Muzium Padi Sekinchan Selangor: Lokasi, Harga Tiket & Info Lawatan

Paddy Gallery atau lebih dikenali sebagai Muzium Padi Sekinchan ialah salah satu destinasi menarik yang wajib singgah apabila datang ke Sekinchan.


Cie bawak anak-anak mempelajari sejarah dan proses penanaman sehingga penghasilan beras di Malaysia. Kalau tak tunjuk mereka taktau kan. Boleh tengok padi dengan lebih dekat. Selalu tengok dalam gambar je rupa padi tu.

Kami ke Muzium Padi ni selepas check out dari Padi Sentral pada 26 Disember 2025 yang lepas. Dalam pukul 11.15 pagi kami sampai ke situ. Orang dah ramai. Matahari pun dah meninggi. Jadi panas sikit la sebab gudang kan.

Rupanya kami hari tu masuk ikut pintu belakang jadinya tertanya-tanya la mana muzium padi takut tersalah tempat. Macam tak sama realiti dengan expectation. Bila sebut muzium ni kita duk bayangkan lain.

Mulanya kami dah masuk ke kedai jualan tu. Ada ternampak orang turun dari tangga atas. Dari mana pulak mereka ni kan. Kami keluar semula dari kedai tu dan jalan ke depan sikit baru la nampak kaunter tiket. Dah masuk ikut pintu belakang kan.


Kat Muzium Padi tu ada juga jualan pelbagai jenis beras keluaran PLS MARKETING (M) SDN. BHD. Kami tak beli pun apa-apa dari situ. Sekadar melawat je.






Harga Tiket & Waktu Lawatan

Harga Tiket:

RM5 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak. Ketinggian kanak-kanak bawah 95cm percuma.  


Kita akan diberikan sepeket kecil beras setiap orang sebagai cenderamata lawatan ke Muzium Padi. Kiranya kita bayar tiket masuk tu untuk sepeket beras la sebenarnya.


Tiket tu mereka ambil semula masa kat pintu pekerja mereka check tiket tu. Mujur masa tu Cie dah snap gambar. Ada la kenangan tiket masuk ke Muzium Padi. Entahla kenapa mereka kutip semula. Maybe taknak kita bagi kat orang lain. Boleh je cop atau tebuk kat tiket tu tanda dah tak valid digunakan.



Waktu Lawatan:

Isnin hingga Khamis

9.30 pagi - 12.30 tengahari : waktu lawatan
12.30 tengahari - 2.00 petang : rehat
2.00 petang - 5.30 petang : waktu lawatan

Jumaat hingga Ahad - 9.30 pagi hingga 5.30 petang


Pameran & Aktiviti

Antara yang kita boleh dapat dari lawatan ke Muzium Padi ni ialah:















Tempoh Lawatan

Cie berada di Muzium Padi Sekinchan tu sekitar 25 minit je. Kami tak tengok sampai habis pun tayangan video tu. Tengok barangan lama yang dipamerkan je. Tu pun sekejap je sambil lalu nak turun tu dan ambil gambar.




Kesimpulan Dari Lawatan

Muzium Padi Sekinchan ialah tempat menarik yang menggabungkan elemen pembelajaran dan pengalaman budaya pertanian Malaysia.

Sesuai untuk pelancong, keluarga atau sesiapa yang ingin tahu lebih dalam tentang industri padi negara. Dengan tiket berpatutan, panorama sawah yang cantik dan pameran informatif, ia memang berbaloi dimasukkan dalam itinerari lawatan ke Sekinchan.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Memang sangat menarik. Kalau anak2 cuti sekolah dulu, memang kami akan bawa ke tempat macam ni.

    BalasPadam
  2. Wahhh..best ni sempat jln2..Sy hari tu pegi x dan kemana pun...Mmg tgk sawah padi yg kering kontang je..Tp tetap best sbb rasa tenang je sbb jauh dari bandar & jauh dr orang =D

    BalasPadam
  3. Best la dapat beras... Kami pergi muzium padi di Kedah tak dapat pun hehe

    BalasPadam
  4. mungkin dia nak tallykan duit tiket dengan tiket yang ada tu kot.. hihihi... linda pun pernah lalu je,, tak masuk pun

    BalasPadam
  5. MZ pernah pergi sini tapi tak masuk dlm pun..singgah amik gmbr ajer hahahah

    BalasPadam
  6. Bagus parents macam Cie ni, anak2 pun dapat rasa pengalaman yang lain bila ibubapa sendiri yg bawa ke Muzium Padi ni.

    BalasPadam
  7. Saya dan anak2 sukaaa sangat dengan museum. Apalagi kalau dibuat secara interaktif dan jelas. Ada pemandu lebih bagus 👍, jadi bisa bantu menjelaskan dengan jelas.

    Tiketnya murah, ditambah itupun akan dapat sepaket beras kecil per orang. Worth it lah menurut saya. 👍👍. Sampai skr pun saya blm lihat secara langsung bagaimana beras diproduksi . JD kalau nanti ke sekinchan, bolehlah tempat ini saya visit

    BalasPadam
  8. Sesuai kalau nak timba ilmu yg lain daripada lain. Anak2 pon dapat pendedahan baru 👍🏻

    BalasPadam
  9. menarik ni. bayar tiket masuk, dapat beras!

    BalasPadam
  10. Bagus Muzium Padi ni.. akak few times juga datang.. bawa anak² atau anak² buah. Asal ada trip ke belah² Sungai Besar/Sabak Bernam sana akan singgah sebab ada adik beradik yang tak pergi lagi. Jadi kami join juga walau dah beberapa kali masuk.

    BalasPadam
  11. Menarik tempatnya. Anak-anak boleh belajar sesuatu.
    Cie salah seorang top pengomen di blog saya. Nanti singgah blog ya. 😊

    BalasPadam
  12. Bestnya dpt souvenir sepeket beras.. bgs kn buat muzium padi ni mmg sesuai sgt utk bawa anak2 spy mereka dpt ilmu xdelah tau mkn nasik je setiap hari

    BalasPadam
  13. Wah, menarik lah tempat di lawati..mengimbau zaman tanam padi sawah..

    BalasPadam
  14. Menarik ini.. Boleh bawa anak-anak..

    BalasPadam
  15. Menarik laaa .. Sekinchan tempat cantik ..kalau CCL sehari ke sana memang tak cukup nak jejalan .. nanti nak repeat lagi ..tapi kena pergi time padi tengah menghijau ..

    BalasPadam
  16. Menarik laaa .. Sekinchan tempat cantik ..kalau CCL sehari ke sana memang tak cukup nak jejalan .. nanti nak repeat lagi ..tapi kena pergi time padi tengah menghijau ..

    BalasPadam
  17. Kak SA nak bawak PZ pi sini la nanti..menarik...boleh masuk wishlist

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.