CPU Komputer Buat Hal Hari Ni

Minggu lepas Cie mintak team IT untuk format CPU sebabnya selalu hang. Lagi-lagi kalau buka microsoft office. Kesahnya hari tu ada budak intern tu install antivirus yang corrupt tu effect kat semua.

Cie mintak la Juruteknik IT tu untuk format hari Rabu tu sebabnya Khamis Cie takde pergi meeting sempat la siap Cie masuk kerja Jumaat tu. Cie dah guna la Jumaat ok je takde problem. Semalam pun ok je.

Alih-alih pagi tadi masuk kerja Cie on je keluar auto update. Cie pun tunggu la takde keluar apa-apa blank je. Cie pun terus off plug. On semula dan repeat yang sama jadi blank. Sampai 3x kejadiaan sama Cie terus whatsapp Juruteknik IT. Dia cakap nanti dia datang. 


Ada la budak intern datang. Bukan budak yang dulu tu. Ni budak intern yang lain. Dia datang buat sekali tak boleh jugak katanya window corrupt. So dia mintak nak bawak balik office IT untuk settle kan. Cie punya melangut la semua dokumen kerja dalam CPU tu. Sementara nak tunggu pukul 1 Cie pun buat la kerja-kerja yang takde menggunakan dokumen dalam CPU tu. 

Duduk la kat sofa sementara adik intern tu menggodek PC tu

Cie whatsapp Juruteknik IT tu mintak siapkan cepat sebabnya Cie nak guna banyak kerja. Dah la esok Cie ada meeting slide pembentangan belum siap lagi. Lagi sikit nak siap. Dia kata dia cuba siapkan. Banyak jugak CPU lain dia nak kena siapkan. Cie pun takdela harap siap. Kita pun faham je. 

Balik rehat Cie bawak laptop nak buat slide meeting tu. Mujur la masa CPU format minggu lepas tu Cie ada save semua dokumen kerja dalam external hard disk Cie. Jadi boleh la sambung edit slide tu guna laptop.


Pukul 3 lebih Juruteknik IT tu datang hantar semula CPU dia kata dah siap. Alhamdulillah lega. Bernyawa semula komputer Cie. Boleh la sambung buat kerja tertangguh. Cie pun pasang-pasang semua segala macam wayar tu terus on je. Dapat la guna.


Tapi tu la kena install la semula beberapa perkara. Printer laserjet, mesin fotostat Sharp tu dan juga program SPSS. Macam tu la setiap kali CPU kena format. Kira 2 kali la CPU tu kena format, minggu lepas dan hari ni. Baru je install Jumaat hari tu, tadi dah install printet dan SPSS. Mesin fotostat tu je tadi tak boleh. Jumaat hari tu boleh je. Esok la pulak sambung menggodek.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Memang masalah kalau PC buat hal bila semua kerja dok dalam tu.

    BalasPadam
  2. Nasib baik ada back up dalam external hard disk. Risau juga bila jadi benda macam ni.
    Lamanya tak dengar SPSS.. hehe...

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdulillah..berseri seri dah kena service kan ..tak apa kadang begitu ..sabar itu indah..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah selesai juga masalahnya. Mujurlah dak intern tu dapat siapkan juga. Risau kalau tak siap. Mujur jugalah ada backup kan. Senang office sendiri ada technician. Kalau panggil orang luar lagilah lambat proses dia.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah boleh guna... memang boleh stress jika pc buat hal..lebih-lebih lagi jika ada tugasan dateline, rasa nak humban je,,hehe..

    BalasPadam
  6. Mst MS Office dah expired tu sbb tu selalu hang bila buka office... mati kutu bila xde pc kan? nasib baik dpt jugak setel hari yg sama

    BalasPadam
  7. Cpu hang emm memang susahle kalau semua kerja dalam tu. Akak pernah kena cpu corup huhuhu menangis tak berlagu le sebab semua data dalamnya. Kena buat baru dan simpan mana yang ada. Kena marah boss lagi huhuhu manalah kita tau dia nak rosak

    BalasPadam
  8. Linda pula, semalam tak boleh nak masuk folder yang memang Linda punya part..katanya "tak authorize". Haa..gitulah.. kat Selayang ni, pakai sistem semua..kalau network down, sistem pun tak boleh buka..tapi, ada masa sistem yang down.. hahaha.

    BalasPadam
  9. Nak kena reinstall segala program/apps tu yang malas tu... Hopefully tak jadi lagilah masalah CPU ni

    BalasPadam
  10. Argh sungguh, kita pun rasa hang bila PC problem.
    Pengajarannya kena stanby save dalam tempat lain yg mudah diekses.
    Semoga dipermudahkan semua urusan Cie.

    BalasPadam
  11. Memang jadi susah kerja kalo PC apalagi CPU bermasalah. Nasib baik kakak dah save juga di external yaaa. Teringat dulu zaman masih kerja, tiap CPU masalah, memang kalang kabut. Tapi saya pun selalu backup kerjaan penting.

    BalasPadam
  12. arghh stress bila keje semua ada dalam tu. kalau hilang lagilah masalah besar

    BalasPadam
  13. Nasib baik ada simpan folder, kalau tak menangis tk berlagu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.