Menu Dinner 21 Disember 2025

Hujung minggu ni tak ramai yang ada di blog. Duk scroll reading list pun tak ramai yang post entri. Tak banyak la boleh blogwalking. Dah la banyak masa free, terpaksa la scroll Facebook dan Instagram

Tapi tu la kat FB tu banyak sangat gosip artis bercerai berai dah macam trend pulak. Entahla tak berani nak komen apa-apa. Scroll laju-laju tengok perkembangan kawan-kawan dan saudara mara jela. Tu pun tak ramai jugak aktif di FB. 

Post blog untuk schedule minggu depan pun dah settle. Sampai minggu lagi 1 pun dah boleh buat ni. Hari bekerja selalunya Cie schedule je. Hari Sabtu Ahad je terus post selepas mengarang. Buat entri pendek-pendek je dah sekarang ni. Buat panjang-panjang pun orang tak baca entri meleret.

Oleh kerana banyak masa terluang dah siap masak menu dinner malam ni. Siap masak boleh berehat. Malas betul nak brisk walk mahupun berjalan atas walking pad. Kemalasan membuak. Lagi syok berbaring je time cuti-cuti ni.

Menu dinner 21 disember 2025

Menu dinner malam ni:
  1. Ikan Goreng Kicap
  2. Ayam Goreng Celup Tepung
  3. Tempe Goreng Celup Tepung
  4. Bayam Goreng Belacan
  5. Sambal Belacan
  6. Buah Epal Merah dan Buah Lai

Teringin pulak nak makan ikan goreng kicap. 3 ekor je untuk Cie, Faiz dan kakak Raisha. Adik Rania tak makan sangat ikan. Ikan kecik je, bahan-bahan tumisan je banyak.

Bayam Goreng Belacan tu pertama kali buat. Selalunya kangkung je buat goreng belacan. Kali ni try bayam sedap jugak. Stok sambal belacan memang ada dalam fridge. Senang bila-bila nak makan.

Tempe tu memang kena goreng celup tepung kalau nak suruh anak-anak makan. Selain dari goreng tepung memang tak makan. Pelik betul padahal sama je tempe jugak. Tapi ok la kecik dah makan tempe. Cie dulu masa belajar di Johor baru suka makan Sambal Tempe. Sedap tu yang terus pandai makan tempe.

Ni jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib baru makan. Kami memang jenis makan awal kalau kat rumah. Dah terbiasa macam tu.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. yums sedapnya semua mknn tuuuu..tiba2 MZ mcm terasa lapar mlm2 adoyai

    BalasPadam
  2. Hari minggu ramai blogger ada agenda dengan keluarga, kenduri dll.
    Saya baca saja entri panjang atau pendek. Kadang-kadang kalau tak habis baca, komen tak mengena pula hihihiii.

    BalasPadam
  3. Akk pun datang KL baru kenal tempe :)
    Tak pernah try bayam goreng belacan tapi asalkan sayur, sedap la bagi Akk

    BalasPadam
  4. Yelah, akak pun tak pernah lagi buat bayam goreng belacan.

    Entri akak ler tu yang selalu panjang 😂
    Faham juga orang tak minat baca panjang, tapi nak buat macam mana sebab tujuan utama akak menulis untuk kenangan/rujukan sendiri.

    BalasPadam
  5. Sedap menu Cie.. Hari ni LZ pun banyak scroll social media tapi tu laa cerita artis yang sama berulang-ulang.. Sempat buat 1 blog post terkini, the rest baca buku habis sudah hujung minggu..

    BalasPadam
  6. Linda dari kecik memang makan tempe..bila ke Melaka..sanggup beli tempe dari kampung .sebab rasa tak sama macam tempe yang jual dekat Melaka.. sebab isteri suka makan tempe, suami pun pandai makan tempe.. hahaha.

    BalasPadam
  7. zaman budak-budak tak makan tempe, dah tua ni baru ada rasa sedap tempe ni.. Hari sabtu dan ahad ramai blogger ada agenda.. tu yang kurang update..

    BalasPadam
  8. Dulu Cuya tak suka tempe.. sekarang dah pandai makan. Sambal tempe memang sedap.
    Tula hari minggu ramai yg tk update. Cuya harini pon tk update sebab kemalasan. Bagus akk siap dah schedule. Cuya lgi suka tulis on the spot

    BalasPadam
  9. Betul... hujung minggu penuh dengan urusan lain... Tak sempat berblog

    BalasPadam
  10. Salam singah, awal pagi, terbangun setelah awal tidur..hebat memasak, ya blog saya sepi sampai masa ni baru ada entri..

    BalasPadam
  11. haha terasa kita taww. kita suka buat entry panjang xD maklomla sebab banyak gambar haha.
    waduhhh mata saya terpana kat tempe goreng tu, rasa nak hulur pinggan mintak isikan. hihi

    BalasPadam
  12. Kadang kita nak makan yang simple je walaupun telur goreng je. Ikan goreng kicap tu pun simple tapi sedap.

    BalasPadam
  13. Banyak juga lauk dinner Cie sekeluarga. Rajin masak, walaupun hari Ahad. Nak kena jadi macam Cie. Saya biasa hari Ahad, gantung kuali.

    BalasPadam
  14. Masakan simple macam ni la sedap dan buat menambah

    BalasPadam
  15. Dah banyak yg liburan kak Desember nih 😄. Jadi tak banyak yg update entry. Teman2 saya pun dah pada holiday sampai tahun baru 🤭😁.

    Suami saya pun tak suka tempe. Even dibuat goreng tepung tetep tak nak.

    Pernah tanya ke mama mertua duluuu, kata mama itu Krn dari kecil dia memang tak dibiasakan makan tempe. Sebab dulu suami saya besar di Jerman, dan di sana tak ada tempe . Lidah dia pula tipe yg susah nak trima makanan baru 😄😄. Krn itu balik Indonesia, susah lah menerima tempe. Tahu saja yg dia suka.

    BalasPadam
  16. nampak berselera semua lauk cie tu, mcm lauk arwah mak pula. sama lah nina kalau post pun semuanya autopublish. weekends jelah dpt BW

    BalasPadam
  17. menarik bayam tu. kat rumah ni biasanya buat goreng atau masak air je. jemu pula . boleh try cara cie pasni

    BalasPadam
  18. Hidangan semua sedap² ..lengkap dengan buah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.