Dinner Di Kampung 8 Januari 2026

Khamis minggu lepas bersamaan 8 Januari 2026 Cie balik ke kampung sekejap untuk dinner bersama keluarga. Kakak Cie yang duduk di Manjung tu ada balik kampung ada urusan. Dia sampai di kampung malam Rabu, Khamis dia ada urusan di Pejabat Tanah Lipis. Plan asalnya dia nak balik Jumaat tu yang Khamis malam tu Cie balik kampung kejap.

Sebelum balik singgah beli sate kejap. Sate Pencawang kegemaran kami tu tutup pulak. Faiz beli tempat lain yang kami tak pernah beli lagi sebelum ni. Beli jela nak try. Rasa mengecewakan. Kuah kacang ok je. Sate tu manis. Kakak dan adik cakap lain kali tak payah beli la tak sedap. Dah biasa makan Sate Pencawang sedap. Faiz beli 50 cucuk. Kalau makan dengan kuah tu boleh jela telan.



Kak Ngah masak Gulai Masam Tempoyak Ayam, Peria Goreng, Ikan Goreng, Sambal dan macam-macam menu la. Kak Long pun ada masak beberapa menu dan bawak ke rumah Kak Ngah. Kami berkumpul dinner di rumah Kak Ngah.

Kak Pi (Kakak Cie yang ke 7 duduk di Manjung) beli durian. Ada Musang King, D24 dan IOI kalau tak silap Cie. Gred murah je durian tu beli tepi jalan je. Tak sedap sangat. Isinya agak besar. Cie rasa serba sedikit semua tu. Memang failed. Lagi sedap durian kampung


Terlebih kenyang perut macam-macam makan. Menu dinner dah macam-macam jenis, campur sate dan durian. Memang bergelora dalam perut bercampur aduk. 


Selepas dinner sambung berborak 4 beradik. Kakak sulung, kakak kedua, kakak nombor 7 dan Cie ke 8. Kami ada 8 beradik. Memasing duduk jauh. Kami 3 beradik je duduk Lipis. Yang ketiga abang Cie duduk di Terengganu, kakak keempat duduk di Penang, abang kelima duduk di Pekan, kakak keenam duduk di Bentong dan kakak ketujuh duduk di Manjung Perak. Sekali sekala je dapat kumpul bersama.

Share dalam group family gambar makanan. Cemburu la mereka yang takde tu. Siap kata nanti kena cirit birit makan banyak sangat. Hihi.

Cie gerak balik dah pukul 10 lebih. Hujan lebat jugak malam tu. Dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun sekejap dah boleh recharged. Begitulah walaupun mak ayah dah takde, hubungan adik beradik tetap kena pelihara. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ooo cie 8 beradik yer! meriah tu kalau dpt berkumpul semua...MZ 7 beradik tp sorang dh meninggal (abg), so ada 6 beradik jer yg tinggal...dan kami masih ada ibu....tak sabar nak berkumpul ramai2 raya nanti insya Allah

    BalasPadam
  2. rambang nak pilih
    semua sedap sedap belaka

    BalasPadam
  3. best makan ramai2 camni. lauk pun meriah, semua menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Seronok dapat berkumpul
    Rindu dgn abang2 Cuya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.