Sarapan Nasi Kuning Sabah

Banyak kali nampak blogger Sabah share mengenai Nasi Kuning Sabah ni. Cie pun macam tertanya-tanya macam mana Nasi Kuning Sabah ni. Selalu dengar belah Kelantan dan Kedah ada Nasi Kuning ni. Rupanya Sabah pun ada Nasi Kuning.

Hidangan lengkap nasi kuning sabah

Cie pun tanya ChatGPT apa Nasi Kuning Sabah ni? Ada la sikit info Cie dapat.

Nasi Kuning Sabah

Nasi Kuning Sabah ialah hidangan tradisi masyarakat Sabah yang biasa dihidangkan semasa majlis kenduri, perayaan dan acara keluarga.

Nasi kuning sabah

Ringkasan Mengenai Nasi Kuning Sabah


Lauk iringan biasa (gaya Sabah):

Ada juga info Cie baca kat google, Nasi Kuning Sabah ni dimakan dengan sambal ikan, ikan goreng, serunding. Maybe bergantung kepada daerah atau tempat.

Ayam masak merah



Beza Nasi Kuning Sabah vs Nasi Kuning biasa:

  • Rasa lebih ringkas & lembut, tak terlalu berempah.
  • Fokus pada lemak santan + kunyit, bukan rempah berat.
  • Lauk lebih fleksibel ikut budaya tempatan.

Masak Sarapan Nasi Kuning Sabah

Oleh kerana hari ni takde ke mana-mana awal pagi so kita masak la Nasi Kuning Sabah ni. Nak ke Sabah makan Nasi Kuning taktau bila kan so kita masak jela sendiri dulu buat ghaso ghaso. Mudah je sebenarnya sama macam kita masak Nasi Lemak tu je.

Masak Nasi Kuning boleh guna versi kukus atau masak dalam periuk nasi macam biasa. Tadi Cie buat kukus. Cie campur beras biasa dan beras basmathi. Ada jugak resipi Cie jumpa mereka guna beras pulut canpur dengan berasa biasa. Cie nak share resipi Nasi Kuning yang Cie buat tadi.

Nasi ni boleh makan 5-6 orang kalau ikut resipi Cie ni. Cie masak sarapan terus sampai lunch senang sekali arung boleh repeat je makan.


Resipi Nasi Kuning Sabah Cara Cie Masak

Bahan-bahan Nasi Kuning Sabah

2 cawan beras biasa
1 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air dan santan (Cie guna santan KARA 65ml campur dengan air)
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (dalam 1 sudu teh)
Sedikit halia hiris
Daun pandan

Cara Masak Nasi Kuning Sabah

Cuci beras hingga bersih. Kemudian campurkan semua bahan ke dalam mangkuk stainless steel. Kukus sehingga masak. Sebelum masak tu kacau sekali sekala supaya rata semua bahan tu.


Sarapan Pagi Nasi Kuning Sabah

Menjadi jugak akhirnya Cie masak Nasi Kuning Sabah. Tapi style sendiri jela. Cie masak jugak menu sampingan dimakan bersama dengan Nasi Kuning Sabah.
Masak banyak terus boleh makan sampai lunch. Lunch kang malas nak masak dah. Cie goreng jugak karipap frozen kawan Faiz bagi. Sedap jugak karipap tu rangup je kulitnya.

Karipap frozen goreng

Dah settle sarapan apa semua mengadap blog la. Rutin hujung minggu buat schedule siap-siap posting seminggu. So weekdays boleh fokus blogwalking. Selalunya Cie punya plan macam tu la untuk pastikan setiap hari mesti ada at least 1 posting. 

Kalau time tu nak buat posting dan dalam masa yang sama nak blogwalking tak cukup masa. Nak buat posting pun ambil masa juga nak pilih gambar, nak rename, nak buat isi posting dan lain-lain. Tu yang Cie plan siap-siap untuk weekend buat schedule dan weekdays blogwalking.





Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. oo rasa macam nasi lemak tapi ada letak kunyit la ye cie

    BalasPadam
  2. Kalau dekat memang singgah rumah Cie dah ni. Sedapnya.

    BalasPadam
  3. Baru tau Kelantan dan Sabah pun ada nasi kuning.
    Cuma tau Kedah je.

    Kiranya nasi kuning Sabah ni - nasi lemak berwarna kuning.
    Kalau Kedah - nasi biasa berwarna kuning.

    BalasPadam
  4. pernah makan sekali nasi kuning masa pi tawau.. kat terengganu pun pernah makan nasi kuning.. cuma rasanya tak tahulah sama ke tak..

    BalasPadam
  5. Boleh dicuba resepi nasi kuning sabah ni, selalu dok makan nasi kuning kedah ja. Nampak sedap masakan Cie.

    BalasPadam
  6. mata sy nampak ikan bilis yang garingggg ituuuuuuu

    BalasPadam
  7. Sedapnyaaaa.. rindu mama masak nasi kuning sabah :3

    BalasPadam
  8. br je cie komen aritu nk try masak nasi kuning sabah...pantas dh masak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.