Menu Lunch 12 November 2025

Jarang-jarang je dapat bercerita menu lunch setiap hari. Lunch hari bekerja macam ni la super ringkas dan beli je dari gerai tepi jalan sambil lalu nak balik rumah. Ada beberapa tempat persinggahan Cie beli lunch hari Isnin hingga Khamis. Jumaat tugas Faiz beli makanan lunch.

Hari ni Rabu kakak Raisha tak balik pukul 2 macam biasa. Dia balik 3.30 petang ada KKQ, kalau takde KOKO digantikan la dengan KKQ tu. KKQ ni kelas kefahaman Alquran kalau tak silap Cie. Khas untuk pelajar yang ambil aliran KAA (Kelas Aliran Agama) je. Kadang-kadang 4 petang, kadang-kadang 4.30 petang bergantung kepada ustazah yang mengajar.

Adik Rania takde KOKO sebab hari ni pelajar tahap 1 ada Kem Bestari Solat. Kalau ada KOKO pun dia kena balik rumah dulu, KOKO dia start 3 petang. Hari ni keluar lambat 1.24 baru ibu nampak bayang dia dari dalam pagar sekolah. Masuk kereta muka dah masam. Cikgu bagi keluar lambat. Patutnya mereka balik 1.15 petang. 
Entahla cikgu ni macam tak memikir pulak mak bapak pelajar ni ada kerja belaka. Kelam kabut pulak nak masuk kerja. Dah la rehat waktu pejabat 1 hingga 2 petang je. Kalau masuk lambat terpaksa la kita ni balik lambat jugak nak cover waktu kerja yang kita dah curi sebab urusan peribadi tu.

Singgah beli makanan lagi, sampai rumah ada lori sampah ambil sampah stuck dah sekejap tak lepas nak masuk rumah. Sampai rumah pun dah 1.39 petang. Macam tu la ada masa smooth dan cepat je. Ada masa tu dugaan macam-macam.

Menu Lunch 12 November 2025

Tadi beli lunch set burger untuk adik Rania RM11. Ada crispy chicken burger, fries dan coleslaw. Sedap cheese sauce dan mayonis melimpah ruah.

Untuk Cie beli laksam je tiba-tiba nampak sedap pulak laksam tu RM6.50. Selalu jugak Cie beli laksam orang tu sedap secukup rasa.

Laksam di dalam mangkuk

Laksam sedap

Habis kami makan 2 beranak share berdua je. Adik Rania beli jugak teh pyorr. Sedap teh pyorr mereka tu. Asalnya dulu jual teh pyorr je kat situ. Lepas tu sekarang dah macam-macam makanan ada orang hantar. Semua ready to eat food. Selalu singgah beli makanan kat situ jela senang sambil singgal laluan balik rumah.

Begitulah cerita lunch hari ni yang sempat diceritakan. Ada masa rajin nak menaip ni kita share la. Sehari dapat 1 hingga 2 entry cukup la. Kitonyo bukan la famous blogger pun. Sekadar suka menaip untuk kepuasan diri sendiri je.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kak SA selalu nampak laksam...pernah makan sekali dua je..ni tgok Cie punya laksam ni rasa nak beli plak..Kat Pasar Seni tu ada jual cuma takut plak nak beli takut kuah dah x fresh..selalu orang tu letak laksam tu jauhhh je dari pandangan orang...nak tengok la esok kalau ada

    BalasPadam
  2. Dah bertahun rasanya, tak makan laksam. Teringat arwah mak, sebab bila pasar tani, dia suka beli laksam, pastu dia makan sikit je, suruh kita habiskan.

    BalasPadam
  3. Saya suka laksam. Sayangnya di LD susah nak jumpa laksam.

    BalasPadam
  4. Sedapnya burger. Lama tak beli teh pyor memandangkan Cuya dalam cabaran kurangkan manis.

    Betullah menaip di blog untuk kepuasan diri. Kita orang perempuan memang suka bercerita hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.