Cerita Shopping 25 & 27 Disember 2025 Yang Lepas

Alang-alang dah sampai KL Selangor banyak mall kita shopping la sikit-sikit. Takdela banyak mana pun. Beli untuk tambag-tambah barang je. Mula shopping 25 Disember masa kat Setapak Sentral tu, lepas tu 26 Disember beli baju sekolah kakak Raisha dan 27 Disember masa on the way balik singgah AEON Cheras Selatan.



Setapak Central

Parkson

Kat Parkson ni beli kasut sukan adik Rania je. Kasut sukannya dah nak tercabut tapak. Baru jugak beli yang tu. Tak tahan lama. Beli jela sama dengan kakak Raisha. Kakak Raisha hari tu beli brand tu jugak. Cuma size jela berbeza. RM59 sepasang.


Terus cari jugak track suit kakak Raisha. Beli jugak tahun lepas dari Shopee ikut trend apa entah bebudak sekarang ni. Sekalinya dah koyak rabak tak sampai setahun. Beli yang Cheetah jela dah alang-alang jumpa tu. Harapnya tahan lama. RM35.90 sehelai.




Pusat Pakaian Hari-Hari Kuala Selangor

Masa dalam perjalanan ke Sekinchan ada ternampak Pusat Pakaian Hari-Hari kat area Kuala Selangor. Terus bagitau Faiz masa balik nak singgah beli uniform sekolah kakak Raisha. Beli la sepasang uniform sekolah. Memang beli sepasang je cukup. 
Tahun lepas pakai hari Isnin je waktu perhimpunan. Kalau takde perhimpunan tak pakai la. Lupa pulak harga berapa tak jumpa resit. Brand Jony & Jeny. Kali ni kakak Raisha nak yang licin pulak.

Anak-anak Cie sejak sekolah kakak Raisha tahun 2019 masuk darjah 1 memang beli di Pusat Pakaian Hari-Hari. Dari uniform sekolah, beg, kasut semua beli situ. Kualiti bagus tahan lama.


AEON Cheras Selatan

Plan asalnya nak ke AEON nak beli underwear Cie dan anak-anak je brand Scarlet tu ada kat AEON je. Bila dah masuk ke situ banyak pulak kedai kita menyinggah. Beli Scarlet dulu RM98 untuk ibu dan anak-anak.

F.O.S

Sambil lalu depan F.O.S ada nampak sales baju T-Shirt. Terus suruh anak-anak pilih RM65 3 helai. Anak-anak sama size je nanti mereka share jela tukar-tukar pakai. Faiz pun beli baju dia 2 helai. Cie je tak jumpa baju yang menarik hati.



ANTA Sports

Tujuan kedua nak ke AEON tu sebab ada branch ANTA. Cie nak beli kasut jalan yang baru. Duk teracun tengok ada orang kata brand ANTA ni bila pakai macam berjalan atas awan. Maybe mereka ada pengalaman jalan atas awan agaknya. Hihi.

Mulanya Cie pilih dah 1 tu. Cantik tapi bila try pakai berjalan macam keras pulak takut nanti kalau banyak berjalan sakit pulak kaki. Tak jadi ambil yang tu. Cie try yang lain tapi yang tu ada biru je. Warna putih tapi kat bahagian belakang tu biru. Yang lain ada warna purple dan warna warni. Cie memang nak cari warna putih. Ok jela ada biru sikit tu. Terus jela on yang tu.


Berkenan yang ni tapi keras sikit bila pakai

Memang best pakai selesa macam ada span dalam kasut. Sebelum ni Cie pakai Skechers dan Larrie pun lembut tapi yang ANTA ni berkali ganda lembut lagi memang selesa la pakai. 
Faiz la tukang bayar. Kira hadiah hujung tahun la ye. Tahun 2025 je dah 2 pasang la kasut Faiz belikan. Yang sebelum ni sport shoes matchy dengan Faiz tapi tu la tersimpan je jarang brisk walk. Yang ni kalau berjalan memang akan pakai. Tunggu next holiday kita rasmikan.


Ada sales masa beli tu. Banyak pulak tu diskaun. Kalau join member dapat lagi voucher RM50. Harga asal kasut Cie tu RM299 ada diskaun 67% dapat la RM198.84. Faiz beli Satchel bag RM99 pun ada diskaun 57% dapat la harga RM56.43 je. Berbaloi la beli waktu sales.






Sales person kat ANTA ni pun bagus je melayan. Cie 2 kali la test kasut tak jadi lepas tu mintak dia tukar size lain pulak. Masa nak bayar pun details terangkan pasal diskaun. Service macam ni la buat kita rasa nak repeat lagi membeli.

Tealive

Last la kat ANTA Sports tu nak balik dah. On the way nak ke parking sempat la tapau Hazelnut Latte untuk Cie dan adik Rania nak Bang Bang Milk Tea. Kakak Raisha taknak. Total kat Tealive ni RM20.10.



llaollao

Nampak llaollao Cie tanya kakak Raisha nak tak, laju je angguk. Adik Rania walau tak dipelawa pun nak jugak. Padahal dia dah beli Tealive. Beli la 1 sorang yang small dan 1 topping total RM29.80. Kakak Raisha topping pistachio dan adik Rania topping coklat.



Selesai Shopping Gerak Balik

Habis dah mencari apa yang nak dicari terus la kami keluar dari AEON sebelum lagi banyak benda nak dicari. Masa tu pun dah 4 lebih. Memang jem hala balik kat Tol Gombak tu. Kedua hala pulak tu. Musim cuti kan.





Catat Ulasan

0 Ulasan