Seperti biasa Cie akan sediakan tajuk dulu untuk buat entri blog. Cari semula gambar dalam gallery. Rename gambar untuk upload dalam entri. Kemudian baru karang isi dan upload la gambar yang dah save tadi. Tu la cara Cie buat posting blog.

Tengok semula date snap gambar mi celup tu bertarikh 22 Oktober. Dah beberapa minggu berlalu baru la sempat nak share. Terlalu banyak bersusun cerita nak diceritakan dan mostly Cie akan schedule posting. Hari cuti Cie akan marathon untuk mengarang. Hari bekerja dah busy, Cie hanya akan blogwalking bila ada masa. 

Begitulah rutin Cie yang terlalu sibuk. Siang bekerja, malam jela ada masa nak blogwalking blog kawan-kawan. Minggu akhir Oktober hari tu Cie tak sempat sangat blogwalking terlalu busy. Balik kerja duk mengadap Shopee pulak beli hadiah untuk dinner jabatan tak lama lagi. Tu yang tak sempat sangat nak blogwalking. Mujur la posting dah siap schedule.

Berbalik kepada cerita mi celup sedap ni Cie beli kat Taman Emas je. Gerai biasa je. Sebelah pagi owner jual menu sarapan, sebelah petang hingga malam ada orang lain pulak yang berniaga masakan panas. Setakat ni dah 2 kali Cie order kuetiau celup kat situ.

Kuetiau celup sedap di taman emas lipis

Kali pertama Cie beli waktu Faiz takde dia kerja luar balik lambat. Jadinya Cie malas nak masak menu dinner. Ajak anak-anak bungkus jela. Cie try la order kuetiau celup campur. Yang campur ada ayam dan daging. Terkejut Cie bila letak dalam mangkuk banyak betul. Jenuh Cie nak habiskan. 

Yang campur RM9 sebungkus. Kuah dan kuetiau diasingkan. Lepas tu bahan-bahan sampingan serbuk lada, cili jeruk, sambal kicap dan sambal lada diasingkan dalam plastik berasingan. Bahan sampingan tu pun banyak. Cie siap simpan dalam fridge cili jeruk.

Bahan sampingan kuetiau celup

Kali kedua order masa tu malas nak masak sebab Cie balik kerja dah penat. Ada program apa entah masa tu. Takde pulak snap gambar dalam gallery. Faiz yang order. Cie pulak tak cakap nak kuetiau celup campur. Jadinya Faiz belikan kuetiau celup ayam. Pun sama jugak banyak semangkuk tu Cie share makan dengan adik Rania.

Memang berbaloi la RM9 banyak macam tu boleh makan 2 orang. Cie lebih suka kuetiau dari mi. Selalu cari kedai jual mi celup sedap belum jumpa. Sekarang dah jumpa. Harapnya kedai tu bertahan lama la berniaga kat situ senang Cie nak order makan kalau malas masak.

Kali ketiga malam tadi order lagi. Balik dari meeting semalam dah penat memang tak masak la dah. Mintak Faiz beli kat gerai depan tu jela. Cie share dengan adik Rania kuetiau celup campur. Campur ada daging dan ayam. Sebab banyak sangat boleh share berdua.