Sarapan Nasi Lemak Homemade Pagi Ini

Hari Ahad takde ke mana-mana so terus la plan masak Nasi Lemak jela boleh masak banyak terus makan sampai lunch. Senang sekali masak je. Hari ni pulak ada 2 plan nak buat Kerepek Ngaku dan Banana Pudding.


Seawal 7 pagi Cie dah check in kitchen. Ambil daun pandan dulu kat porch. Wangi la bau Nasi Lemak letak daun pandan. Cie buat Nasi Lemak guna beras basmathi dan kukus je.


Sambal tumis pulak Cie guna cili kering yidu jenis tak pedas dan campur jugak yang kerinting sikit. Memang dah standby siap-siap cili blend yang dah dimasak jadi takdela lama sangat nak menumis sambal. Tips nak bagi cili blend tu tahan lama kena tumis dulu dan simpan dalam freezer.


Adik Rania tak makan pedas jadinya Cie guna la cili kering yidu tu. Kalau guna yang kerinting tu walaupun katanya tak pedas tetap la pedas juga.

Ayam goreng tu Cie goreng Ayam Ramly yang instant je senang. Beli sepeket hari tu. Setengah peket dah goreng baru ni, setengah peket lagi habiskan terus tadi.


Tak lengkap menu Nasi Lemak kalau takde telur kan. Telur Cie kukuskan je. Memang jarang rebus. Sekali kukus nasi tu kukus telur sekali. Telur kukus lagi mudah nak kopek berbanding rebus.


Timun pun wajib ada dalam hidangan Nasi Lemak. Cie guna timun jepun lebih rangup. Jarang sangat Cie beli timun biasa tu. Lebih suka timun jepun.

Keropok goreng pun antara yang perlu ada dalam hidangan Nasi Lemak Cie. Sedap keropok goreng makan dengan apa-apa menu pun. Tu yang stok keropok keping sentiasa ada kat rumah Cie ni.


Siap masak Nasi Lemak tadi sempat la juga bungkuskan untuk Faiz bawak ke kebun. Tu jela aktiviti Faiz bila hujung minggu. Cie pulak hari minggu bermalasan kat rumah je sambil schedule blog post untuk seminggu.





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sama macam saya Cie, kalau masak pagi, terus boleh makan sampai ke tengahari. Tak rajin nak masak banyak-banyak kali.

    BalasPadam
  2. Sedapnya sarapan nasi lemak homemade. Boleh suka hati nak letak lauk apa, boleh makan bertambah.

    BalasPadam
  3. Oh kukus! Tidak pernah tengok cara kukus.

    BalasPadam
  4. Hari ni akak x yah masak tengahari beria sebab lauk semalam banyak lagi...just goreng sayur je...

    BalasPadam
  5. Sedapnya! Tambah pulak ayam goreng, lagi bestt

    BalasPadam
  6. Waduh sedap dan mengenyangkan betul ni Cie. Sesuai utk bekal en suami ke kebun 👍🏻

    BalasPadam
  7. Jadi ingat saya masih ada sambal nasi lemak dikasih kak Mulan saat ke Putrajaya Nov kemarin ... Nak juga buat nasi lemak lah Minggu depan. Pakai sambal yg dibagi.

    Blm pernah masak telur di kukus . Biasa rebus. Kukus lebih mudah nak kupas yaaaa.. ok nanti saya coba

    BalasPadam
  8. Semalam dengan hari ni breakfast kat luar. Jap lagi memang pergi rumah mama sampai malam. Gantung kuali jap..

    Naniey pun suka timun jepun sebab timun biasa tu kadang dapat yang tua. Tak pandai pilih. Kalau timun jepun ni senang. Tak de masalah tua or muda tang biji tu 😂

    BalasPadam
  9. Tentu sedap nasi lemak basmathi kukus

    BalasPadam
  10. Confirm sedap ni sebab beras mahal pakai.
    Ada ayam lagi sedapp

    BalasPadam
  11. Rajin masak awal pagi..begitulah bergelar homemade terhormat di rumah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.