Hari ni Rabu kakak Raisha tak balik pukul 2 macam biasa. Dia balik 3.30 petang ada KKQ, kalau takde KOKO digantikan la dengan KKQ tu. KKQ ni kelas kefahaman Alquran kalau tak silap Cie. Khas untuk pelajar yang ambil aliran KAA (Kelas Aliran Agama) je. Kadang-kadang 4 petang, kadang-kadang 4.30 petang bergantung kepada ustazah yang mengajar.
Adik Rania takde KOKO sebab hari ni pelajar tahap 1 ada Kem Bestari Solat. Kalau ada KOKO pun dia kena balik rumah dulu, KOKO dia start 3 petang. Hari ni keluar lambat 1.24 baru ibu nampak bayang dia dari dalam pagar sekolah. Masuk kereta muka dah masam. Cikgu bagi keluar lambat. Patutnya mereka balik 1.15 petang.
Entahla cikgu ni macam tak memikir pulak mak bapak pelajar ni ada kerja belaka. Kelam kabut pulak nak masuk kerja. Dah la rehat waktu pejabat 1 hingga 2 petang je. Kalau masuk lambat terpaksa la kita ni balik lambat jugak nak cover waktu kerja yang kita dah curi sebab urusan peribadi tu.
Singgah beli makanan lagi, sampai rumah ada lori sampah ambil sampah stuck dah sekejap tak lepas nak masuk rumah. Sampai rumah pun dah 1.39 petang. Macam tu la ada masa smooth dan cepat je. Ada masa tu dugaan macam-macam.
Tadi beli lunch set burger untuk adik Rania RM11. Ada crispy chicken burger, fries dan coleslaw. Sedap cheese sauce dan mayonis melimpah ruah.
Untuk Cie beli laksam je tiba-tiba nampak sedap pulak laksam tu RM6.50. Selalu jugak Cie beli laksam orang tu sedap secukup rasa.
Habis kami makan 2 beranak share berdua je. Adik Rania beli jugak teh pyorr. Sedap teh pyorr mereka tu. Asalnya dulu jual teh pyorr je kat situ. Lepas tu sekarang dah macam-macam makanan ada orang hantar. Semua ready to eat food. Selalu singgah beli makanan kat situ jela senang sambil singgal laluan balik rumah.
Begitulah cerita lunch hari ni yang sempat diceritakan. Ada masa rajin nak menaip ni kita share la. Sehari dapat 1 hingga 2 entry cukup la. Kitonyo bukan la famous blogger pun. Sekadar suka menaip untuk kepuasan diri sendiri je.

3 Ulasan
Kak SA selalu nampak laksam...pernah makan sekali dua je..ni tgok Cie punya laksam ni rasa nak beli plak..Kat Pasar Seni tu ada jual cuma takut plak nak beli takut kuah dah x fresh..selalu orang tu letak laksam tu jauhhh je dari pandangan orang...nak tengok la esok kalau ada
BalasPadamDah bertahun rasanya, tak makan laksam. Teringat arwah mak, sebab bila pasar tani, dia suka beli laksam, pastu dia makan sikit je, suruh kita habiskan.
BalasPadamSaya suka laksam. Sayangnya di LD susah nak jumpa laksam.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.