Sarapan Pagi Lempeng, Sardin Goreng & Sambal Goreng yang Simple & Sedap

Hari ni mereput je kat rumah. Takde plan ke mana-mana, Adik Rania ada kelas tambahan UPKK 9 pagi tadi hingga la 5.30 petang kang. Tengahari pun tak balik terus stay sekolah KAFA sampai petang. Sarapan pun masak je pagi tadi malas nak keluar mencari sarapan. Jemu dah makan luar menu sama, kedai sama je. Selepas solat Subuh pagi tadi terus masuk dapur. Semua bahan ada senang plan nak masak apa untuk breakfast.

Bahan asas mesti kena ada kat dapur kita macam tepung gandum, sardin, ikan bilis, bawang, cili padi. Dari bahan asas ni kita boleh plan masak pelbagai jenis menu sarapan yang simple. Ni kalau rajin la kan. Kalau malas tu pelbagai bahan ada pun tak jadi jugak.

Minggu lepas beli barang dapur Cie beli 1 tin sardin. Beli yang kecil je. Cie dan kakak Raisha je makan sardin. Faiz dan adik Rania tak makan sardin. Selalunya ambil kuah je. Tepung gandum memang sentiasa ada stok kat rumah. Senang bila nak guna. Ikan bilis, bawang, cili padi pun ada. Terus dapat idea menu sarapan pagi ni. 


Menu Sarapan Pagi Kami Hari Ini

Cie masak:
  • Lempeng
  • Sardin goreng
  • Sambal ikan bilis goreng

Menu sarapan pagi lempeng, sardin goreng dan sambal goreng


Lempeng Lembut yang Mudah Disediakan

Lempeng ni paling senang nak buat. Tak pakai banyak bahan pun. Asal ada tepung gandum kat rumah dah boleh jadi lempeng. Tepung gandum, garam sikit dan bancuh dengan air. Bancuh cair je. Lepas tu curah sikit atas kuali. Cie pakai tadi non stick pan dan pan burger tu. Cepat la sikit 2 kuali. Dapat 8 keping. Lebih kurang 10 sudu rasanya tadi Cie bancuh tepung. Sukatan air tu agak-agak je. Alhamdulillah jadi lembut je.

Lempeng lembut untuk sarapan pagi


Sardin Goreng Penambah Selera

Kalau masak lempeng Cie suka cicah sardin lagi dari kuah kari. Bahan nak masak sardin simple je bawang putih, bawang besar dan cili padi hiris je. Tumis dengan sedikit minyak. Bila dah layu bahan tu masukkan sardin dan sedikit air. Cie letak juga pes asam jawa sikit, bahan perasa sikit. Kacau-kacau dah siap.


Sardin goreng ringkas untuk sarapan


Sambal Goreng Garing

Sambal goreng ni kalau rajin nak menumbuk bahan boleh la tumbuk. Cie ni kurang rajin. Jadinya tadi masukkan ikan bilis, bawang besar dan cili padi dalam blender. Air sikit. Blend je sampai hancur. Dah siap blend masuk je dalam kuali buka api perlahan je. Masakkan sampai air dari bahan tu kering. Bila dah agak-agak kering baru masukkan minyak masak. Goreng jela sampai garing.


Sambal goreng pedas manis


Mudah je Cie buat sambal garing. Kalau rajin nak tumbuk boleh tumbuk. Kalau nak guna chopper pun boleh. Ikut la kreativiti masing-masing. Tetap menjadi juga masakan kita. Kita yang buat dia so jangan risau.


Gabungan Menu Sarapan Simple & Sedap

Bila tengok anak-anak berselera makan masakan kita masak sejuk rasa hati, hilang rasa penat kelengtung kelengtang kat dapur di awal pagi. Kita ni kekadang tak berapa rajin sangat nak masak awal pagi. Tapi sebab kenangkan ada perut yang nak diisi masak la jugak kan.

Menu simple je lempeng, cicah dengan sardin goreng dan sambal garing pun dah sedap sangat. Tak perlu menu meriah sangat pun diawal pagi. Sarapan yang simple dan yang penting sedap pun dah dapat menceriakan hari kita.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Menu ni lengkap dah, makan sampai petang macam ni pun cukup dah.. kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena makan nasi jugak tengahari tak kenyang kami ni 😆

      Padam
  2. Menu kegemaran ni, lempeng cecah sambal sardin.

    BalasPadam
  3. Lama tak makan sardin ni. Teringin pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita jarang2 makan sardin ni bila teringin je. Mahai jugak sardin 😅

      Padam
  4. Wow..Mmg feveret sy tu lempeng cicah sardin =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.