Majlis Persaraan Dan Jamuan Akhir Tahun 2025

30 Disember 2025 yang lepas jabatan Cie menganjurkan Mahlis Persaraan untuk seorang Pembantu Penyediaan Makanan yang bersara dan sekaligus kami buat Jamuan Akhir Tahun 2025.

Deco by team Sajian


Staf jabatan Cie bernama Khadijah Sulaiman bersara sepenuhnya pada 28 Januari 2026 mengikut tarikh lahirnya genap umur 56 tahun. Tapi disebabkan Cuti Rehat nya banyak so 30 Disember tu merupakan hari terakhirnya bertugas.

Cie mula bertugas bersama Kak Jah sejak Februari 2012. Dah 13 tahun la kiranya. Memang sebak la masa Cie mengacarakan majlis. Tak terluah nak cakap apa. Cie siap-siap tulis ucapan dalam kertas letak dalam hadiah. Jadi tak perlu la Cie bercakap.

Sebelum majlis bermula senyum lagi la. Lepas tu sebak dah.

Masa dinner bulan 11 hari tu kami dah bagi hadiah dari jabatan dan buat surprise so kali ni buat lagi sekali bagi meraikan hari terakhir perkhidmatan beliau. Kali ni bagi Pulut Kuning Berhias. Ada la juga beberapa orang yang bagi hadiah termasuk Cie. Cie bagi periuk Dessini memandangkan Kak Jah suka masak-masak.

Pemalas nak balut hadiah dan nak memudahkan Kak Jah tak payah nak buka pembalut maka nya Cie letak jela dalam paperbag AEON je.

Pulut kuning berhias ni staf Cie buat

Macam biasa staf Cie masak menu yang kami pilih. Siap buat poll ye kat group untuk pilih menu. Majoriti nak menu ala mamak. Cuma Brownies, Cream Puff dan Cheese Tart je Cie order.

Antara menu yang ada:
  1. Nasi Putih
  2. Kari Kambing
  3. Ayam Bawang
  4. Bendi Goreng
  5. Kobis Goreng
  6. Bendi Celup Tepung
  7. Salad Buah
  8. Rambutan
  9. Zapple Limau Kasturi
  10. Buko Laici Anggur










Meriah menu kami tersandar kekenyangan makan. Semuanya sedap belaka. Kami mula makan selepas sesi berucap. Cie mintak wakil dari staf perempuan, staf lelaki, bos Cie dan akhir sekali yang diraikan Kak Jah bagi ucapan. Lepas tu sesi bergambar. Ada seorang je staf tak dapat hadir sebab ada urusan keluarga.


Mulanya Kak Jah sebak jugak nak berucap. Lama sikit tarik nafas dan tenang-tenang baru la beliau berucap. Banyak la pesanan buat adik-adik yang ditinggalkan.

Banyak jasa Kak Jah terhadap jabatan. 30 tahun perkhidmatan bukan tempoh yang sekejap. Banyak pengalaman berharga serta tunjuk ajar yang diberikan. 

Terima kasih Kak Jah atas segala tunjuk ajar, jasa dan pengorbanan selama ini. Semoga Kak Jah terus dikurniakan kesihatan yang baik selepas menjadi YB Yang Bersara serta dipermudahkan segala urusan.

Ada tragedi selepas balik rumah baju Cie koyak. Hahaha. Mujur la masa Cie kat depan tu tak koyak. Baju tu macam tertetas jahitan. Cie tukar baju masa solat kat rumah. Nak masuk kerja semula tu Cie sarung baju duduk depan cermin tiba nampak bra. Alahai baju koyak rupanya.

Tengok keadaan memang tak boleh jahit dah. Baru 2x pakai. Rugi RM52.56 beli kat Shopee. Cie beli 2 pasang. Yang sepasang lagi tu pernah tertetas bahagian kain. Cie dah jahit so boleh pakai. Yang ni memang tak boleh jahit terus buang jela dalam tong sampah. Yang sepasang lagi tu seram pulak nak pakai takut terkoyak waktu kat tempat kerja. 


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. lama tu, 30 yrs in service!! MZ kalau pnjg umur, by the time bersara, i will be 30 yrs in service jugak kat UIA ni insya Allah (lagi 8 tahun!)...cuma UIA tak de lah pencen, hanya ada KWSP ajer

    BalasPadam
  2. Selamat bersara Kak Jah, lama tu 30 tahun. Menu sedap2. Alhamdulillah terkoyak dah sampai rumah ya Cie.

    BalasPadam
  3. Semua selera mamak. Tapi ni nampak lagi sedap dari kat kedai mamak.
    Selamat bersara.. Lama tu 30 tahun service..

    BalasPadam
  4. Sama lah akak kalau bagi hadiah malasnya nak balut dengan sampul hah cari beg bagi je lah. Siap haribulan bagi bogel gitu je. hehehehe Menu sedap belaka

    BalasPadam
  5. Banyaknya makanan..nampak sedap tu...selamat bersara buat beliau...

    BalasPadam
  6. Wahhh..lamanya 30 tahun..Kita ni bleh capai ke smp lama tu ye =D

    BalasPadam
  7. Memang banyak jasa beliau, 30 thn berkhidmat. Selamat menikmati hari² pencen utk Kak Jah.
    Meriah betul menu jamuan tu.

    BalasPadam
  8. Selamat bersara! Komfom la sebak kalau lama berkhidmat macam tu

    BalasPadam
  9. Waaah lama berkhidmat sampah 30 tahun yaaaa. Salut saya dengan orang2 yg setia bekerja di 1 tempat saja. Dan pastilah haru saat mengucapkan Kata2 perpisahan. Cantik bentuk pulut kuningnya kak.

    Menu2 ala mamak pun pasti sedap

    Aiiih baju terkoyak tuh, untung dah sampai rumah kan 🤣🤣.

    BalasPadam
  10. Nasibla baju tertetas kat rumah. Anyway, menu makanan tu nampak sedap betul.

    BalasPadam
  11. Ya Allah banyak makanan, namoak sedap.
    Hmm kualiti jahitan tidak bagus ya pada baju sampai tidak boleh jahit balik.

    BalasPadam
  12. Seronok Kak Jah boleh berehat setelah sekian lama berkhidmat. Sedap² tengok juadah yang ada. Nasib baik Cie perasan baju koyak.

    BalasPadam
  13. Meriah semua makanan di majlis perpisahan bersara ini.. lama tu 30 tahun dalam jabatan..
    semoga baik baik aja selepas persaraan.

    BalasPadam
  14. selamat bersara Kak Jah...meriah menu...oh ada tragedi baju koyak Cie..nasibaik kejadian time kt umah

    BalasPadam
  15. Nampak rambutan ..boleh juga kan jadi sajian pembasuh mulut biasanya jika buah2an..

    BalasPadam
  16. Selamat bersara
    Menu nampak sedap
    Kesian baju akak terkoyak, nasib baik terkoyak kt rumah

    BalasPadam
  17. selamat bersara pada yg diraikan. lama tu 30 tahun!
    bila ada jamuan2 camni, memang seronok tengok makanan jelah

    BalasPadam
  18. Banyak pengalamannya tu..
    Sedap pulak nengok bendi tu😆

    BalasPadam
  19. Selamat bersara Kak Jah.. Lama tu 30 tahun..
    Meriah menunya..

    BalasPadam
  20. Siap ada photobooth tue ..gabungan warna hitam gold ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.