Hari ni Rabu kakak Raisha tak balik pukul 2 macam biasa. Dia balik 3.30 petang ada KKQ, kalau takde KOKO digantikan la dengan KKQ tu. KKQ ni kelas kefahaman Alquran kalau tak silap Cie. Khas untuk pelajar yang ambil aliran KAA (Kelas Aliran Agama) je. Kadang-kadang 4 petang, kadang-kadang 4.30 petang bergantung kepada ustazah yang mengajar.
Adik Rania takde KOKO sebab hari ni pelajar tahap 1 ada Kem Bestari Solat. Kalau ada KOKO pun dia kena balik rumah dulu, KOKO dia start 3 petang. Hari ni keluar lambat 1.24 baru ibu nampak bayang dia dari dalam pagar sekolah. Masuk kereta muka dah masam. Cikgu bagi keluar lambat. Patutnya mereka balik 1.15 petang.
Entahla cikgu ni macam tak memikir pulak mak bapak pelajar ni ada kerja belaka. Kelam kabut pulak nak masuk kerja. Dah la rehat waktu pejabat 1 hingga 2 petang je. Kalau masuk lambat terpaksa la kita ni balik lambat jugak nak cover waktu kerja yang kita dah curi sebab urusan peribadi tu.
Singgah beli makanan lagi, sampai rumah ada lori sampah ambil sampah stuck dah sekejap tak lepas nak masuk rumah. Sampai rumah pun dah 1.39 petang. Macam tu la ada masa smooth dan cepat je. Ada masa tu dugaan macam-macam.
Tadi beli lunch set burger untuk adik Rania RM11. Ada crispy chicken burger, fries dan coleslaw. Sedap cheese sauce dan mayonis melimpah ruah.
Untuk Cie beli laksam je tiba-tiba nampak sedap pulak laksam tu RM6.50. Selalu jugak Cie beli laksam orang tu sedap secukup rasa.
Habis kami makan 2 beranak share berdua je. Adik Rania beli jugak teh pyorr. Sedap teh pyorr mereka tu. Asalnya dulu jual teh pyorr je kat situ. Lepas tu sekarang dah macam-macam makanan ada orang hantar. Semua ready to eat food. Selalu singgah beli makanan kat situ jela senang sambil singgal laluan balik rumah.
Begitulah cerita lunch hari ni yang sempat diceritakan. Ada masa rajin nak menaip ni kita share la. Sehari dapat 1 hingga 2 entry cukup la. Kitonyo bukan la famous blogger pun. Sekadar suka menaip untuk kepuasan diri sendiri je.

14 Ulasan
Kak SA selalu nampak laksam...pernah makan sekali dua je..ni tgok Cie punya laksam ni rasa nak beli plak..Kat Pasar Seni tu ada jual cuma takut plak nak beli takut kuah dah x fresh..selalu orang tu letak laksam tu jauhhh je dari pandangan orang...nak tengok la esok kalau ada
BalasPadamDah bertahun rasanya, tak makan laksam. Teringat arwah mak, sebab bila pasar tani, dia suka beli laksam, pastu dia makan sikit je, suruh kita habiskan.
BalasPadamSaya suka laksam. Sayangnya di LD susah nak jumpa laksam.
BalasPadamSedapnya burger. Lama tak beli teh pyor memandangkan Cuya dalam cabaran kurangkan manis.
BalasPadamBetullah menaip di blog untuk kepuasan diri. Kita orang perempuan memang suka bercerita hehe
sedapnya laksam tu. nak kena cari laksam tu rasanya...
BalasPadamadoyai terliur laksam la plak hahah ni mlm2 MZ BW
BalasPadamAlahaii kenapalah cikgunya lepaskan murid balik lambat. Geram je parents yg kne tunggu huhu.
BalasPadamSedapnya laksam! Lama tak makan 😆
Wah....saya pun ada order menu ni untuk esok....burger ayam crispy & fries....Tapi malam ni jamu mata dulu kat sini...hihihi
BalasPadamTak salah Akk KKQ tu Kelas Kemahiran Al Quran. Abang pernah joined dulu masa sek men feeder sekejap, sebelum offer SMKA keluar.
BalasPadamBegitulah hidup kan, warna-warni :)
Simple aje menu lunch dia, tu pun cukup kenyang kan sebenarnya. Macam kita ni jenis kuat makan, tak cukup kalau lunch laksam, mesti nak nasi jugak.
BalasPadamMurah ye harga laksam tu.
BalasPadamKalau sedap berulang-ulang kita beli. Sedap seperti namanya, laksam paduuu. Murah harga dia tapi sambal macam sikit nau.
BalasPadamSedapnya laksam... akak kalau nampak orang jual memang auto beli...suka sangat.
BalasPadamLama Cuya tak pekena teh pyorr memandangkan Cuya tengah dalam cabaran kurangkan gula
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.