Singgah 7E Cafe Sebelum Ke HOSHAS

Berpagian hari ni keluar rumah 6.39 pagi. Singgah la 7E Cafe yang dekat rumah Cie tu. Dah turun pun. Bila tolak pintu eh kunci. Tak perasan memo tulis staf solat kat pintu tu. Takpela terus ke 7E Cafe yang dekat hospital tu. Mujur buka.

7e cafe kuala lipis

Singgah la situ. Nak beli Iced Latte je buat bekal dalam perjalanan. Hari ni ada offer Crazy Wednesday RM4 je Iced Latte. Harga biasa RM4.90.

Mintak adik barista tu buat dalam tumbler Cie je. Bawak siap-siap senang nak jalan jauh. Ice pun akan tahan lama sejuk tu. Ada yang tanya hari tu boleh ke mintak buat dalam tumbler kita. So far boleh je. Ada yang jenis baik tu siap letak ice lebih lagi. Ada yang jenis sukat dulu pakai cup mereka lepas tu curah dalam tumbler kita. Tempat lain tak sure. Try tanya dulu boleh ke tak. Cie selalunya akan tanya dulu.

Siap beli Cie terus gerak ke hospital. Masuk parking Level 2. Hari ni seharian takde so kena parking level 2. Biasanya kalau kerja Cie parking tepi office je senang nak keluar 1 petang ambil anak sekolah. Kalau parking level 2 tu kekadang kereta kena block. Nak tunggu mereka alihkan kereta tu kita dah lambat nak ambik anak. 

Penulis berjalan sambil pegang tumbler

Lagipun nak tunggu kenderaan jabatan kat depan Jabatan Kecemasan level 3 so jalan jela dari parking level 2 tu ke depan Jabatan Kecemasan. Booking kereta 7 pagi. 

Hospital kuala lipis

Cie ada meeting di HOSHAS (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh). Tu yang awal pagi keluar nak gerak pukul 7. Tunggu bos tadi 7.10 pagi baru gerak. Meeting pukul 9. Perjalanan ke Temerloh 2 jam. Sempat la Cie update entri ni sambil bergegar-gegar dalam kereta ni. 

Bosan jugak 2 jam. Cie jarang tidur sebabnya perjalanan dari Lipis ke Temerloh ni jalan roller coaster sikit. Bukit bukau selekoh. Jalan tak berapa elok la jalan kampung. Entah bila kerajaan Pahang nak naik taraf jalan ni. Terbayang macam mana la ambulans lalu jalan ni nak refer patient ke Temerloh atau Kuantan. Naik kereta biasa pun bergegar-gegar je.

Lagi bahaya kalau ada lori naik bukit. Banyak dah kejadian lori terundur, lori masuk gaung tak lepas naik bukit, lori terbalik melintang jalan. Memang bahaya jalan ni. Cie dulu masa kerja di Jengka tu la jalan utama. Naik kereta manual pulak tu. Kalau kena naik bukit ada lori Cie tak follow rapat belakang lori tu takut. Sanggup Cie berhenti tepi dulu. Lori tu dah lepas naik baru Cie gerak.

Penulis selfie dalam kereta

Cie ni duk belakang dah berapa kali terhentak ni. Sebab tu tak boleh tidur. Sampai Temerloh kang ting tong terus. Hahaha.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Jauh jugak erk..Lipis ke Temerloh...kejung pungkoq kalau duduk belakang terhentak2..jalan x berapa baik plak ye...

    BalasPadam
  2. Alaaa...ngeri la pulak membayangkan lori yang tak lepas naik... berundur & masuk gaung....

    BalasPadam
  3. Bahaya sungguh kalo lori boleh mengundur...

    BalasPadam
  4. selamat bermeeting utk cie. moga smooth semuanya

    BalasPadam
  5. bila dkt ngan lori mmg risau...mmg tkleh dkt..skarang mcm2 kes dgn lori

    BalasPadam
  6. Bagusnya, dia orang boleh buatkan kopi dalam tumbler, dah macam Zus pula.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.