ChatGPT Caricature AI Photo Prompts

Sejak 2 menjak ni bertaburan trend caricature by ChatGPT ni. Cie pun tak ketinggalan juga join trend. Sesaja isi masa lapang hari Ahad lepas. 

Cie nampak di story Instagram tu dah 2 minggu rasanya tapi takde terdetik nak terjebak, Ahad baru ni ada masa terluang saja jela try buat.

Mulanya bagitau Chatgpt suruh create:

Create a caricature of me and my job based on everything you know about me


Chatgpt pun reply:



Chatgpt minta Cie send gambar. Cie pun tengok ada gambar last masa dinner di Kebun Cafe hari tu terus jela send ke Chatgpt.


Chatgpt bagi gambar karakter blogger. Lepas tu Cie suruh la Chatgpt buat gambar lain pulak.



 Chatgpt create gambar chef pulak dah. 


Cie taknak gambar tu sebabnya Cie bukan chef. Lepas tu tiba-tiba je DAPUR CCE. Dia main ambil je Cie pernah search pasal CCE hari tu. Bagi arahan lain pulak.

Aku bukan chef. Kerja bahagian pengurusan (office). Aku buat ordering, buat menu.

Pening la Chatgpt nak melayan. Haahah. Dia bagi la gambar lain pulak. Tak puas hati lagi Cie bagi arahan lain pulak.


Dapur cce pe benda kau ni. Tukar nama jabatan dietetik & sajian


Chatgpt dah tukar tapi tak kena lagi Cie bagi arahan lain pulak.

Aku pakai baju kerja office bukan baju chef

 


Lepas tu bagi arahan lain lagi.

Buat baju kurung. Nametag tu letak nama aku roziah

 


Maka terhasil la 6 caricature yang Chatgpt lukis untuk Cie. Haaha. Saja je mengisi masa lapang kan. Sekarang Cie share la kat blog pulak.



Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Finally, dia faham juga arahannya hihi

    BalasPadam
  2. hahahaha kalau lah dia human entah2 dah kena maki banyak songeh sungguh sekejap ni sekejap tu. Haah nampak ramai yang up. Nanti lah kite nak cuba juga le.

    BalasPadam
  3. hahaha kadang2 geram dengan chatgpt ni susah nau nak faham,nak kena satu2 bagi arahan

    BalasPadam
  4. Aduhai..Byk arahan ni..Mujur chatgpt layan =D..Ape pun nice finishing ya...

    BalasPadam
  5. waaa teringin nak buat jugak laaa cuma tak de gmbr yg sesuai plak hahahah

    BalasPadam
  6. Baru perasan byk post guna trend gambar ni. Rupanya pakai prompt Caricature AI. Ok lepas ni nak cuba juga hihihi. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  7. Hahahahaah untunglah dia mesin ya kak. Tak terbayang kalau AI GPT ini manusia. Pening dengan banyaknya instruksi yg berubah 🤣🤣.

    Saya belum coba lagi. Nanti nak buat juga lah

    BalasPadam
  8. Sudahnya baru faham ye...hahahaha...akak plak dia create gambar secretary sexy betul..malas nak teruskan..hahahaha

    BalasPadam
  9. Oh patut pun nampak ramai yang buat. Comel nya Cie.

    BalasPadam
  10. Kena bagi arahan sedetail-nya, untuk dapat hasil yang kita nak. Tapi, cun, hasilnya. 👍

    BalasPadam
  11. Pandainya Cie bagi arahan dekat ChatGPT 👏🏻 saya belum lagi explore function ChatGPT betul2.

    BalasPadam
  12. Comel semua karikatur nya. Molek sungguh kejadiannya

    BalasPadam
  13. ilustrasi yg ni tampak lebih kemas dan teliti... sy belum terjebak lg hehehe

    BalasPadam
  14. hahahaha. kan dah kena marah. Kalau depan-depan mau senget2 dah tu mulut cie marah dia ek

    BalasPadam
  15. hahha kelakar conversation dgn chatgpt ni! mmng tak faham bahasa kan

    BalasPadam
  16. Seronok juga. Arahan kena jelas tapi tu la kadang minta lain jadi benda lain. Kena jadi 'lurus' bila bagi arahan kat chatGpt ni.

    BalasPadam
  17. Ye, chatgpt saya pun kadang macam blur. Kita tanya lain, dia jawab lain.

    BalasPadam
  18. Menarik kan .. CCL belum cuba buat lago kariktur ni

    BalasPadam
  19. ok MZ dh setel BW semua entries cie yayyyy

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.