Keputusan Segmen Bloglist #1 Roziah Muhammad Nor (Oktober – Disember 2025)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ini tibalah masanya untuk Cie umumkan keputusan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025). Pertama sekali Cie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang telah meluangkan masa untuk join segmen ini.

Keputusan pemenang bloglist

Walaupun segmen ini hanya kecil-kecilan sahaja, sambutan yang Cie terima cukup membuatkan Cie rasa terharu dan bersemangat untuk terus aktif dalam dunia blogging. 

Sebanyak 13 penyertaan yang Cie terima. Ada jugak rakan blogger lain yang buat posting entry tu tapi disebabkan tak mengikuti syarat letak link entry di ruangan komen maka penyertaan tidak boleh diterima. Cie mohon maaf sangat. Cie ada komen di posting tu untuk minta peserta komen di entry Cie tapi tak diletak maka penyertaan tidak sah.

Tujuan utama Cie buat segmen bloglist ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama blogger, meriahkan kembali suasana blogwalking dan pada masa yang sama memberi peluang kepada blog rakan-rakan untuk mendapat lebih trafik melalui sidebar bloglist Cie.


Senarai Semua Penyertaan

Sebelum Cie umumkan blog terpilih, Cie senaraikan dahulu semua blogger hebat yang telah menyertai segmen ini. Cie amat menghargai setiap satu penyertaan kerana tanpa anda semua, segmen ini tidak akan berjaya.

Berikut adalah senarai penuh peserta segmen #1:



Terima kasih kerana sudi memeriahkan segmen ini dengan sokongan anda. Setiap penyertaan amat Cie hargai!


Proses Pemilihan Bloglist

Untuk memastikan pemilihan bloglist dilakukan dengan adil dan telus, Cie memilih untuk menggunakan aplikasi Wheels of Names

Semua nama blog yang menyertai segmen ini Cie masukkan ke dalam senarai cabutan. Kemudian, Cie lakukan 5 kali pusingan roda sehingga akhirnya terpilih 5 blog bertuah yang akan dimasukkan ke dalam bloglist sidebar Cie.

Kaedah ini Cie pilih kerana ia bersifat rawak sepenuhnya (random), jadi tidak ada unsur pilih kasih. Semua peserta berpeluang sama rata untuk terpilih. Cie sendiri pun teruja semasa melihat roda berpusing dan menunggu nama siapa yang akan keluar.


5 Blog Terpilih untuk Bloglist

Hasil daripada cabutan menggunakan Wheels of Names, berikut adalah senarai 5 blog terpilih yang akan berada di sidebar bloglist Roziah Muhammad Nor untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025):



12. Sueann

10. eyma



Pemenang bloglist

Pemenang bloglist

Pemenang bloglist

Pemenang bloglist

Pemenang bloglist


Tahniah diucapkan! Mulai 1 Oktober 2025, link blog anda semua telah pun dimasukkan ke dalam sidebar blog Cie. Jadi setiap kali anda update artikel terbaru, ia akan muncul secara automatik di ruang bloglist Cie.


Bloglist Batch Seterusnya

Bloglist ini akan kekal selama 3 bulan, iaitu dari Oktober hingga Disember 2025. InsyaAllah pada bulan Disember 2025 nanti, Cie akan buka pula Segmen Bloglist #2 untuk Januari – Mac 2026. Jadi untuk blogger yang belum tersenarai kali ini, jangan risau kerana anda masih ada peluang untuk mencuba lagi di batch seterusnya.

Cie berharap dengan adanya segmen bloglist ini, kita dapat saling menyokong dan memberi trafik antara satu sama lain. Mungkin nampak kecil, tapi inilah antara cara untuk kita sama-sama memeriahkan dunia blogging.


Terima Kasih Semua

Cie sekali lagi ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta segmen ini. Cie sangat menghargai sokongan anda semua. Untuk yang belum tersenarai kali ini, teruskan menulis dan nantikan segmen bloglist akan datang.

Mari kita sama-sama terus hidupkan dunia blogging dengan aktiviti blogwalking, membaca dan meninggalkan komen di blog masing-masing. 

InsyaAllah dengan cara ini, hubungan sesama blogger akan semakin erat dan dunia blogging akan kembali meriah seperti dahulu.






Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wahh tahniah kepada semua yang berjaya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. first time berjaya dalam undian. Moga ada rezeki lagi nanti :)

    BalasPadam
  3. Maaf baru baca, penat, awal tidur..tahniah pemenang..ramai join..boleh lah klik blog baru nanti, saya suka tu wheel of names..menarik..Tahniah, berjaya dengan lancar hingga ke akhir segmen menarik sekali ini.

    BalasPadam
  4. Tahniah rakan-rakan blogger yang terpilih.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.