Tahun 2026 bermula seperti hari-hari lain. Tiada perubahan besar yang ketara, cuma angka pada kalendar yang bertukar. Namun begitu, setiap permulaan tahun tetap memberi ruang untuk kita berhenti sekejap dan menilai perjalanan hidup yang telah dilalui.
Sepanjang tahun lepas, banyak perkara berlaku dalam kehidupan seharian. Ada yang berjalan lancar, ada juga yang tidak seperti dirancang.
Ada hari yang terasa ringan, ada hari yang terasa agak berat. Semua itu adalah sebahagian daripada hidup dan setiap satu meninggalkan pengajaran tersendiri, sama ada disedari atau tidak.
Masuk tahun baharu ini juga bermakna umur bertambah. Bukan sekadar angka, tapi peringatan bahawa masa terus bergerak dan kita semakin belajar melihat hidup dengan cara yang berbeza.
Banyak perkara yang dulu dianggap penting, kini terasa lebih sederhana dan banyak perkara kecil pula yang semakin dihargai.
Untuk tahun 2026, Cie berdoa agar urusan dipermudahkan, kesihatan sentiasa terjaga, rezeki yang diterima diberkati dan hati diberikan ketenangan dalam menghadapi apa sahaja yang mendatang.
Semoga setiap langkah dipandu dengan baik, dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan dan diberikan kekuatan untuk melalui hari-hari yang akan datang.
Tahun ini diharapkan berjalan dengan baik, walaupun sederhana. Asalkan hari-hari dapat dilalui dengan tenang dan cukup itu sudah memadai.
Selamat Tahun Baru 2026 buat semua pengunjung blog Cie. Terima kasih yang sentiasa support komen blog Cie.

1 Ulasan
Selamat tahun baru 2026 cie 🥳
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.