Baru berkesempatan nak bercerita. Kalau ikutkan malas dah lepas tapi sebab dah ambil gambar kita cerita jela jugak. Bagi settle cerita Kuantan dulu, baru sambung cerita lain. Takde salah pun walaupun throwback.
Pelbagai aktiviti dan program disediakan oleh urusetia fiesta. Ada jualan pekan sari, ada jualan makanan dan minuman, ada pameran pelbagai jabatan, ada juga artis jemputan dan banyak lagi la.
Cie macam biasa mencari makan je kat Fiesta tu. Mulanya hari Jumaat tu Cie pergi beli air dengan kakak Raisha selepas kakak Raisha balik sekolah. Cie jalan kaki je dari hospital.
Sebelah malam pulak Cie dan team jabatan Cie geng perempuan bentang tikar tengah padang tu berkelah. Makan-makan, borak-borak sambil tengok artis nyanyi ada Wani Syaz dan Afieq Syazwan.
Hari Ahad, hari terakhir pun Cie datang lagi beli air, beli kek dan nampak ada Gardenia buat jualan mi segera RM10 3 bungkus. Terus la laju-laju beli.
Khalis Bakery
Mulanya nak beli Kopi Saigon tapi takde frappe pulak. Kebetulan kakak Raisha nak Matcha Strawberry kat Khalis Bakery tu Cie pun join la beli Kopi Butterscotch. Belikan juga untuk adik Rania Mango Milk. Matcha Strawberry tu kakak Raisha kata pahit sikit. Kopi dan mango tu sedap. Sebelah malam pulak Cie beli Ais Jelly Limau.
Hari Ahad tu pun Cie singgah lagi beli Kopi Butterscotch, untuk adik Rania Mango Milk dan kakak Raisha Chocolate Strawberry. Sedap jugak air kat Khalis Bakery ni.
Mereka memang ada buka kedai di bandar lama tapi tak pernah tau pulak ada jual pelbagai jenis air. Dulu-dulu pernah la beli roti kat kedai tu.
Muiz Chicken
Hari Jumaat malam Sabtu tu kami singgah di gerai Muiz Chicken. Beratur ye orang nak membeli. Kami beli set yang ada 5 ketul tu Happy Box Cheese. Ada dapat sekali cheese sauce. Makan panas-panas ayam tu sambil duduk atas tikar tengah padang Dataran Orang Kaya Haji.
Ayam Muiz ni kalau buat sekali coleslaw dan whipped potato mesti lagi padu. Ni ayam je mereka jual.
Kuetiau Goreng Udang
Faiz tambah beli kuetiau udang jugak malam tu. Dia risau takut tak cukup ayam 5 ketul je. Padahal cukup je. Tak makan banyak sangat pun. Harga boleh tahan jugak. Mujur la sedap. Udang takdela besar pun.
Air dan Sushi
Masa makan kat tengah padang tu anak-anak nak beli air thai. Adik Rania teh thai, kakak Raisha green tea. Adik Rania nampak sushi nak jugak sushi. Beli 2 ketul je. Dia makan seketul, seketul lagi Cie la habiskan.
Dessert By Gee
Hari Ahad pulak selepas balik beli barang dapur Cie suruh Faiz singgah kejap. Saja nak tengok apa jualan kat gerai-gerai tu hari last dah. Nampak la Dessert By Gee ada jual kek batik. Beli la 2 untuk anak-anak.
Mi Segera Gardenia
Nampak ada orang beli mi gardenia tu Cie pun mencari-cari di mana ada. Nampak la tepi pentas dataran tu Cie pun terus la pergi beli. 3 peket mi segera ada perisa ayam, perisa kari dan mi goreng RM10 je mesti la kena beli jugak. Entah bila nak makan tu. Sehingga entri ni ditulis belum makan pun lagi.
Fiesta Tamat 28 September
Mujur la tamat 28 September, kalau seminggu mau hari-hari Cie membeli. Hahaha. Kita bantu peniaga-peniaga menambahkan pendapatan mereka kan.
3 Ulasan
baru balik dari lipis isnin baru ni.. ziarah ipg.. kopi ais memang terbaik.. hehe
BalasPadammee segera tu takpe...buat stok...kikiki
BalasPadamhari2 pergi, terbaik lah Cie
Best ada event gini tp tu la..Rambang mata tgk mknn...Maggi tu murah tu =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.