Siap mengemas barang beli tadi. Sayuran Cie settle kan masuk dalam bekas dan simpan dalam fridge. Bahagian basah lauk pauk Faiz settle kan. Dia beli ayam, sotong dan ikan lolong tadi. Selalunya Faiz la mengerjakan lauk pauk tu.
Cie siap sempat buat stok bawang goreng tadi sambil masak Nasi Arab. Cie memang buat sendiri bawang goreng. Tak pernah beli bawang goreng. Lebih suka bawang goreng homemade lagi sedap boleh ratah gitu je.
Cie masak Nasi Arab ni versi Cie sendiri. Takde tengok kat mana-mana resipi pun. Main hentam je. Pernah buat beli rempah dari kawan. Pernah juga beli rempah kat Shopee. Nasi Arab Mandy memang ada jual rempahnya untuk ayam dan nasi.
Beberapa kali buat dengan resipi olahan berbeza. Kalau orang mintak resipi memang susah la nak bagi sebab resipi berbeza-beza tiap kali buat. Ala-ala pun ok jugak. Nak betul-betul resipi arab memang kena follow resipi Nasi Arab timur tengah la. Cie pernah makan di kedai Nasi Arab macam tak kena dengan tekak. Ada yang sedap, ada yang terlalu kuat rempahnya memang tak sedap la bagi Cie.
Bila buat sendiri ni boleh la adjust ikut tekak kita. Alhamdulillah anak-anak dan suami memang berselera makan. Habis dah licin. Last sekali penutup makan epal merah dengan asam boi.
Perut dah kenyang mata pun mula la mengantuk. Jom la kita belai mata. Berehat sepuasnya hari ni dah nak habis cuti hujung minggu.





3 Ulasan
Rajin sungguh Cie, masak nasi arab sendiri. Sedap la tu, kalau habis licin. 😋👍
BalasPadamWsh, siap dah nasi Arab. Bismillah.
BalasPadamWowww, terrornya Cie buat nasi Arab tak tengok recipe.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.