Cie singgah ke 7E Cafe selepas hantar kakak. Nak beli Iced Latte. Bawak sesiap tumbler mintak adik Barista tu buat dalam tumbler je senang nak bawak travel.
Hari ni Cie ada meeting di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. Minggu lepas meeting kat situ jugak sebab senang centre semua daerah nak datang. Kami ada 12 hospital kat Negeri Pahang dan kebanyakkan jauh-jauh antara sesebuah daerah tu.
- Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan
- Hospital Pekan
- Hospital Rompin
- Hospital Muadzam Shah
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh
- Hospital Bera
- Hospital Jengka
- Hospital Jerantut
- Hospital Bentong
- Hospital Kuala Lipis
- Hospital Raub
- Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HOSHKA), Cameron Highlands
Dari Lipis nak ke daerah-daerah lain ni semua jauh kecuali ke Raub dan Jerantut je dekat dalam sejam macam tu. Perjalanan makan masa jugak la kalau ada meeting ke kursus ke. Memang penat jugak la. Yang jauh-jauh selalunya Cie akan request kenderaan jabatan.
Macam ke HOSHAS hari ni request kenderaan jabatan jam 7.30 pagi. Cie sampai awal dah kat office tadi singgah sekejap ambil kunci drawer tertinggal. Lepas tu tolong staf kejap system ordering diet tu tak boleh buka. Kena la restart pc dulu. Lepas tu baru boleh buka.
Sampai je kat Jabatan Kecemasan tu tengok kat board tu tulis 10 pagi. Hah sudah meeting 10 pagi. Tanya kat MA tu dia cakap oh silap la tu. Cie request 7.30 pagi. Dia pun call driver. Tak sampai 5 minit ada dah driver yang standby tu. Dia sepatutnya ke Kuantan 10 pagi. Tapi sebab kami dulu nak ke HOSHAS so dia la yang bawak.
Lega dah tadi nasib baik ada driver. Kalau tak, malas la Cie nak drive jauh-jauh tu 2 jam pergi dan 2 jam balik penat wooo. Bila ada driver ni ok la kita boleh berehat je. Kalau naik kenderaan sendiri kena ikut jalan Raub ada highway ok la sikit jalannya tu.
Cie taip post ni dah on the way ke Temerloh. Sambil borak dengan driver. Cie dengan staf sorang. Driver yang ni banyak cakap. Non stop la borak. Yang minggu lepas pendiam tak bercakap pun. Sambil menaip sambil berborak ni takut tersalah taip pulak. Hihi.
Semoga selamat perjalanan kami ke Temerloh hari ni. Nanti balik kang Cie share lagi cerita meeting dan makan-makan pulak.


2 Ulasan
moga selamat pergi dan balik.. selamat bermesyuarat
BalasPadamhappy working cie!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.