Staycation di Howard Johnson by Wyndham KL 118: Pengalaman Kedua

Lepas je husband cakap on nak hadir majlis kenduri sepupunya di Putrajaya tu tugas Cie la untuk survey hotel. Survey area Putrajaya semuanya banyak dah full dan tinggal yang mahal-mahal je. Sejak anak-anak dah besar ni kena ambil bilik yang besar sikit atau kena ambil 2 bilik dan pilih connection room jadi macam besar jugak bajet kan.

Cie pun terfikir nak cari hotel area KL jela boleh jalan-jalan KL. Cie dah booking kat Howard Johnson Jalan Kg Attap yang kami pernah stay bulan 6 hari tu. Dapat harga RM313.06 with breakfast. Masa tu booking via Agoda pada 27 Ogos 2025. Cie book bilik yang sama macam sebelum ni Deluxe Quadruple Room ada 1 katil king dan 2 katil single untuk check in 13 September dan check out 14 September. Majlis sepupu Faiz tu 14 September. Kiranya lepas check out tu terus ke Putrajaya.

Last minute tiba-tiba Faiz suruh tukar date check in 14 September dan check out 15 September. Katanya baik check in lepas kenduri dapat la lama sikit. Kalau check in 13 tu nanti mungkin dah petang jugak baru sampai, 14 tu awal pagi nak kena check out dah nak ke Putrajaya. Cie pun menurut jela. Dia yang bayar kan. Kita tukang booking je.

Via Agoda tu tak boleh tukar date. Kena cancel dan booking lain. Bila search je takde dah bilik yang Cie nak tu. Cari kat apps lain pun dah takde. Last sekali tengok Traveloka ada bilik yang lain cuma 1 katil king dan 1 katil single. Cie terus book jela nanti langsung takde dah. Masa tu 3 September dah banyak bilik habis. Musim cuti kan. Dah confirm dapat book yang baru, terus Cie cancel yang Agoda tu. Yang Agoda tu free cancellation sebelum 9 September. Kiranya belum bayar.


Booking receipt hotel howard johson KL by traveloka



Kiranya ni pengalaman kedua la Cie menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118. Pengalaman berbeza sikit la sebab bilik berbeza. Takdela beza  cuma ada la sikit-sikit.


Kenapa Pilih Howard Johson Lagi?

Bagi Cie hotel ni ada bilik yang sesuai dengan bajet kami.  Pengalaman pertama menginap kat sini dulu menjadikan Cie berminat untuk menginap kali kedua pulak. Cuma kali ni bilik yang berbeza tapi masih lagi di dalam range bajet kami dan sesuai untuk kami 4 beranak.


Lokasi Strategik di Tengah Bandaraya

Howard Johnson ni terletak di Kg Attap berdekatan dengan semua kemudahan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ni. Berdekatan dengan Menara 118, Dataran Merdeka dan banyak lagi la kemudahan yang ada di sekitar. Kiranya nak ke mana-mana tu dekat la.


Urusan Check In dan Lobi

Kami check in dah 6 lebih petang so smooth jela sebab takde orang. Macam biasa masa check in tu receptionist akan tanya nama untuk pengesahan booking dan IC akan diminta. Lepas tu receptionist akan print booking details untuk kita sign dan tulis emel, nombor handphone dan no plet kereta.


Penulis bersama luggage sebelum naik ke bilik hotel

Penulis ketika proses check in di howard johnson

Lobinya agak luas. Disediakan sofa yang selesa la untuk kita duduk bersantai-santai.

Ruang menunggu di lobi howard johnson

Penulis selepas check out di howard johnson



Harga dan Jenis Bilik

Untuk harga ni kena survey dulu apps mana yang offer harga berpatutan. Cie selalu tengok beberapa apps dan yang pasti kena booking melalui Shopback Apps juga supaya dapat cashback. Dapat juga RM26.79 masuk akaun Shopback. Nanti boleh cash out.

Harga bilik RM233.40 tapi ada tolak voucher kat traveloka RM10 jadinya total RM223.40. Murah sikit dari Agoda bilik yang sama masa Cie survey tu. Dapat sekali breakfast so berbaloi la harganya.

Resit Harga bilik deluxe triple di howard johnson KL



Kemudahan Di Dalam Bilik

Pemilihan hotel paling penting adalah keluasan bilik dan kemudahan yang ada di dalam bilik. Bilik yang Cie menginap ni Deluxe Triple with breakfast. Antara kemudahan yang ada seperti:

  • Bathtub dan shower
  • Televisyen
  • Meja dan kerusi
  • Mini fridge
  • Hairdryer
  • Tanda arah kiblat
  • Coffee and tea making facilities dan air mineral
  • Bathroom amenities
  • Wifi 

Cuma dalam bilik Deluxe Triple ni takde kemudahan iron dan iron board macam bilik Deluxe Room yang Cie menginap bulan 6 hari tu. Untuk bilik tingkat 17 ni kemudahan iron di aras yang sama di sebelah bilik 1710. Bilik Cie 1718. Tu la yang tak best sebab kena keluar dari bilik nak iron.

Nombor bilik penulis check in

Suasana di dalam bilik deluxe triple howaRd johnson

Coffee and tea making facilities di dalam bilik deluxe triple howard johnson

Bathroom and shower deluxe triple room howard johnson

Hair dryer di dalam bathroom howard johnson

Mini fridge di dalam bilik deluxe triple room howard johnson

Suasana di dalam bilik deluxe triple di howard johnson

Kerusi dan meja santai di dalam bilik deluxe triple howard johnson

Penulis duduk di atas katil single bilik deluxe triple howard johnson

Pemandangan dari bilik tingkat 17 howard johnson

Toiletries amenities di dalam bathroom howard johnson

Wardrobe di dalam bilik deluxe triple howard johnson



Buffet Sarapan Pagi

Bilik yang Cie ambil tu disertakan sekali sarapan. Buffet sarapan bermula jam 7.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Banyak pilihan buffet sarapan pagi antaranya ialah:

  • Nasi lemak
  • Kuetiau goreng
  • Nasi goreng
  • Ayam cili
  • Bendi masala
  • French toast
  • Baked beans
  • Puding roti dan sos kastard
  • Pancake
  • Egg counter
  • Cereal
  • Vege counter (tosei)
  • Porridge dah kuetiau sup
  • Salad dan pasta
  • Kuih muih dan pastry
  • Minuman pelbagai jenis jus dan minuman panas
Ni jela antara yang Cie ingat. Cie takdela ambil gambar buffet tu. Segan la pulak orang lain sibuk ambil makanan kita sibuk nak snap gambar buat content kan sebab takde pun orang ambil gambar. Ambil gambar makanan yang Cie makan jela.


Menu buffet sarapan pagi di howard johnson

Menu buffet sarapan pagi di howard johnson

Menu buffet sarapan pagi di howard johnson

Menu buffet sarapan pagi di howard johnson

Menu buffet sarapan pagi di howard johnson



Cumanya kelemahan buffet sarapan ni bagi Cie mereka refill makanan tu lambat. Macam dah habis baru nak refill. Masa kami datang tu 7 lebih pun banyak dah makanan habis. 

Puding roti kat situ best. Cie terlupa nak ambil kali ni. Betul-betul tak ingat. Mulanya Cie ingat nak makan last sekali baru ambil puding tu. Sekalinya lupa terus lepas Cie habiskan muffin dan kuih kakak Raisha ambil tu dia tak suka pulak. 

Buah pun ada 2 jenis je nenas dan oren. Tu jela buahnya. Kalau buffet dan ramai pelanggan ni better la letak buah yang semua orang makan dan elakkan la letak buah yang masam keduanya. At least kalau letak limau, boleh letak tembikai lagi sejenis. Kiranya ada masam, ada manis. Baru ngam.


Kelebihan dan Kelemahan Hotel

Setiap tempat tu ada kelebihan dan kelemahan yang susah nak elak tapi boleh diperbaiki. Bagi pandangan Cie ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dan kelebihan yang boleh ditambahbaik.

Kelebihan

Antara kelebihan hotel ni membuatkan Cie menginap untuk kali kedua ialah:

  • Harga bilik dan jenis bilik sesuai dengan bajet kami. Susah nak jumpa bilik yang harga macam tu dapat sekali sarapan.
  • Kemudahan asas yang disediakan di dalam bilik cukup.
  • Staf semua peramah dan membantu.
  • Buffet sarapan ada pelbagai jenis pilihan makanan.

Kelemahan

Susah la nak jumpa yang tiada kelemahan kan. Begitu juga hotel ni ada la sikit kelemahan yang boleh diperbaiki. Sepanjang Cie menginap 2 hari 1 malam ni ada la sikit kelemahan bagi Cie la. Antaranya ialah:

  • Lif untuk ke car park rosak.
  • Kemudahan air panas tiada dalam bilik.
  • Kemudahan iron tidak disediakan di dalam bilik untuk level 17.

Tu jela bagi Cie. Takdela apa sangat pun. Asalkan harga mengikut bajet dan ada sarapan pun dah ok.


Adakah Berbaloi untuk Staycation?

Bagi Cie berbaloi je untuk stay lagi di situ. Setiap kali menginap tu kita akan dapat pengalaman yang berbeza. Ada la kelebihan dan kelemahan yang sikit je. Takdela buruk sangat kan.

Ramai jugak yang menginap di hotel ni. Siap ada bas lagi parking depan hotel. Ada la tu group pelancong agaknya. Masa sarapan tu ada la warga Cina dan India. Tapi tak sure Malaysian atau pelancong luar. Memang full house la masa sarapan tu. Melayu ada la beberapa orang je terjumpa.


Penulis bergambar bersama keluarga di dalam bilik deluxe triple sebelum check out


InsyaAllah kalau next nak stay KL rasanya book lagi kat hotel Howard Johnson ni.



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Ingatkan cuti Hari Malaysia nak stay hotel di KL, ada survey dan nampak hotel ni juga. Boleh tahan juga biliknya tu, luas dan selesa. Ada bathtub lagi. Permandangan pun cantik. Hari cuti ni harganya berganda-ganda. Seram tengok. Tambah pulak cuti sekolah kan, sana sini hotel penuh dan harga bukan main. Nak tak nak mesti orang stay juga. Untung jugalah dapat hotel yang sesuai dengan bajet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel ni 3 star je rasanya. Tapi ok la facilities pun banyak je.

      Padam
  2. time cuti sekolah and public holiday mana2 otel pasti cpt full...nasibaik dpt juga booking tu ye..bila dh suka otel tu pasti repeat kn...nk plak kt area tgh bandar lebih mudah nk ke sana sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena book awal2. Kalau last minute book memang ikut nasib jela.

      Padam
  3. Wah..Nice jgk room ni..Kita sama la cie..Skrg dh start kena cari bilik hotel yg besar sikit sbb kids memasing dah growing up =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la tak muat katil dah nak tidur beramai2. Biasanya ambil single bed 2, gabungkan muat la tidur 4 orang. Bila dah besar2 ni kena family room la dah. Kosnya pun tinggi la jugak

      Padam
  4. Memang nyaman bilik hotel tu, alhamdulillah dapat cuci mata juga musim cuti..pasti ada moment yang indah untuk di kenang dan zahirkan di blog kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah cuti sekolah dapat bawak anak2 jalan2.

      Padam
  5. Tooosss lah kita kak, sama2 masih pakai shopback. Memang worth it sangat pakai shopback ini kan. Apalagi saya rutin traveling dan selalu pesan hotel. Jadi sekali dapat memang besar cashbacknya.

    Tuhlaah, kalau dah punya anak dekat remaja, pesan kamar hotel jadi perlu 2 kamar atau at least family room. Atau extra bed.

    November esok saya ke Putrajaya, memang tak bawa anak lah dulu. Lagipun mereka sekolah. Jadi Krn cuma berdua, bisa dicari hotel di sekitaran Putrajaya supaya bisa ketemu juga dengan beberapa bloggers yg duduk kat kawasan Putrajaya 😄.

    Baguuus hotel Howard ini, sebab luas saya lihat. Sampai ada bath tub di kamar mandi.

    Kekurangannya dari segi lambat Refill makanan, semoga bisa diambil berat oleh pihak hotel. Tak bagus juga kalo menu sarapan sudah banyak kosong sementara waktu sarapan masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye berbaloi guna shopback banyak dapag cashback . Berbaloi kalau banyak travel.

      Padam
  6. Best lah tengok hotel ni, thanks for sharing Cie

    BalasPadam
  7. Besar juga bilik dia.. Pada Sha okaylah harga tu dengan bilik dia.. Menarik..

    Biasalah, mana2 hotel pun mesti ada kekurangan..

    BalasPadam
  8. bilik dia luas, harga berbaloi lepas dah tolak dgn voucher. paling bestnya dah include breakfast lah. bnyak jugak choice makanan tu!

    BalasPadam
  9. Sekarang banyak hotel terutama 3 * ke bawah hanya sediakan iron/board dan water dispenser kat luar bilik. Mungkin untuk kurangkan kos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel ni bilik lain aras 10 Cie duk bulan 6 hari tu ada iron dalam bilik. Kat aras 17 ni takde.

      Padam
  10. Ok juga hotelnya, nampak agak luas, harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  11. rate sgt ok tu. bilik ni memang utk 3 adults ajer ker? katil tu both double bed ker?

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.