17 Tahun Berkhidmat di KKM: Sebuah Perjalanan Penuh Pengalaman

1 Disember 2008 tarikh bermulanya Cie melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Sedar tak sedar dah masuk tahun ke 17 dah Cie berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 1 tempoh yang penuh dengan dugaan, cabaran, liku-liku, pengalaman pahit, pengalaman manis.

Jauh lagi perjalanan menuju ke pencen. Date pencen nanti 19 November 2042 pada usia 58 tahun. Tahun Cie tu memang pencen wajib 58 tahun. lai 17 tahun kalau dipanjangkan usia. Cie mula perkhidmatan 2008 dan pencen 2042 akan jadi 34 tahun perkhidmatan. separuh perjalanan lagi menuju pencen.

Ni kad tahun 2016 selepas tukar gred 29. Cari kad mula-mula di Jengka dulu entah lepas ke mana dah.


THROWBACK LAPOR DIRI DI JKNP

Ingat lagi pada 30 November 2008 Cie menumpang tidur di rumah abang Cie di rumah Qadhi daerah Temerloh. Waktu tu abang Cie yang ke 5 menjadi Qadhi di situ. Rumahnya di belakang stadium Temerloh, atas bukit. Lebih dekat untuk Cie ke Kuantan. Kalau gerak dari Lipis kena keluar awal pagi. Gerak dari Temerloh lebih dekat untuk sampai ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang jam 8 pagi.

Cie drive sendiri je masa tu bawak kenari merah Cie tu. Datang lapor diri tanpa kenal sesiapa pun. Sampai tepat pada masanya dan Cie terus melangkah ke tempat yang perlu melapor diri tu. Masa tu ramai orang yang lapor diri tarikh sama termasuk perjawatan lain. Cie diberikan 1 sampul surat dan apabila dibuka tertulis di situ Hospital Jengka.

Dalam hati tertanya-tanya Jengka ada hospital ke? Kat mana pulak Hospital Jengka ni? Macam mana nak ke Jengka? Semua tu berlegar-legar di fikiran Cie. Selepas dapat surat tu kena dengar taklimat dulu. Panjang berjela taklimatnya. Lepas dah siap lapor diri tu kena terus ke Hospital Jengka pulak untuk lapor diri.

Tapi Cie tak terus ke Jengka, Cie keluar lunch dulu dengan kawan sekolah Cie. Lepas dah siap lunch dan borak-borak tu baru la Cie bergerak ke Jengka dengan 1001 persoalan bermain di fikiran. Zaman tu mana ada waze dan google maps bagai ni. Whatsapp pun belum wujud.

Redah jela tengok signboard. Kena drive di kawasan yang kiri kanan adalah pokok sawit. Masa tu memang kena berdamai dengan pokok-pokok sawit nampaknya. Yela kan Jengka tu Felda memang dipenuhi pokok sawit jela.

Sampai ke Hospital Jengka dah pukul 4 petang. Sempat la Cie lapor diri sebelum pejabat tutup. Masa tu mereka cakap susah nak cari rumah sewa. Tapi mereka akan bantu cari. Sementara mereka bagi tumpang kat asrama dulu guna bilik Matron. Cie cakap takpe Cie akan berulang dari rumah abang Cie dulu di Temerloh. 45 minit perjalanan.

Seingat Cie rasanya 2 minggu jugak Cie berulang dari Jengka ke Temerloh tu. Penat jugak hari-hari nak berulang. Anak-anak buah suka je Cie duduk dengan mereka. Cuma Cie jela rasa penat. Cie pun mintak nak tumpang duduk asrama. Walaupun takut terpaksa la duduk jugak. 

Cie tak boleh tidur hampir setiap malam. Kadang-kadang awal pagi baru terlelap. Floor yang Cie duduk tu memang takde orang lain. Memang mereka bagi Cie duduk bilik yang ada bilik air dalam tu. Tak perlu keluar. Selesa juga ada katil, ada meja study, ada almari pakaian. Cuma seram duduk sorang tu jela.

Dalam seminggu tu akan ada la hari yang Cie balik rumah abang di Temerloh. Kiranya Cie tak tidur asrama tu setiap hari. Weekend Cie balik kampung atau balik rumah abang di Temerloh. Pagi Isnin Cie balik ke Jengka, Rabu nanti balik ke Temerloh semula. Begitulah rutin sampai jumpa rumah sewa.

Kebetulan Penyelia Asrama tu nak tukar ke Kuantan so dia cakap duduk jela rumah sewa dia tu. Dia akan inform tuan rumah bagitau Cie nak sewa. Mujur la dapat jugak rumah walaupun rumah tu rumah lama dan tak berapa selesa sangat. Kerap jugak owner rumah naikkan sewa. Cie stay je duduk situ sampai la Cie dapat tukar ke Lipis. Januari 2012 Cie pindah ke Lipis.


PERJALANAN 17 TAHUN

Disember 2008 Cie lapor diri di Jengka sehingga lah 31 Januari 2012 Cie bertugas di Unit Sajian Makanan Hospital Jengka. Awal Februari 2012 Cie mula bertugas di Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis sehingga la hari ni. 

Banyak kenangan suka duka Cie sepanjang di Jengka tu. Kalau nak diceritakan terlalu banyak. Biar jela Cie simpan rapi kenangan tu.

Kadang-kadang macam tak percaya je 17 tahun dah berkhidmat dengan KKM sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dari gred C27, sampai tukar C29, naik TBK C32 dan kini tukar gred C6 TBK SSPA pulak. Lepas ni entahla gred apa pulak kan. 2 kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2016 dan 2022. Alhamdulillah untuk rezeki.

Untuk jawatan Cie ni kalau nak naik gred hakiki 32 atau C6 hakiki kena tukar tempat lain. Kat Pahang cuma ada 1 post sahaja di HTAA. Biasanya dihantar ke Sabah atau Sarawak la kalau mohon kenaikan pangkat tu. Cie tak mohon pun. Biar jela TBK pun ok je. Asalkan dekat dengan family.

Ramai je kawan-kawan Cie yang sanggup bertukar mereka mohon kenaikan pangkat dan dihantar merata tempat la. Tu yang tak sanggup nak tukar-tukar. Rumah sendiri pun dah ada di Lipis, dah tak PJJ dengan Faiz. Dah ada pengalaman PJJ dan taknak ulang dah.

Kalau pindah kena cari rumah sewa lagi, kos nak ulang alik lagi. Naik gaji takdela banyak mana pun. Jadinya tak berbaloi pun naik pangkat.

Penulis berkhidmat 17 tahun di kkm

Selamat ulangtahun perkhidmatan yang ke 17 tahun untuk diri sendiri. Semoga terus berkhidmat dengan baik.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah... Dah 17 dalam perkhidmatan awam.. pokcik tahun ni dah masuk 31 tahun lagi masuk tahun 2029 pokcik pencen wajib 60

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.