atas jalan raya..saya guna triton .huuu bila service ja ..duit..apa kan daya besar kereta besar lah kosnya tu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.