Ikutkan malas nak masak. Tapi tu la duk fikir nak makan apa tak muncul-muncul idea. Tanya anak-anak nak makan apa semuanya taktau. Nampaknya ibu jugak la kena fikir.
Masuk dapur masak jela senang. Malas nak keluar bersiap nak sarapan di kedai. Elok je Cie masuk dapur hujan pun turun. Malam tadi selepas ambang tahun baru pun hujan jugak.
Cie masak Bihun Goreng Singapore. Bahan apa yang ada jela. Letak isi ayam, sayur pulak kobis je ada. Pun boleh la. Bila dah nak siap goreng tengok macam sikit pulak.
Muncul idea nak buat Mi Segera Goreng. Rebus kejap mi segera tu lepas tu titik-titik bawang putih, letak sos cili, letak kicap. Jadi Mi Segera Goreng. Dapat 2 jenis menu sarapan.
Goreng pulak Nugget dan Bebola Udang. Meriah la menu sarapan kita di hari pertama tahun baru. Keropok pun ada 2 jenis goreng minggu lepas dah. Buat stok senang nak makan.
Makanan bergoreng kalau takde timun dan cili potong memang tak sah la. Kena jugak ada. Sewaktu entri ni ditaip semua dah kekenyangan baru lepas bersarapan. Entahla aktiviti apa hari ni.
Korang buat apa hari ni? Sarapan apa? Jalan ke mana?




12 Ulasan
Bab nak makan apa ni memang sudahnya mak mak juga kena fikir. Hehe. Bila tanya nak makan apa, tak tahu. 😁
BalasPadamCuya tenghari baru makan. Makan nasi ayam ada orang bagi. Cuya kadang makan lambat
BalasPadamsedapnya leropok kalau cicah dgn sos pagi2 ni
BalasPadamMy fav betul bihun goreng singapore tu. Makan pulak dengan sambal kicap 🤤 yummehhh
BalasPadamTak kemana2. Di rumah saja. Jadi sayapun masak juga, yg simple je 😄. Memang malas nak kluar. Jakarta pun hujan dari tadi malam. Rasa2nya tahun baru kalau tak hujan, macam tak lengkap kan 😄.
BalasPadamDari pada tak tahu nak masak apa sekali kuar menu Macam2. Lepas tu hujan memang syok le melepak kat rumah.
BalasPadamsedap cuaca hari ni kan, saya kat bangi pun hujan. tapi kami ada keluar gi jalan2 kat mall tadi
BalasPadamselamat tahun baru kak cie n family!
Terfikir awal pagi apa sajian tahun baru 2026..1.1.2026. Mesti bab makan
BalasPadamSesekali meriah sarapan macam ni, memang syoklah.. Ada pula cili potong tu, lagilah laju mengunyah..
BalasPadamFood presentation menarik ..lagi² gulungan telur dadar tu ..
BalasPadamMZ singgah BW pada ptg 4 jan thn baru. ari ni mereput di rumah jer sbb pulun siapkan marking test paper
BalasPadamTahun baru Kak SA buat nasi goreng udang rasanya la...hahaha..lupa plak...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.