13 November 2025 yang lepas telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin buat calon UPKK sekolah KAFA adik Rania. Nasib baik Cie balik dari meeting perbincangan ayam di HOSHAS tu awal so dapat la join.

Solat hajat perdana upkk 2025

Adik Rania berkali-kali tanya ibu join ke tidak. Mulanya ibu malas nak join. Wakilkan babah je. Masa kakak Raisha tahun 2023 dulu pun tak pergi masa tu babah sorang je. Yang adik Rania ni beria sangat suruh ibu datang jugak.

Ajak kakak Raisha join dia taknak. Tanya dia berani ke duduk rumah sorang. Katanya berani je. Lagipun dekat je dari rumah ke sekolah KAFA tu seminit je jalan kaki. Hihi.

Balik dari Temerloh awal so Cie masak je untuk dinner. Mulanya Faiz kata bungkus jela. Cie kata takpela masak je dinner simple nasi goreng pun ok. Bungkus pun nasi goreng jugak. Balik tu terus masak nasi. 

Nasi goreng untuk makan malam

Lepas tu buat nasi goreng rencah bawang putih, bawang besar, ikan bilis, cili padi. Cie chop dalam chopper dan tambah air. Air tu Cie tapis sebab taknak tumis dengan air. Letak ayam, nasi. Takde sayur. Potong timun dan buat cili potong kicap. Keropok goreng wajib ada. 

Keropok goreng

Dinner awal la kami malam tu. Sebab nak kena datang sekolah KAFA sebelum Maghrib. Tentatif tu bermula dari solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yasin dan solat Isyak. Imam pada malam tu Ustaz Mohd Hafiz imam masjid Cameron Highlands. Imam sana tapi duduk taman Cie ni. Anaknya pun sekelas KAFA dengan anak Cie. Ustazah jemput beliau untuk jadi imam.

Penulis dan anak

Ramai jugak ibu bapa yang datang. Cie dengar ustazah cakap Alhamdulillah tahun ni full house. Ramai betul datang. Sampaikan saf perempuan tu kena tambah tikar lagi tak muat. Ustazah pun menyelit je kat ruang ada kosong untuk solat. Sebelah Cie ada ruang sikit, ustazah pun menyelit je.

Bacaan yasin

Lepas dah solat Isyak tu ada amanat dari ustazah. Ustazah KAFA merangkap guru besar sekolah KAFA tu sebak masa berucap. Mulanya beliau taknak berucap agaknya dah jangka memang akan sebak tapi suami ustazah suruh jugak berucap. Memang menangis la. Kami yang mak-mak ni ikut sebak jugak la.

Masa kakak Raisha dulu pun ustazah yang sama jugak. Memang auto jadi sebak bila berucap. Yela besar pengharapan ustazah ni nak melihat kejayaan anak-anak. Banyak pengorbanan mereka dari segi masa untuk anak-anak ni. 

Akhir sekali majlis bersalaman. Cie sebaris dengan ustazah-ustazah, ada mak pelajar tu cakap terima kasih ustazah mengajar anak saya. Cie pun cakap saya bukan ustazah. Mak pelajar tu cakap nampak sangat saya tak kenal ustazah anak saya. Geram je nak jawab hah tau pun. Hahaha. Cie kenal semua ustazah anak Cie. Memang anak-anak dari kakak Raisha dah lama sekolah kat situ. Kakak Raisha masa darjah 1, adik Rania rasanya masa umur 6 tahun kot ke sama darjah 1 tak ingat. 

Selepas sesi bersalaman ustazah jemput untuk jamuan ringan. Cie mulanya malas nak makan. Tapi terliur pulak tengok anak makan. Adik Rania ambil pasta dengan kuih. Cie malas nak beratur. Semua dah lengang baru Cie ambil kuih muih je. Kenyang pulak nak habiskan. Lepas adik Rania siap makan dia ambik pulak lagi kek batik la, cream puff la. Sudahnya bawak balik jela letak dalam pinggan. Mujur dekat je rumah.

Jamuan ringan

Kat rumah baru sambung makan sikit kek batik. Dapat la kakak Raisha makan juga. Banyak lagi kuih muih jamuan tu. Kebanyakkan dah makan di rumah. Masa tu dah 9 lebih kira macam supper la jadinya takdela orang makan banyak-banyak. Ada pasta goreng, bihun goreng dan aneka kuih muih serta dessert. Semua versi manis-manis la.

Hidangan dessert