Menu Sarapan Pertama Di Tahun Baru 2026

Selamat Pagi 1 Januari 2026. Cepatnya masa berlalu tak sedar je hari ni dah masuk tahun yang baru. Pantas masa berlalu meninggalkan kita. Hari ni cuti takde plan ke mana-mana.

Ikutkan malas nak masak. Tapi tu la duk fikir nak makan apa tak muncul-muncul idea. Tanya anak-anak nak makan apa semuanya taktau. Nampaknya ibu jugak la kena fikir.

Masuk dapur masak jela senang. Malas nak keluar bersiap nak sarapan di kedai. Elok je Cie masuk dapur hujan pun turun. Malam tadi selepas ambang tahun baru pun hujan jugak.

Cie masak Bihun Goreng Singapore. Bahan apa yang ada jela. Letak isi ayam, sayur pulak kobis je ada. Pun boleh la. Bila dah nak siap goreng tengok macam sikit pulak.

Muncul idea nak buat Mi Segera Goreng. Rebus kejap mi segera tu lepas tu titik-titik bawang putih, letak sos cili, letak kicap. Jadi Mi Segera Goreng. Dapat 2 jenis menu sarapan.


Goreng pulak Nugget dan Bebola Udang. Meriah la menu sarapan kita di hari pertama tahun baru. Keropok pun ada 2 jenis goreng minggu lepas dah. Buat stok senang nak makan.



Makanan bergoreng kalau takde timun dan cili potong memang tak sah la. Kena jugak ada. Sewaktu entri ni ditaip semua dah kekenyangan baru lepas bersarapan. Entahla aktiviti apa hari ni.

Korang buat apa hari ni? Sarapan apa? Jalan ke mana?


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Bab nak makan apa ni memang sudahnya mak mak juga kena fikir. Hehe. Bila tanya nak makan apa, tak tahu. 😁

    BalasPadam
  2. Cuya tenghari baru makan. Makan nasi ayam ada orang bagi. Cuya kadang makan lambat

    BalasPadam
  3. sedapnya leropok kalau cicah dgn sos pagi2 ni

    BalasPadam
  4. My fav betul bihun goreng singapore tu. Makan pulak dengan sambal kicap 🤤 yummehhh

    BalasPadam
  5. Tak kemana2. Di rumah saja. Jadi sayapun masak juga, yg simple je 😄. Memang malas nak kluar. Jakarta pun hujan dari tadi malam. Rasa2nya tahun baru kalau tak hujan, macam tak lengkap kan 😄.

    BalasPadam
  6. Dari pada tak tahu nak masak apa sekali kuar menu Macam2. Lepas tu hujan memang syok le melepak kat rumah.

    BalasPadam
  7. sedap cuaca hari ni kan, saya kat bangi pun hujan. tapi kami ada keluar gi jalan2 kat mall tadi
    selamat tahun baru kak cie n family!

    BalasPadam
  8. Terfikir awal pagi apa sajian tahun baru 2026..1.1.2026. Mesti bab makan

    BalasPadam
  9. Sesekali meriah sarapan macam ni, memang syoklah.. Ada pula cili potong tu, lagilah laju mengunyah..

    BalasPadam
  10. Food presentation menarik ..lagi² gulungan telur dadar tu ..

    BalasPadam
  11. MZ singgah BW pada ptg 4 jan thn baru. ari ni mereput di rumah jer sbb pulun siapkan marking test paper

    BalasPadam
  12. Tahun baru Kak SA buat nasi goreng udang rasanya la...hahaha..lupa plak...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.