Di Kelantan dan Terengganu dah mula banjir. Pahang bakal menyusul la negeri Pantai Timur. Belah utara pun dah mula banjir. Kat Thailand pun banjir dan ramai rakyat Malaysia terkandas di sana. Semoga baik-baik jela buat semua mangsa banjir.
Rumah Cie atas bukit memang tak kena banjir. Cuma terputus jalan jela nak ke mana-mana tak lepas kalau banjir kat Lipis. Macam banjir teruk tahun 2014, 2017, 2019, banjir 2021 sampai 2 kali setahun. Rasanya 2021 last banjir. Lama dah tak banjir ni.
Cie nak ke pejabat pun tak lepas. Duduk jela mereput kat rumah. Air banjir dah macam laut kat depan taman Cie. Kalau nak ke hospital kena naik bot. Masa banjir walaupun rumah tak kena, tetap juga takde bekalan elektrik sebabnya TNB shut down semua bekalan elektrik.
Guna handphone pun jimat-jimat je sebab risau habis bateri. Powerbank memang charge full la. Memang sunyi dan sepi jela rumah tak boleh nak on tv ke apa.
Biasanya hujan hari-hari selama 3 hingga 4 hari memang air akan naik dan mula banjir. Harapnya takdela banjir besar tahun ni. Hujung tahun memang tak boleh nak elak la dari musibah banjir ni. Semoga tidak buruk jela.
Hari ni seharian hujan on off, cuaca pun mendung je. Cie pun masak la tomyam ayam. Letak cendawan dan tomato je. Masak juga kangkung goreng belacan dan telur masin.
Makan nasi kuah banjir memang syahdu betul. Mulanya nak masak sup tapi sebab dah lama tak masak tomyam tu yang masak tomyam jela. Takdela lama cuma dah beberapa minggu kot tak masak tomyam. Dapat hirup kuah tomyam memang sedap.
Dah ada telur masin tu Cie tak buat dah telur dadar. Asalnya tadi rebus 2 biji telur masin. Sebiji dah tak elok kuning tu dah lebam. Buang jela. Tu yang tinggal sebiji je. Alhamdulillah kenyang dah dinner lepas Maghrib tadi.
Duk tengok berita banjir pulak ni.



22 Ulasan
Semoga yang baik² untuk mangsa banjir..dekat Perak pun naik air juga dah..
BalasPadamYa Allah, semoga sentiasa dilindungi ya. Dalam rumah solat doa banyak2 doakan semua yang ada disekitar selamat..air surut hujan berlalu
BalasPadamInnalilahiwainnailayhirojiuun. Risau plak kalau banjir. Anak sedara nak buat majlis hujung tahun ni tapi nun di selatan. Mintak2 tak banjir la tahun ni.
BalasPadamAiiiiih, semoga tak terjadi banjir besar dj Malaysia yaa. Memang risau kalau dah musim hujan, Krn yg ditakutkan banjir ðŸ˜ðŸ˜ž. Susah nak kemana2, dan listrik pun diputus.
BalasPadamSaya pun galau memikirkan 11 Dec dah nak traveling, tapi negara tujuan nanti , pulau tropis yg menurut perkiraan cuaca akan hujan petir saat saya tiba nanti. Seram 😔😔. Ntah kenapa pula saya memilih tanggal itu. Sebab harus naik boat utk menuju penginapan.
Dekat Gombak ni pun hujan tak berhenti, dari pagi semalam sampai pagi ni masih hujan. Harap air tak naik la
BalasPadamSudah masanya musim tengkujuh ni. Sian pantai timur dah mula banjir. Sejuk-sejuk ni layan tomyam sedap
BalasPadamsemoga selamat semuanya especially di belah pantai timur. banjir kat pahang pun kadang2 boleh tahan juga kan
BalasPadamMujur kami sempat blk KL..Lepas balik tu mmg KB hujan lebat... UMK dkt jgk dgn rumah MIL..Banjir dah.
BalasPadamRisau banjir dan nanti ramai yg terjejas. Kita pun harap² tahun ni Johor janganlah banjir. Kalau hujan sejukkk sedap tapi banjir agak menyusahkan juga kan.
BalasPadamdekat seremban pun hujan jugak setiap hari, Alhamdulillah rumah saya pun tak kena banjir. Rumah dekat kampung (hulu terengganu) pun setakat ni x pernah kena banjir... semoga kepada yang menghadapi banjir untuk terus sabar dan tabah amin
BalasPadamkl ujan je dr smlm smp ke arini non stop...kt opis shah alam pg ni dh ada tmpt naik air banjir
BalasPadamDari semalam membawa ke malam ni hujan tempat akak. On & off. Lately Daerah Klang pasti ada kawasan banjir.
BalasPadamkenalah standby bahan masak kering lebih sikit. tapi harap2nya tidaklah berlaku banjir sebab kesian nanti kat mangsa-mangsa tu kan.
BalasPadamSedapnyaaa..lama dh x buat tomyam ni...Seremban sepanjang hari hujan..pagi ni pun masih hujan
BalasPadamSemalam hujan dari pagi kemudian berhenti kejap waktu petang....kejap je berhentinya....lepas tu hujan balik. Mana la kawasan Shah Alam tu tak banjir....moga baik2 ajer kita semua ya.....
BalasPadamHabis tu, tak pergi ofis ke Cie, sebab banjir? Ke, ada orang amik guna bot? Ofismate suami saya ada terputus jalan juga, kena pickup kat rumah dia naik 4by4.
BalasPadamSedap makan tomyam panas waktu hari hujan ni. 😋
Ye tak pergi sebab bot pun bahaya kalau naik. Air sungai jadi lautan dah.
PadamMasya-Allah, semoga banjir makin surut, Cie. 🤲
Padameh sekarang ni belum banjir. cerita beberapa tahun lepas yang tak boleh pergi kerja tu.
PadamRisau banyak tempat dah banjir. Harap hujan tak berterusanlah dan cepat surut tempat yang dinaiki air tu. Lepas pantai timur, mesti lepas tu ke Johor pulak perginya. Harap tidaklah.
BalasPadamSedapnya lauk berkuah kalau hujan-hujan ni. Dapat pulak tu tomyam, ikan masin dan kangkung. Berselera makan.
Semoga banjir cepat surut. Alhamdulillah rumah Cie kat kawasan tinggi tak dimasuki air.
BalasPadamMZ singgah BW ni 28hb, memang hari ni hujan non stop on off sepanjang hari kat gombak ni dan kat byk2 tmpt lah seluruh msia
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.