Jualan Rahmah Di BS Freshmart

Biasanya beli barang dapur hari Sabtu, tapi sebab semalam husband ada program lain jadinya keluar la membeli barang dapur hari ni. Cie malas nak keluar sorang-sorang, nak angkat barang tu yang kena tunggu husband ada.

Adik Rania takde dia pergi kem bermalam di sekolah KAFA. Selalunya dia suka mengikut beli barang dapur. Kakak Raisha selalunya malas ikut. Dah remaja ni suka duduk rumah je.

Bs freshmart kuala lipis

Sampai je kat depan BS Freshmart tadi nampak bunting Jualan Rahmah bermula 25 Oktober hingga 26 Oktober. So sempat la hari ni membeli barang. Biasanya Jualan Rahmah ni ada la item yang mereka bagi diskaun. Kiranya bukan semua la ada jualan tu.

Jualan rahmah di Bs freshmart kuala lipis

Macam tadi Cie nampak kentang, cili kering yidu, bawang besar, ikan kembung dan beberapa lagi la yang ada diskaun. Bawang besar tadi tak ambil sebab tengok dah berakar dah bawangnya. Ikan kembung pulak ada poster je diskaun tapi ikannya takde maybe dah habis semalam kot.

Jualan rahmah di Bs freshmart kuala lipis

Cie ambil yang ada diskaun tadi kentang dan cili kering yidu tu je. Cili kering yidu tu separuh harga diskaun tapi terhad sekilo je setiap orang. Cie tadi entah berapa gram je. Cili kering yidu tu ringan je. Cie memang pakai cili tu tak pedas.

Barang lain tu ada harga biasa je. Kira ok la juga kan mana yang ada diskaun kita ambil jela dapat jimat sikit. Jimat-jimat pun tadi hampir RM150 jugak. Beli beras jugak tadi. Lauk pauk, sayur-sayuran.

Plan nak buat nasi arab hari ni kang untuk menu lunch. Saja je mengisi masa lapang hari Ahad. Masak la special sikit.

Siap beli barang dapur kami terus balik. Takde anak-anak tak banyak la tempat menyinggah. Husband singgah 7E Cafe beli kopi dan popcorn. Cie taknak kopi sebab pagi tadi dah minum Indocafe Ice masa breakfast. Pagi tadi masak je mi segera goreng.

Singgah 7e cafe

Penulis menunggu di dalam kereta

Sementara menunggu husband tadi sempat la Cie mengarang dulu entri ni di dalam kereta. Masuk rumah sambung mengarang lagi sebelum mula masuk kitchen prepare untuk masak nasi arab.




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. MZ pun biasanya pergi beli groceries dgn my boys, sbb diaorg tlg angkat brg2

    BalasPadam
  2. Dah siap ke nasi arabnya?
    Selamat menjamu selera di hari minggu bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  3. hari tu kat Segi Fresh area rumah kak ana buat jualan rahmah ni hari khamis, dapatlah beli minyak masak paket guna IC hehe :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.