Ujian Penilaian Kelas Al-Quran (UPKK) 2025

Hari ni 17 November sehingga 20 November anak-anak tahun 5 menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran KAFA (UPKK). Termasuk la si adik Rania. Ibu pulak yang berdebar.

Jadual peperiksaan upkk 2025

Sepanjang minggu peperiksaan ni adik Rania stay kat sekolah KAFA dia. Ada ustazah yang akan ulangkaji bersama dengan pelajar. Sekolah KAFA mula dibuka seawal 7 pagi dah boleh hantar anak-anak sehingga la habis peperiksaan jam 5.30 petang baru anak-anak akan balik.

Inisiatif ni ustazah buat untuk memudahkan anak-anak dan ibu bapa. Makan dan minum pun disediakan dengan bayaran RM60 untuk 4 hari. Tapi ustazah kata ada lebihan sebabnya ada ibu bapa yang sponsor makanan. 

Kalau ikutkan bayaran RM20 sehari untuk 3 kali makan. Mula-mula ustazah collect RM60 je untuk 3 hari sebab sehari dah ada sponsor. Bila dah bayar ada lagi ibu bapa yang bermurah hati nak sponsor. Jadinya nanti duit lebihan tu ustazah kata bincang semula nak buat apa sama ada dipulangkan atau guna untuk jamuan akhir nanti.

Semoga anak-anak yang ambil peperiksaan UPKK 2025 dipermudahkan segala urusan nak menjawab soalan, dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh hadir peperiksaan, diterangkan hati untuk menjawab semua soalan dengan mudah, dijauhkan dari rasa gementar dan takut. 

Ini bukan kali pertama anak exam UPKK ni. Kakak Raisha tahun 2023 dulu masa tu masih 8A, sejak 2024 dah jadi 9A.

Bila UPSR dah takde ni, UPKK jela peperiksaan besar untuk anak-anak. Semoga yang baik-baik jela untuk mereka menghadapi peperiksaan.






Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bittawfeeq wannajah utk anak2 kita semua...aamiin

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan buat anak2 UPKK semua...all the best adik Raisha

    BalasPadam
  3. Moga Allah permudahkan.
    Teringat dulu asal ank3 nak exam je, Mama terpaksa stay up, takut tak terjaga.

    BalasPadam
  4. Moga Allah permudahkan Rania dan kawan-kawan menghadapi peperiksaan.
    Moga murah rezeki juga buat ibu bapa yang sponsor.

    BalasPadam
  5. Selamat menduduki peperiksaan UPKK buat pelajar2 yang terlibat

    BalasPadam
  6. Good luck adik Rania .. moga anak² kita tenang dan boleh jawab semua soalan..aamin

    BalasPadam
  7. Bagus usaha tenaga pengajar untuk murid-murid dapat ilmu secukupnya. Berbaloilah dengan kadar harga bayaran tu. Semoga Allah permudah menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.