ChatGPT Caricature AI Photo Prompts

Sejak 2 menjak ni bertaburan trend caricature by ChatGPT ni. Cie pun tak ketinggalan juga join trend. Sesaja isi masa lapang hari Ahad lepas. 

Cie nampak di story Instagram tu dah 2 minggu rasanya tapi takde terdetik nak terjebak, Ahad baru ni ada masa terluang saja jela try buat.

Mulanya bagitau Chatgpt suruh create:

Create a caricature of me and my job based on everything you know about me


Chatgpt pun reply:



Chatgpt minta Cie send gambar. Cie pun tengok ada gambar last masa dinner di Kebun Cafe hari tu terus jela send ke Chatgpt.


Chatgpt bagi gambar karakter blogger. Lepas tu Cie suruh la Chatgpt buat gambar lain pulak.



 Chatgpt create gambar chef pulak dah. 


Cie taknak gambar tu sebabnya Cie bukan chef. Lepas tu tiba-tiba je DAPUR CCE. Dia main ambil je Cie pernah search pasal CCE hari tu. Bagi arahan lain pulak.

Aku bukan chef. Kerja bahagian pengurusan (office). Aku buat ordering, buat menu.

Pening la Chatgpt nak melayan. Haahah. Dia bagi la gambar lain pulak. Tak puas hati lagi Cie bagi arahan lain pulak.


Dapur cce pe benda kau ni. Tukar nama jabatan dietetik & sajian


Chatgpt dah tukar tapi tak kena lagi Cie bagi arahan lain pulak.

Aku pakai baju kerja office bukan baju chef

 


Lepas tu bagi arahan lain lagi.

Buat baju kurung. Nametag tu letak nama aku roziah

 


Maka terhasil la 6 caricature yang Chatgpt lukis untuk Cie. Haaha. Saja je mengisi masa lapang kan. Sekarang Cie share la kat blog pulak.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Finally, dia faham juga arahannya hihi

    BalasPadam
  2. hahahaha kalau lah dia human entah2 dah kena maki banyak songeh sungguh sekejap ni sekejap tu. Haah nampak ramai yang up. Nanti lah kite nak cuba juga le.

    BalasPadam
  3. hahaha kadang2 geram dengan chatgpt ni susah nau nak faham,nak kena satu2 bagi arahan

    BalasPadam
  4. Aduhai..Byk arahan ni..Mujur chatgpt layan =D..Ape pun nice finishing ya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.