Cie nampak di story Instagram tu dah 2 minggu rasanya tapi takde terdetik nak terjebak, Ahad baru ni ada masa terluang saja jela try buat.
Mulanya bagitau Chatgpt suruh create:
Create a caricature of me and my job based on everything you know about me
Chatgpt pun reply:
Chatgpt minta Cie send gambar. Cie pun tengok ada gambar last masa dinner di Kebun Cafe hari tu terus jela send ke Chatgpt.
Chatgpt bagi gambar karakter blogger. Lepas tu Cie suruh la Chatgpt buat gambar lain pulak.
Buat untuk jawatan aku penolong pegawai penyediaan makanan
Chatgpt create gambar chef pulak dah.
Cie taknak gambar tu sebabnya Cie bukan chef. Lepas tu tiba-tiba je DAPUR CCE. Dia main ambil je Cie pernah search pasal CCE hari tu. Bagi arahan lain pulak.
Aku bukan chef. Kerja bahagian pengurusan (office). Aku buat ordering, buat menu.
Pening la Chatgpt nak melayan. Haahah. Dia bagi la gambar lain pulak. Tak puas hati lagi Cie bagi arahan lain pulak.
Dapur cce pe benda kau ni. Tukar nama jabatan dietetik & sajian
Chatgpt dah tukar tapi tak kena lagi Cie bagi arahan lain pulak.
Aku pakai baju kerja office bukan baju chef
Lepas tu bagi arahan lain lagi.
Buat baju kurung. Nametag tu letak nama aku roziah
Maka terhasil la 6 caricature yang Chatgpt lukis untuk Cie. Haaha. Saja je mengisi masa lapang kan. Sekarang Cie share la kat blog pulak.










1 Ulasan
Finally, dia faham juga arahannya hihi
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.