Cie pun tanya ChatGPT apa Nasi Kuning Sabah ni? Ada la sikit info Cie dapat.
Nasi Kuning Sabah
Nasi Kuning Sabah ialah hidangan tradisi masyarakat Sabah yang biasa dihidangkan semasa majlis kenduri, perayaan dan acara keluarga.
Ringkasan Mengenai Nasi Kuning Sabah
- Warna kuning datang daripada kunyit hidup atau serbuk kunyit.
- Dimasak dengan santan: rasa lemak & wangi.
- Kadang-kadang ditambah halia dan daun pandan.
Lauk iringan biasa (gaya Sabah):
- Ayam masak merah / ayam goreng berempah.
- Sambal tumis.
- Telur rebus / telur masak sambal.
- Acar timun atau sayur.
- Ikan goreng atau ikan masin (ikut daerah).
Ada juga info Cie baca kat google, Nasi Kuning Sabah ni dimakan dengan sambal ikan, ikan goreng, serunding. Maybe bergantung kepada daerah atau tempat.
Beza Nasi Kuning Sabah vs Nasi Kuning biasa:
- Rasa lebih ringkas & lembut, tak terlalu berempah.
- Fokus pada lemak santan + kunyit, bukan rempah berat.
- Lauk lebih fleksibel ikut budaya tempatan.
Masak Sarapan Nasi Kuning Sabah
Oleh kerana hari ni takde ke mana-mana awal pagi so kita masak la Nasi Kuning Sabah ni. Nak ke Sabah makan Nasi Kuning taktau bila kan so kita masak jela sendiri dulu buat ghaso ghaso. Mudah je sebenarnya sama macam kita masak Nasi Lemak tu je.
Masak Nasi Kuning boleh guna versi kukus atau masak dalam periuk nasi macam biasa. Tadi Cie buat kukus. Cie campur beras biasa dan beras basmathi. Ada jugak resipi Cie jumpa mereka guna beras pulut canpur dengan berasa biasa. Cie nak share resipi Nasi Kuning yang Cie buat tadi.
Nasi ni boleh makan 5-6 orang kalau ikut resipi Cie ni. Cie masak sarapan terus sampai lunch senang sekali arung boleh repeat je makan.
Resipi Nasi Kuning Sabah Cara Cie Masak
Bahan-bahan Nasi Kuning Sabah
2 cawan beras biasa
1 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air dan santan (Cie guna santan KARA 65ml campur dengan air)
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (dalam 1 sudu teh)
Sedikit halia hiris
Daun pandan
Cara Masak Nasi Kuning Sabah
Cuci beras hingga bersih. Kemudian campurkan semua bahan ke dalam mangkuk stainless steel. Kukus sehingga masak. Sebelum masak tu kacau sekali sekala supaya rata semua bahan tu.
Sarapan Pagi Nasi Kuning Sabah
Menjadi jugak akhirnya Cie masak Nasi Kuning Sabah. Tapi style sendiri jela. Cie masak jugak menu sampingan dimakan bersama dengan Nasi Kuning Sabah.
- Ayam Masak Merah
- Ikan Bilis Goreng
- Telur Rebus
- Timun
- Papadom
Masak banyak terus boleh makan sampai lunch. Lunch kang malas nak masak dah. Cie goreng jugak karipap frozen kawan Faiz bagi. Sedap jugak karipap tu rangup je kulitnya.
Dah settle sarapan apa semua mengadap blog la. Rutin hujung minggu buat schedule siap-siap posting seminggu. So weekdays boleh fokus blogwalking. Selalunya Cie punya plan macam tu la untuk pastikan setiap hari mesti ada at least 1 posting.
Kalau time tu nak buat posting dan dalam masa yang sama nak blogwalking tak cukup masa. Nak buat posting pun ambil masa juga nak pilih gambar, nak rename, nak buat isi posting dan lain-lain. Tu yang Cie plan siap-siap untuk weekend buat schedule dan weekdays blogwalking.

8 Ulasan
oo rasa macam nasi lemak tapi ada letak kunyit la ye cie
BalasPadamKalau dekat memang singgah rumah Cie dah ni. Sedapnya.
BalasPadamBaru tau Kelantan dan Sabah pun ada nasi kuning.
BalasPadamCuma tau Kedah je.
Kiranya nasi kuning Sabah ni - nasi lemak berwarna kuning.
Kalau Kedah - nasi biasa berwarna kuning.
pernah makan sekali nasi kuning masa pi tawau.. kat terengganu pun pernah makan nasi kuning.. cuma rasanya tak tahulah sama ke tak..
BalasPadamBoleh dicuba resepi nasi kuning sabah ni, selalu dok makan nasi kuning kedah ja. Nampak sedap masakan Cie.
BalasPadammata sy nampak ikan bilis yang garingggg ituuuuuuu
BalasPadamSedapnyaaaa.. rindu mama masak nasi kuning sabah :3
BalasPadambr je cie komen aritu nk try masak nasi kuning sabah...pantas dh masak
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.