Menu Berbuka 2 Ramadan 1447H

Jumaat pertama di bulan Ramadan 1447H. Sekejap je dah masuk 2 Ramadan hari ni. Nanti sedar tak sedar dah raya. Begitulah masa berlalu meninggalkan kita.

Tahun ni malas pulak buat menu plan untuk seminggu. Tahun lepas gigih buat dan memang follow. Tahun ni ikut kata hati jela. Plan lain, bila masuk kitchen tukar pulak.


Untuk menu berbuka puasa hari ni Cie masak asam pedas ayam letak bendi, belimbing buluh, tomato, daun kesum. Kantan je takde. Belimbing buluh tu staf Cie bagi. Saja letak dalam asam pedas tu, Cie tak letak dah asam jawa. Entahla apa rasa tu kang. Harapnya sedap la.

Cie buat jugak telur dadar, ikan masin penambah menu. Sayur pulak Cie buat cendawan celup tepung dan bayam celup tepung

Faiz balik kerja tadi dia bawak balik paru berlado dan pulut panggang. Taktaula berapa tinggit secoet je paru tu. Tahun lepas RM5. Beli paru jela nanti buat sendiri puas hati makan. Adik Rania je tak makan paru. Cie suka paru garing tu lagi sedap.

Buah dah malas nak potong ada je epal hijau dalam peti tu. Dah nampak meriah menu hari ni kita skip jela buah. Lepas siap masak Cie iron baju kerja untuk minggu depan. Energy masih ada so boleh la iron baju kerja terus.

Siap masak pukul 6, iron baju kerja dalam 30 minit. Lepas tu baru la mandi. Sementara nak tunggu waktu berbuka sempat la mengarang entri menu berbuka 2 Ramadan.


Catat Ulasan

0 Ulasan