Makan Malam Di Sekinchan Ikan Bakar

Selepas check in kat Padi Sentral pada 25 Disember 2025 sebelah petang tu kami naik untuk solat dulu. Lepas tu turun semula untuk bergambar di belakang hotel dan nak terus keluar makan malam. 

Siap bergambar tu baru la kami masuk kereta dah google kedai makan seafood di Sekinchan. Cie cari jumpa la Sekinchan Ikan Bakar. Tengok review di google dan Tiktok kami pun terus gerak. Kira awal la kami sampai pukul 6 lebih.

Sekinchan ikan bakar

Kami sampai tu dah ramai orang makan. Kedainya agak besar juga di tepi jalan utama. Service laju juga di situ. Pelayan terus bagi menu dan ready nak ambil order. Kalau nak order seafood kena pilih kat ruang seafood tu. Lain-lain baru order di meja. 

Cie order yang lain-lain dulu baru ke seksyen seafood tu. Cie order nasi putih, tomyam campur, telur dadar dan kangkung belacan. Air teh o ais, tembikai ais dan lemon ais. 

Memang banyak pilihan pelbagai jenis seafood ada di situ. Cie nak try mentarang dan Faiz nak try lobster. Kami pun pilih juga ikan siakap buat bakar, udang buat goreng tepung, lobster buttermilk.




10-15 minit je semua makanan dan minuman dah sampai. Lobster buttermilk je sampai lambat sikit selepas kami dah hampir nak habis makan. Yang tu kami ratah jela. 











Anak-anak cakap tomyam macam tawar sikit dan sejuk, telur dadar biasa je, kangkung belacan takde rasa belacan, lobster tu macam kenyal sangat. Jadi macam keras pulak. Pertama kali makan lobster jadi taktau la memang kenyal ke tak. Siakap bakar sedap dan udang tepung pun sedap. 

Metarang tu Cie order masak cili ingatkan pedas rupanya tak pedas pun. Sedap jugak mentarang pertama kali makan. Exstaf Cie cakap Mentarang Masak Lemak sedap. Next time la nanti try masak lemak pulak. Ada jugak tanya pekerja tu masak apa sedap. Dia sebut la jugak masak lemak tapi sebab dah order tomyam berkuah jadinya ambil la masak cili tu.

Overall ok je sebenarnya sedap jugak. Cuma kalau diperbaiki rasa tu lebih baik. Bagi kami la, bagi orang lain mungkin ok je. Bab sedap ni kan subjektif. Deria rasa pun berbeza jadinya susah nak rated. Kena datang sendiri rasa. Licin je kami makan kiranya sedap la jugak cuma kurang rasa je sikit.


Total semua kami makan RM246. Masa nak bayar tu cashier minta kita check balik order. Dia dah print Cie tengok kenapa nasi sampai 8. Rupanya salah punch. Nasi 4 je. Mujur Cie check kalau Faiz tu mau dia bayar je.





Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. smp 8 nasi dia punch..nasibaik check resit...

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah makan boleh la kan buat rasa2, resit tu selalu orang perempuan peka la. Lelaki tak perasan sangat

    BalasPadam
  3. Lobster memang kenyal kak, agak liat dibandingkan daging udang. Jujur saya tak seberapa suka lobster, selain kenyal, rasa dagingnya pun tak semanis udang 😅.

    Tapi sayang juga kalau rasa keselurahan makanan biasa yaaa. Tomyam dingin, itu agak fatal bagi saya. Tomyam kan sedap jika dihidangkan panas 😅

    BalasPadam
  4. Kedai tu lepas renovate, jadi besar dan 24jam.. tapi, Linda lalu je..tak pernah singgah.. hihihi

    BalasPadam
  5. Ada lagi ya Sekinchan Ikan Bakar ni. Dulu2 pernah la makan kat area Bandar Puteri, Puchong dan Kota Damansara. Lepas tu keduanya rasa dah tutup dah.

    BalasPadam
  6. Nasib baik check semula kan, byk jugak tu sampai 8.. mcm mkn kt melaka je mcm ni.. kat swak ni mmg susah kedai yg serve ikan bakar mcm ni

    BalasPadam
  7. Sepupu yang pergi kata sedap juga makan di sini. Nak sangat makan mentarang, macamana lah rasanya. Alhamdulillah check bil kan.

    BalasPadam
  8. lobster memang kenyal2 sikit isi dia, taste-wise lebih kurang rasa isi udang tp lebih kenyal..anyway harga standard seafood jer tu..tak murah dan tak mahal

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Boleh tahan harga. Nasib baik Cie perasan terlebih punch nasi. Saya pernah makan mentarang bakar sekali dulu, ok rasanya.

    BalasPadam
  10. alahai nape lah lobster tu smpai lambat pulak. harganya boleh tahan.. takde yg murah kalau seafood ni kan huhu

    BalasPadam
  11. Sedap eh mentarang MLCA... akak biasa order mentarang bakar je.

    BalasPadam
  12. Ooo ada lagi Sekinchan Ikan Bakar ni. Dulu famous kan. Naniey ingat baca dalam buku Ujang ada nama restoran ni. Kalau semua tak cukup rasa memang tak berbaloi sebab bayar untuk rasa sedap .

    BalasPadam
  13. Fresh..pilihan di hati..ikan mana nak masak..

    BalasPadam
  14. Sana banyak kedai makan seafood . Ikan bakar .. ikan pun nampak fresh

    BalasPadam
  15. Memang bila makan macam ni kena check receipt...sebabnya ada gak main bayar je kan..kalau akak memang check..bukan x percaya..selalu terkena...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.