Makan Malam Di Sekinchan Ikan Bakar

Selepas check in kat Padi Sentral pada 25 Disember 2025 sebelah petang tu kami naik untuk solat dulu. Lepas tu turun semula untuk bergambar di belakang hotel dan nak terus keluar makan malam. 

Siap bergambar tu baru la kami masuk kereta dah google kedai makan seafood di Sekinchan. Cie cari jumpa la Sekinchan Ikan Bakar. Tengok review di google dan Tiktok kami pun terus gerak. Kira awal la kami sampai pukul 6 lebih.

Sekinchan ikan bakar

Kami sampai tu dah ramai orang makan. Kedainya agak besar juga di tepi jalan utama. Service laju juga di situ. Pelayan terus bagi menu dan ready nak ambil order. Kalau nak order seafood kena pilih kat ruang seafood tu. Lain-lain baru order di meja. 

Cie order yang lain-lain dulu baru ke seksyen seafood tu. Cie order nasi putih, tomyam campur, telur dadar dan kangkung belacan. Air teh o ais, tembikai ais dan lemon ais. 

Memang banyak pilihan pelbagai jenis seafood ada di situ. Cie nak try mentarang dan Faiz nak try lobster. Kami pun pilih juga ikan siakap buat bakar, udang buat goreng tepung, lobster buttermilk.




10-15 minit je semua makanan dan minuman dah sampai. Lobster buttermilk je sampai lambat sikit selepas kami dah hampir nak habis makan. Yang tu kami ratah jela. 











Anak-anak cakap tomyam macam tawar sikit dan sejuk, telur dadar biasa je, kangkung belacan takde rasa belacan, lobster tu macam kenyal sangat. Jadi macam keras pulak. Pertama kali makan lobster jadi taktau la memang kenyal ke tak. Siakap bakar sedap dan udang tepung pun sedap.

Overall ok je sebenarnya sedap jugak. Cuma kalau diperbaiki rasa tu lebih baik. Bagi kami la, bagi orang lain mungkin ok je. Licin je kami makan kiranya sedap la jugak cuma kurang rasa je sikit.


Total semua kami makan RM246. Masa nak bayar tu cashier minta kita check balik order. Dia dah print Cie tengok kenapa nasi sampai 8. Rupanya salah punch. Nasi 4 je. Mujur Cie check kalau Faiz tu mau dia bayar je.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. smp 8 nasi dia punch..nasibaik check resit...

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah makan boleh la kan buat rasa2, resit tu selalu orang perempuan peka la. Lelaki tak perasan sangat

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.