Sarapan Pagi di Syurga Nasi Lemak Sekinchan

Cie memang tak ambil sarapan sekali masa booking di Padi Sentral tu. Memang dah plan nak mencari sarapan di tepian sawah padi je. Baru la feel kan. 

Pagi Jumaat 26 Disember 2025 tu Cie google je tempat makan di Sekinchan so jumpa la kedai namanya Syurga Nasi Lemak. Anak-anak pun search kat TikTok dan jumpa banyak review jugak.

Syurga nasi lemak sekinchan

Cie baca review kat google pun semua ok maka seawal 7.55 pagi dah terpacak depan kedai. Selalunya kedai viral ni dan musim cuti sekolah memang ramai orang so kena awal.

Syurga nasi lemak sekinchan

Sampai je terus beratur untuk ambil makanan. Konsepnya kena beratur ambil makanan dulu. Makanan disusun atas meja hidang dan akan ada pekerja mereka assist kita untuk letak makanan. Bagitau je nak makan apa. Rambang mata jugak banyak pilihan.

Syurga nasi lemak sekinchan

Antara menu yang Cie snap gambar ialah:

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Lepas dah siap pilih nak makan apa terus bayar di kaunter. Lepas tu terus la ke meja kita. Cie dan Faiz je ambil makanan, anak-anak terus cop meja di tepian view padi. Meja dan kerusi area kami duduk tu basah jadinya takdela orang nak makan area situ. Kami lap janji dapat makan dengan view. 

Syurga nasi lemak sekinchan
Belakang Cie gazebo kena sewa RM10

Meja berbumbung tu penuh la orang. Tak syok la kan takde view sawah padi. Kita nak view kan. Ada juga gazebo tapi kena bayar RM10 kalau nak duduk situ. Sepanjang kami makan takde pulak orang sewa kat situ.

Untuk air pulak kena beli di gerai air. Maybe owner sama cuma konsep kedai mereka begitu. Kami order air dan diberikan pager so bila air dah siap nanti akan berbunyi dan boleh la pick up air kita. Konsep layan diri mengurangkan bilangan pekerja nak ke meja-meja ambil pesanan.

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Selain tu ada juga gerai lain di tepi tu. Ada jual baby pancake, tiramisu dan dessert lain. Tengok sambil lalu lepas order air.

Untuk pagi tu antara menu pilihan sarapan kami 4 beranak di Syurga Nasi Lemak Sekinchan ialah:
  1. Nasi lemak telur mata dan teh peng madu - adik Rania
  2. Nasi lemak ayam goreng berempah dan green tea madu - kakak Raisha
  3. Nasi lemak sambal paru dan kopi o ais - Cie
  4. Mi goreng, rendang daging dan teh peng madu - Faiz
Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Syurga nasi lemak sekinchan

Total menu kami pesan tu untuk makanan RM36 dan untuk air RM19. Makanan kat situ bagi Cie memang kena dengan tekak kami anak beranak. Lepas makan boleh la posing kejap tepi tu mereka ada sediakan port boleh ootd.


Syurga nasi lemak sekinchan

Masa kami nak keluar tu semakin ramai dah orang masuk. Ada geng motor, ada geng family ramai-ramai. Nasib baik kami datang lebih awal. Dah siap makan balik semula ke Padi Sentral. Berkemas-kemas dan bersiap untuk repeat bergambar lagi sebelum balik.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. morning cie! wow harga sgt ok tu!! kebetulan pg ni MZ masak nasi lemak jugak for bf ;)

    BalasPadam
  2. sedap nampak nasi lemak dia. nampak berpatutan harganya walau viral.tempat pun lawa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.