Hujung minggu ni tak ramai yang ada di blog. Duk scroll reading list pun tak ramai yang post entri. Tak banyak la boleh blogwalking. Dah la banyak masa free, terpaksa la scroll Facebook dan Instagram

Tapi tu la kat FB tu banyak sangat gosip artis bercerai berai dah macam trend pulak. Entahla tak berani nak komen apa-apa. Scroll laju-laju tengok perkembangan kawan-kawan dan saudara mara jela. Tu pun tak ramai jugak aktif di FB. 

Post blog untuk schedule minggu depan pun dah settle. Sampai minggu lagi 1 pun dah boleh buat ni. Hari bekerja selalunya Cie schedule je. Hari Sabtu Ahad je terus post selepas mengarang. Buat entri pendek-pendek je dah sekarang ni. Buat panjang-panjang pun orang tak baca entri meleret.

Oleh kerana banyak masa terluang dah siap masak menu dinner malam ni. Siap masak boleh berehat. Malas betul nak brisk walk mahupun berjalan atas walking pad. Kemalasan membuak. Lagi syok berbaring je time cuti-cuti ni.

Menu dinner 21 disember 2025

Menu dinner malam ni:
  1. Ikan Goreng Kicap
  2. Ayam Goreng Celup Tepung
  3. Tempe Goreng Celup Tepung
  4. Bayam Goreng Belacan
  5. Sambal Belacan
  6. Buah Epal Merah dan Buah Lai

Teringin pulak nak makan ikan goreng kicap. 3 ekor je untuk Cie, Faiz dan kakak Raisha. Adik Rania tak makan sangat ikan. Ikan kecik je, bahan-bahan tumisan je banyak.

Bayam Goreng Belacan tu pertama kali buat. Selalunya kangkung je buat goreng belacan. Kali ni try bayam sedap jugak. Stok sambal belacan memang ada dalam fridge. Senang bila-bila nak makan.

Tempe tu memang kena goreng celup tepung kalau nak suruh anak-anak makan. Selain dari goreng tepung memang tak makan. Pelik betul padahal sama je tempe jugak. Tapi ok la kecik dah makan tempe. Cie dulu masa belajar di Johor baru suka makan Sambal Tempe. Sedap tu yang terus pandai makan tempe.

Ni jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib baru makan. Kami memang jenis makan awal kalau kat rumah. Dah terbiasa macam tu.