Sampai je kat HOSHAS tadi semua ahli mesyuarat bersarapan terlebih dahulu sebelum mesyuarat bermula. Menu disediakan ialah kuetiau goreng dan popia sira. Air kopi rasanya tapi Cie tak ambil sebabnya dah ada Iced Latte. Bayaran makan ni kami collect duit dan urusetia sediakan makanan.
Lepas sarapan mesyuarat pun bermula. Macam biasa la kita go through minit mesyuarat yang lepas. Dah selesai semua ada sesi pembentangan pulak. Cie salah seorang dari pembentang untuk mesyuarat hari ni la.
Ni selepas buat slide semalam terus ambil gambar. Tadi masa bentang tak ambil pun gambar
Bermula tahun ni Cie dilantik untuk menjadi penyelaras data KPI bagi NIA (National Indicator Approach), NON-NIA dan Aduan Kualiti Makanan. So Cie kena bentangkan laporan bagi bulan Januari hingga Jun 2025. Pelaporan adalah 6 bulan sekali. Setiap kali mesyuarat kena buat pembentangan la.
Selepas habis semua pembentangan, baru la masuk hal-hal lain. Banyak jugak la isu yang kami bincangkan tadi. Berasap jugak la kepala macam-macam input. Selain bincangkan isu kerja, gosip pun tak dilupakan. Haaha. Camni la kami bila bertemu sekali sekala.
Ada yang cakap Cie nampak gemuk, ada yang cakap Cie maintain je. Cie memang dah gemuk sikit. Hahaha. Takpela nanti la diet tu. Sekarang ni fasa malas nak brisk walk, jalan atas walking pad pun malas. Bila penat balik kerja memang nak berbaring je. Malas nak bersenam bagai. Penat otak dengan kerja. Lagi dasyat dari penat fizikal.
Selesai jadi pembentang selfie la satu kali
Selesai semuanya pukul 2 lebih dan kami dijamu dengan pelbagai jenis menu yang disediakan urusetia. Antaranya gulai ayam, ikan tenggiri masak apa entah tadi lupa nama, sayur campur goreng, ulaman, sambal, laksa penang, rojak buah, puding cumi dan lava cake. Meriah betul menu yang disediakan.
Lepas siap lunch Cie terus solat jamak jela di Pusat Islam HOSHAS sebelum gerak balik. Merasmikan telekung travel pemberian kakak blogger Kak Notie. Best pakai selesa je.
Dah siap solat kami terus gerak balik. Sekali lagi menempuh jalan berliku. Sempat snap gambar sekolah lama Cie dulu di Temerloh. Dulu namanya Sekolah Menengah Vokasional Puteri. Sekarang dah bertukar nama Kolej Vokasional Puteri. Rindu zaman duduk asrama tahun 2000-2001.
Jalan dari Temerloh ke Jerantut ok sikit takdela bukit bukau sangat. Jalan dari Jerantut ke Lipis tu la yang teruk sikit. Driver pulak bawak laju menggerunkan jela. Tak boleh nak lelap. Duduk belakang lagi la melambung je.
Selamat sampai Lipis 5.30 petang. Terus gerak balik ke rumah pulak. Sampai rumah terus mandi dan baring. Nikmatnya dapat baring luruskan badan.


3 Ulasan
Hehe, jalan2 dlm negeri pahang pon boleh solat jamak erk.. besarnye negeri
BalasPadamLebih 90km tu boleh la. Pahang ni luas jarak antara 1 daerah ke 1 daerah tu memang jauh. Silalah tengok peta 😄
PadamUntung mesyuarat
BalasPadamada sarapan
ada makan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.