Baru-baru ni Cie buat program Food & Fun Carnival 2025 anjuran Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kluster Pahang Barat. Bab hadiah games, hadiah perasmi dan juga gift untuk yang hadir karnival Cie yang uruskan. Memang klik Shopee jela senang.
Lepas tu print label sendiri untuk tampal pada hadiah. Tak tempah sticker pun.
So Cie nak share la link kot ada yang mencari hadiah murah atau idea hadiah apa-apa program. Hadiah ni boleh juga dijadikan goodies untuk kenduri kahwin, kenduri apa-apa jela yang nak bagi hadiah.
Fridge Magnet - Custom Design
Cie custom sendiri design untuk fridge magnet dan hantar je kepada seller di Shopee tu. Pilih size siap-siap dan klik order. Lepas tu baru send design. Cie design menggunakan canva je.
Fridge magnet ni kami berikan untuk pengunjung terawal. Cie order 100pcs. Agihkan dulu untuk staf JDS Lipis, Raub dan Cameron. Selebihnya kami jadikan gift untuk pengunjung terawal.
Boleh beli dari seller ni pantas dia siapkan order. Harganya agak murah jugak la selepas dah tolak voucher bagai tu. Hasilnya pun cantik.
Fridge Magnet: CIPTA MEMORI
Hadiah Untuk Perasmi Majlis
Sebagai penghargaan untuk perasmi majlis Cie belikan set pinggan dan beg anyam plastik. Asalnya Pengarah boleh datang untuk rasmikan. Dah check dengan PA Pengarah date 29 Oktober tu takde apa-apa program. Pengarah kami perempuan so sesuai la bagi hadiah set pinggan dan beg anyam tu.
Last minute pada 27 Oktober double confirm dengan PA Pengarah katanya Pengarah ada program lain. So digantikan dengan Timbalan Pengarah kami ni lelaki. Nak tukar hadiah tak sempat dah maka terpaksa la bagi hadiah tu jugak. Takpela boleh bagi wife beliau jela.
Set Pinggan: QOMO MALAYSIA
Beg Anyam: Nanamikail
Woven Bag
Ni pun last minute Cie klik order. Masa tu duk terfikir nak order ke tak. Bila bos Cie cakap order jela untuk bagi kat sesiapa yang datang tu. Cie beli warna biru. Murah jugak la dari seller tu dan pantas postage.
Woven bag: Pegasus Bags
Hadiah Untuk Games
Setiap games Cie sediakan 1 hadiah. Kami ada 4 games. Sesiapa dapat kumpul ke semua sticker akan dapat hadiah lagi 1. So total mereka dapat 5 hadiah. Cie beli 100pcs setiap hadiah. Seller yang sama je untuk hadiah ni iaitu UNIQ TRADING.
1 lagi dari shop lain. Cosmetic Bag
Hadiah ni comel-comel je boleh la untuk bagi gift kat orang kalau ada program, kenduri kahwin. Untuk order dalam kuantiti banyak murah la. Dapat la memeriahkan program.








12 Ulasan
waahh banyaknya hadiah utk carnival..
BalasPadamlinda teruja dengan fridge magnet tu... lawa Cie design dekat Canva tu
BalasPadamcute sangat beg anyam tu cie
BalasPadamBaru tahu boleh custom made fridge magnet di shopee. Thanks for sharing, Cie.
BalasPadamBetul tu...ada je kedai yang jual in bulk macam macam product ada..goodies wedding akak dulu pun adik beli kat Shopee, hand cream ngan apa lagi ntah...
BalasPadamSekarang ni semua hujung jari.
BalasPadamOrder je pape, semua ada la online kan.
shopee memang makes our life easier! hampir semua benda ada dijual kat shopee yayyy
BalasPadamSuka hadiah utk perasmi majlis tu, cantik! Kenalah special kan utk bagi kat orang penting.
BalasPadamFoldable hanger tu function bawak gi travel. Kat rumah saya beli banyak
Wah,,,semua menarik...rambang mata tengok...semoga semuanya berjalan lancar
BalasPadamCie boleh apply jadi Shopee Affiliate macam ni, nnt kalau ada org klik link dan beli dari link / kod shopee tu, dapat la terima komisen hehe.
BalasPadamBetul tu Cie, semuanya di hujung jari. Tak ada kat shopee, boleh cari di platform lain. Semuanya barang-barang yang berguna ni. Bagus share bagi idea untuk pembaca.
BalasPadamHadiah yang diberi pun sangat praktikal, boleh digunakan untuk harian.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.