Menu Dinner 18-23 Januari 2026: 6 Idea Hidangan Mudah & Sedap

Oleh kerana minggu lepas Cie dah berjaya share 6 menu hidangan dinner, so minggu ni Cie sambung la sharw kompilasi menu dinner yang Cie masak. Minggu lepas complete masak selama 6 hari bermula dari hari Ahad 18 Januari 2026 sehingga Jumaat 23 Januari 2026.


Menu Dinner 18 Januari 2026

Selalunya hujung minggu hari Ahad malas nak masak. Tapi bila takde idea nak makan di mana maka terpaksa la masuk kitchen juga nak masak. So untuk 18 Januari Cie masak menu simple je.


Mi Segera Goreng, Telur Mata, timun dan cili potong. Mi segera tu Cie guna brand Gardenia perisa kari. Lama dah beli masa ada karnival tahun lepas. Ada 2 bungkus lagi so Cie goreng jela tambah mi segera brand Mamee sekeping. Kena buat 3 baru cukup nak makan 4 beranak. Bertambah-tambah anak-anak makan.


Menu Dinner 19 Januari 2026

Bila dah start kerja hari Isnin maka nya Cie akan masuk kitchen selepas balik kerja dan selepas solat Asar. Untuk 19 Januari pulak Cie masak menu nasi.


Jenuh fikir nak masak apa la untuk dinner. Cie pun masak jela Kari Ayam, Ikan Masin Goreng, ulam timun dan sambal belacan. Buah pulak Cie potong buah lai dan jambu batu. Asam boi sedap tu Cie beli kat Shopee dari seller ni Aneka Warisan Tok Man. 2 kali dah Cie repeat order memang sedap.


Menu Dinner 20 Januari 2026

Setiap hari jenuh kena fikir menu nak masak apa. Weekend ada beli puyuh so masak menu puyuh jela.


Puyuh Goreng Sos Pedas, Telur Dadar, Bayam Goreng, Cendawan Enoki Celup Tepung dan tembikai. Tembikai tu makan dengan asam boi juga.

Pertama kali masak Puyuh Goreng tu. Tak puas makan masa dinner kat kedai hari tu Faiz order Puyuh Goreng Pedas. Tu yang weekend beli puyuh terus la masak. Nanti entri yang lain Cie share resipi.


Menu Dinner 21 Januari 2026

Menu dinner untuk 21 Januari 2026 pulak Cie tanya adik Rania nak masak ayam apa. Adik Rania bagi idea Ayam Goreng Berlado. Memang kegemaran anak-anak la Ayam Goreng Berlado tu.


Sayur pulak Cie goreng Siew Pak Choy campur taugeh. Siew Pak Choy tu kecut bila digoreng tu yang Cie tambah taugeh. Tak cukup hidangan sayur, Cie tambah timun pulak cicah tempoyak. Malas nak tumbuk cili, Ayam Berlado tu dah pedas-pedas sikit.

Hidangan buah meriah sikit ada tembikai, jambu dan limau. Nak makan baru letak asam boi. Memang sedap ye. Korang kena try.


Menu Dinner 22 Januari 2026

Minggu ni memang ayam je menunya sebab Faiz beli ayam dan puyuh je. Makanan laut takde. Jadi tak boleh la nak gilir-gilir tu cuma Cie tukar menu kepada Nasi Goreng.


Cie masak Nasi Goreng Tomyam, Ayam Ramly, timun dan cili potong. Keropok goreng wajib ada cuma tak masuk gambar je. Ayam tu Cie suruh Faiz beli petang tu untuk makan dengan Nasi Goreng. 

Masuk je dalam air fryer siap untuk dimakan. Malas nak goreng pakai minyak. Buah pulak tembikai dan limau lagi. 


Menu Dinner 23 Januari 2026

Ayam ada lagi sebekas maka nya menu ayam lagi la. Kering idea dah nak pelbagaikan menu. Yang paling mudah Cie masak sup jela.


Sup Ayam campur kentang. Tabur daun sup dan bawang goreng homemade memang sedap. Tambah pulak ada menu sambal ikan bilis goreng buat garing-garing.

Sayur pulak Cie habiskan bayam, taugeh dan bunga kobis buat goreng je. Sebenarnya bunga kobis tu nak masuk dalam sup, tapi termasuk dalam sayur. Pun boleh jela. Tambah juga timun dan tempoyak.

Buah pulak epal hijau dan sunkist. Epal hijau tu Cie makan dengan asam boi juga.


Kompilasi Menu Dinner Harian

6 hari jela Cie masak dalam seminggu tu. Hari Sabtu off kitchen. Ada masa masak juga hari Sabtu tapi sebab setiap minggu ada je plan tu yang off kitchen hari Sabtu.

Sepanjang minggu 18 hingga 23 Januari Cie tak busy so boleh balik awal dan masak dinner. Masak sendiri lagi sedap sebenarnya dan lebih jimat.

Nantikan kompilasi menu dinner minggu seterusnya jika rajin dan diizinkan Allah.






Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Nmpk simple tp sedap la cie.. boleh bg idea di masa hadapan kan?

    BalasPadam
  2. Nasib baik dah kenyang..takde la terliur tengok gambar makanan ni..hihihi

    BalasPadam
  3. Abadi dalam blog segala menu yang special..menjadi tatapan yang membahagiakan..itu pasti..Saya klik Iklan TEMU di sini..wah memang hebat ni TEMU kan..

    BalasPadam
  4. Ikan masin dengan cili potong kicap tu la pemangkinnya!

    BalasPadam
  5. Senang dah snap2 mcm ni, nanti tinggal rotate je menu2 tu, lagi2 utk bln puasa nt.

    BalasPadam
  6. Pening nak masak apa, tapi menu semua lain2 dan sedap tu!

    BalasPadam
  7. Boleh tiru ni masakan akak, kalau bosan2 boleh try jugk

    BalasPadam
  8. Simple tapi sedap dan menyelerakan... the kids pun bila balik sekolah mmg nak makan dinner yg simple..

    BalasPadam
  9. stiap menu dinner ada buah..bgs la..sedap2 smua menu tu

    BalasPadam
  10. Akk pun selalu kering idea nak masak menu ayam. Tak masak ayam, kesian pula dekat Adik, dia hantu ayam :)
    Tq Cie, teruskan post gini. Boleh pinjam idea :)

    BalasPadam
  11. Rajinnya Cie masak menu pelbagai. Kalau kita asyik ulang menu sama jer, hihi.

    BalasPadam
  12. Rajin Cie masak, ada ulam timun dan sayur yang lain.

    BalasPadam
  13. Meriah betul menu Cie.. Semua nampak menarik..

    BalasPadam
  14. rajinnya cie snap2 gmbr ;) saya kalau masak2 pun jenis mls nak snap2 laaa unless kalau tiba2 dtg mood rajin tu (masak pun jrg2 ajer kisahnya)

    BalasPadam
  15. Rajin Cie buat kompilasi dinner...macam- macam menu ada tu ha...

    BalasPadam
  16. masak sendiri lagi sedap kan. ala.. lapar pula tengok gambar masakan dia.

    BalasPadam
  17. Rajinnya Cie snap gambar dinner setiap hari. Bagus la ada jugak sumber inspirasi utk pembaca blog 😄 Petang ni saya pun nak masak lauk ayam utk makan malam. Ingat nak buat ayam masak merah.

    BalasPadam
  18. Thanks for sharing Cie. Semuanya sedap.

    BalasPadam
  19. sukanya tengok masakan ni penuh dgn zat. ada sayur, buah, protein, karbo. memang betul2 melambangkan orang hospital sangat kak cie ni!

    BalasPadam
  20. Memang membantu utk orang2 yg kadang bingung nak masak apa. Lihat tulisan kakak yg ini, kadang jadi dpt inspirasi utk masak apa esok hari 😄

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.