Hari ini, genaplah usia Cie 41 tahun. Ada orang maly nak cakap umur kan? Cie memang share je takde rasa malu memang dah sedar diri dah tua. Hahahaah.
Cie dilahirkan pada 19 November 1984, tepat jam 2.42 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jauh ye dari Kuala Lipis sampai Kuala Lumpur baru la lahir seorang Roziah ni. Alkisahnya mak ada sedikit komplikasi so tak boleh melahirkan di Lipis. Tahun 1984 takde kepakaran di Lipis ni nak dibandingkan sekarang ni. Begitulah kisahnya Cie seorang je tercampak jauh lahir di luar negeri Pahang.
Setiap kali Cie ingat cerita ini, Cie sedar betapa bermaknanya peluang hidup ini. Dari hari pertama Cie dilahirkan, kehidupan sudah pun menunjukkan bahawa setiap detik adalah anugerah yang tidak ternilai.
Masuk usia 41 ini terasa berbeza bukan kerana angka, tetapi kerana cara melihat dunia sekarang. Lebih tenang, lebih menghargai perkara kecil dan lebih matang dalam meletakkan nilai pada apa yang benar-benar penting.
Tahun-tahun sebelum ini penuh dengan pelbagai warna. Ada kegembiraan yang membuat Cie tersenyum tanpa sebab, ada cabaran yang menguji kesabaran dan ada juga detik yang mengajar Cie untuk lebih kuat dan lebih menyayangi diri sendiri. Semua itu menjadi sebahagian daripada kisah hidup yang tidak mampu Cie tukar dengan apa sekalipun.
Terima kasih Mak atas segala pengorbanan dan kasih sayang Mak selama ni. Hanya doa yang mampu anakmu kirimkan sebagai hadiah untuk Mak di sana. Sejujurnya rindu sangat kat mak. Rindu nak cium pipi, nak cium tangan, nak bergurau senda. Setiap kali hari kelahiran Cie akan rasa sebak walaupun luaran rasa gembira sebab ramai orang wish dan mendoakan tapi jauh dilubuk hati terasa kehilangan sosok seorang ibu yang melahirkan.
Terima kasih Ayah yang mendidik, membesarkan dan membentuk Cie menjadi insan yang Cie jadi hari ini. Masuk bulan November sebelum ni Cie akan double kegembiraan sebab bulan kelahiran Cie. Sejak 2020 masuk bulan November bulan yang menjadi kesedihan buat Cie sebab kehilangan Ayah pada bulan November.
Tidak lupa juga, terima kasih yang setulusnya buat suami dan anak-anak yang sentiasa menjadi kekuatan dan kegembiraan. Mereka menerima kekurangan Cie, menyokong impian Cie dan mengisi hidup Cie dengan tawa serta kasih sayang yang tidak ternilai. Tanpa mereka, perjalanan hidup Cie tidak akan seindah hari ini.
Dan buat adik-beradik Cie, terima kasih kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada kekuatan dan cerita hidup Cie. Selepas ketiadaan Mak dan Ayah hanya adik beradik yang Cie ada. Suka duka tawa hanya kita je 8 beradik. Semoga ikatan kekeluargaan kita sentiasa teguh erat.
November yang bercampur kesedihan dan kegembiraan. Semoga segala kebaikan, kasih sayang dan doa Mak Ayah sentiasa mengalir sebagai pahala yang tidak putus-putus.
Hari ini, Cie raikan diri Cie dengan penuh syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup, untuk belajar, untuk bekerja dan untuk berkongsi minat bersama orang-orang yang Cie sayangi.
Masuk usia 41, Cie berharap untuk:
- Hati yang lebih lapang
- Rezeki yang lebih luas dan berkat
- Kesihatan yang baik
- Perjalanan baru yang lebih bermakna
- Serta kekuatan untuk terus menjadi versi terbaik diri sendiri
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Cie hari ini. Setiap mesej, doa dan ucapan benar-benar menyentuh hati. Cie hargai semuanya, satu per satu.
Yang bagi hadiah, bagi gift card Zus, bagi kopi dan lain-lain pun Cie ucapkan terima kasih dan sangat hargai. Next entri nanti Cie share.
Hello 41, be good to me. Feeling grateful for everything I've been through and hopeful for all the good things that are yet to come.
I’m officially 41 years old today. Love




14 Ulasan
Happy birthday! Ohh orang KL rupanya. Alhamdulillah..Semoga yang baik-baik untuk Cie.
BalasPadamSemakin bertambah usia, terasa semakin tua kan kita.
Baru betul orang Key El ni.
BalasPadamHappy Belated Birthday Cie. May all your wishes and dreams comes true.
Muda juga dari saya ni, walaupun sebaya. But, worry less most important is happy.
Alhamdulillaah..., semoga usia semakin barakah, sehat selalu, dan bahagia bersama keluarga tercinta.
BalasPadamAlhamdulillah..selamat hari lahir Cie..
BalasPadamHappy Birthday Cie 💐
BalasPadamMoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Jauh jugak tu dari Lipis nak ke KL. Perjuangan seorang ibu demi melahirkan zuriat tercinta.
sanah helwah cie! may Allah bless u always! sama umur dgn my adik bongsu ni! dia lahir dec ...end of dec ie 28 dec 1984
BalasPadamAlhamdulillah..happy birthday Cie..semoga doa² Cie dimakbulkan Allah .aamin
BalasPadamhappy birthday Cie..smoga sihat selalu & berbahagia disamping family tercinta...sebaya adik kita rupanya
BalasPadamHappy birthday Cie! 🎂🎈💐 Semoga semua doa2 Cie senaraikan di atas dikabulkan olehNya, Aameen YRA 🤲🏻 psst... umur 40an ni mmg lebih rilek dan tenang kan, berbanding fasa 30an 🤭
BalasPadamHappiest birthday Cie🥰
BalasPadamSelamat ulang tahun Cie, ternyata cie sebaya dengan adik saya nomor 2 😄😄. Tak beda jauhlah usia kita 😄😁.
BalasPadamSemoga semakin kesini, cie makin diberkati oleh kesehatan, rezeki halal, dan kebahagiaan bersama keluarga 🤗
Hapyy belated birthday Cie.
BalasPadamtengok gambar arwah mak kak cie, memang ada iras muka lah. al-fatihah buat kedua-dua arwah mak dan ayah.
BalasPadamsemoga kak cie diberikan kesihatan yg baik selalu dan bahagia bersama keluarga serta adik beradik yg lainnya <3
Sedih baca entri ni...
BalasPadamAlhamdulilah untuk setiap hembusan nafas yg Allah izinkan sehingga kini
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.