Cuaca Mendung Dan Hujan Sekejap Sepanjang Hari

Hari ni seharian cuaca mendung je. Hujan pulak on off je dari pagi tadi. Sekejap hujan, sekejap berhenti. Dah masuk musim hujan dah ni. Tengok ramalan cuaca pun hujan sepanjang hari.

Cuaca mendung hari ni

Ramalan cuaca lipis

Di Kelantan dan Terengganu dah mula banjir. Pahang bakal menyusul la negeri Pantai Timur. Belah utara pun dah mula banjir. Kat Thailand pun banjir dan ramai rakyat Malaysia terkandas di sana. Semoga baik-baik jela buat semua mangsa banjir.

Rumah Cie atas bukit memang tak kena banjir. Cuma terputus jalan jela nak ke mana-mana tak lepas kalau banjir kat Lipis. Macam banjir teruk tahun 2014, 2017, 2019, banjir 2021 sampai 2 kali setahun. Rasanya 2021 last banjir. Lama dah tak banjir ni. 

Cie nak ke pejabat pun tak lepas. Duduk jela mereput kat rumah. Air banjir dah macam laut kat depan taman Cie. Kalau nak ke hospital kena naik bot. Masa banjir walaupun rumah tak kena, tetap juga takde bekalan elektrik sebabnya TNB shut down semua bekalan elektrik.

Guna handphone pun jimat-jimat je sebab risau habis bateri. Powerbank memang charge full la. Memang sunyi dan sepi jela rumah tak boleh nak on tv ke apa.

Biasanya hujan hari-hari selama 3 hingga 4 hari memang air akan naik dan mula banjir. Harapnya takdela banjir besar tahun ni. Hujung tahun memang tak boleh nak elak la dari musibah banjir ni. Semoga tidak buruk jela.

Hari ni seharian hujan on off, cuaca pun mendung je. Cie pun masak la tomyam ayam. Letak cendawan dan tomato je. Masak juga kangkung goreng belacan dan telur masin. 

Menu tomyam, kangkung belacan, telur masin

Makan nasi kuah banjir memang syahdu betul. Mulanya nak masak sup tapi sebab dah lama tak masak tomyam tu yang masak tomyam jela. Takdela lama cuma dah beberapa minggu kot tak masak tomyam. Dapat hirup kuah tomyam memang sedap.

Dah ada telur masin tu Cie tak buat dah telur dadar. Asalnya tadi rebus 2 biji telur masin. Sebiji dah tak elok kuning tu dah lebam. Buang jela. Tu yang tinggal sebiji je. Alhamdulillah kenyang dah dinner lepas Maghrib tadi.
Duk tengok berita banjir pulak ni.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Semoga yang baik² untuk mangsa banjir..dekat Perak pun naik air juga dah..

    BalasPadam
  2. Ya Allah, semoga sentiasa dilindungi ya. Dalam rumah solat doa banyak2 doakan semua yang ada disekitar selamat..air surut hujan berlalu

    BalasPadam
  3. Innalilahiwainnailayhirojiuun. Risau plak kalau banjir. Anak sedara nak buat majlis hujung tahun ni tapi nun di selatan. Mintak2 tak banjir la tahun ni.

    BalasPadam
  4. Aiiiiih, semoga tak terjadi banjir besar dj Malaysia yaa. Memang risau kalau dah musim hujan, Krn yg ditakutkan banjir 😭😞. Susah nak kemana2, dan listrik pun diputus.

    Saya pun galau memikirkan 11 Dec dah nak traveling, tapi negara tujuan nanti , pulau tropis yg menurut perkiraan cuaca akan hujan petir saat saya tiba nanti. Seram 😔😔. Ntah kenapa pula saya memilih tanggal itu. Sebab harus naik boat utk menuju penginapan.

    BalasPadam
  5. Dekat Gombak ni pun hujan tak berhenti, dari pagi semalam sampai pagi ni masih hujan. Harap air tak naik la

    BalasPadam
  6. Sudah masanya musim tengkujuh ni. Sian pantai timur dah mula banjir. Sejuk-sejuk ni layan tomyam sedap

    BalasPadam
  7. semoga selamat semuanya especially di belah pantai timur. banjir kat pahang pun kadang2 boleh tahan juga kan

    BalasPadam
  8. Mujur kami sempat blk KL..Lepas balik tu mmg KB hujan lebat... UMK dkt jgk dgn rumah MIL..Banjir dah.

    BalasPadam
  9. Risau banjir dan nanti ramai yg terjejas. Kita pun harap² tahun ni Johor janganlah banjir. Kalau hujan sejukkk sedap tapi banjir agak menyusahkan juga kan.

    BalasPadam
  10. dekat seremban pun hujan jugak setiap hari, Alhamdulillah rumah saya pun tak kena banjir. Rumah dekat kampung (hulu terengganu) pun setakat ni x pernah kena banjir... semoga kepada yang menghadapi banjir untuk terus sabar dan tabah amin

    BalasPadam
  11. kl ujan je dr smlm smp ke arini non stop...kt opis shah alam pg ni dh ada tmpt naik air banjir

    BalasPadam
  12. Dari semalam membawa ke malam ni hujan tempat akak. On & off. Lately Daerah Klang pasti ada kawasan banjir.

    BalasPadam
  13. kenalah standby bahan masak kering lebih sikit. tapi harap2nya tidaklah berlaku banjir sebab kesian nanti kat mangsa-mangsa tu kan.

    BalasPadam
  14. Sedapnyaaa..lama dh x buat tomyam ni...Seremban sepanjang hari hujan..pagi ni pun masih hujan

    BalasPadam
  15. Semalam hujan dari pagi kemudian berhenti kejap waktu petang....kejap je berhentinya....lepas tu hujan balik. Mana la kawasan Shah Alam tu tak banjir....moga baik2 ajer kita semua ya.....

    BalasPadam
  16. Habis tu, tak pergi ofis ke Cie, sebab banjir? Ke, ada orang amik guna bot? Ofismate suami saya ada terputus jalan juga, kena pickup kat rumah dia naik 4by4.
    Sedap makan tomyam panas waktu hari hujan ni. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tak pergi sebab bot pun bahaya kalau naik. Air sungai jadi lautan dah.

      Padam
    2. Masya-Allah, semoga banjir makin surut, Cie. 🤲

      Padam
    3. eh sekarang ni belum banjir. cerita beberapa tahun lepas yang tak boleh pergi kerja tu.

      Padam
  17. Risau banyak tempat dah banjir. Harap hujan tak berterusanlah dan cepat surut tempat yang dinaiki air tu. Lepas pantai timur, mesti lepas tu ke Johor pulak perginya. Harap tidaklah.
    Sedapnya lauk berkuah kalau hujan-hujan ni. Dapat pulak tu tomyam, ikan masin dan kangkung. Berselera makan.

    BalasPadam
  18. Semoga banjir cepat surut. Alhamdulillah rumah Cie kat kawasan tinggi tak dimasuki air.

    BalasPadam
  19. MZ singgah BW ni 28hb, memang hari ni hujan non stop on off sepanjang hari kat gombak ni dan kat byk2 tmpt lah seluruh msia

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.